A

A

BUBUR ASYURA UTARA....Classic


Assalamualaikum ...

Sana sini dalam WSAP semua post gambar bubur 'sora',
semua post sedang mengacau dalam kawah....
emm katanya 2 1/2 hingga 3 jam proses memasak
tapi kita buat sikit-sikit cukup lah.. sat saja
nak makan pon berapa orang ja
....tapi kena masak betul betul, baru sedap dan tahan lama

tapi tak nak lah yang biasa biasa tu
tu macam bubur bubur biasa ja...

nak yang klasik gitu eh !
macam arwah Emak masakkan dulu
sedap sangat
beraroma...

dah siap !
bagi 3 mangkuk untuk kakak
cukuplah untuk rasa kan
1 jam kemudian dia datang 'Hang masak bubur sora sedap no ....
saya balas... 'Resepi mak ...'

siapa pernah masak bubur Asyura macam ni ?
Jom kita tengok resepi ... Bubur 'Sora' Utara Classic

Bahan A
1 cawan tepung beras (cap gajah 3 beradik)
4 cawan air ( **campuran santan pekat, air gula merah&gula putih, air lengkuas&serai dan air biasa)
1/2 sudu teh lada hitam (ditumbuk)
Garam

**
120g Santan pekat
60g gula Merah
60g gula Putih
1 batang serai saiz sederhana (sedikit sahaja untuk mendapatkan aroma)
seketul lengkuas sebesar ibu jari tangan (sedikit sahaja untuk mendapatkan aroma)

Cara-Cara Menyediakan nya 4 cawan air
1. Gula merah dan gula putih dicampurkan dengan 1 cawan  air dan dimasak untuk dijadikan air gula. Ia kemudian nya ditapis untuk mengasingkan kekotoran.
2. Lengkuas dan serai juga disatukan dan dicampurkan dengan 1 cawan air dan di mesin halus. Ia kemudian nya juga ditapis untuk mengasingkan hampas.
3. Santan Pekat dan baki nya air biasa untuk mendapatkan sukatan 4 cawan

Bahan B (Kekacang)
1/2 tongkol jagung (tak perlu rebus)
60g kacang buah pinggang (direndam semalaman dan direbus hingga empok)
60g kacang mata (direndam semalaman dan direbus hingga empok)
sedikit ubi keledek (dibuang kulit dikiubkan sebesar 3/4 inci dan direbus 1/2 masak. Pastikan tidak terlalu masak kerana ia akan hancur dlm bubur kelak

* sebarang jenis kekacang boleh dimasukkan saperti kacang hijau, kacang merah,kacang tanah, ubi kayu dll. Tetapi pastikan ia di direbus atau digoreng kering terlebih dahulu. Boleh juga dimasukkan pisang jika mahu.
* Jika kita menggunakan pelbagai jenis kekacang, pastikan ia adalah dlm kuantiti yang sedikit kerana campuran keseluruhan nanti akan menjadi banyak.

Cara-Cara Menyediakan nya Bubur Asyura
1. Satukan kesemua bahan A dalam periuk. Kacau2 supaya tiada tepung yang berketul. Jika kurang manis boleh ditambahkan gula putih.
2. Masukkan pula jagung segar.
3. Hidupkan api dan SENTIASA dikacau selalu sehingga bubur menjadi pekat.
*  Pastikan yang adunan bubur sentiasa dikacau untuk mengelakkan ia berketul/hangit
3. Apabila bubur sudah mulai pekat, masukkan semua kekacang dan TERUSKAN mengacau lagi.
4. Bubur akan meletup letup 'bulp bulp' dlm periuk. Teruskan mengacau anggaran 15-20 minit tambahan atau kita pasti ia benar-benar masak.
*  Untuk mengetahui bubur sudah masak sepenuhnya
   a. Terdapat lapisan diatas bubur yang sedang dikacau.
   b. Ambil sesudu bubur, biarkan ia sejuk. Jika ia 'lekang' cantik dari sudu maka itu menandakan ia sudah masak.
4. Angkat n tuang kedalam loyang. Biarkan ia mengeras sebelum memotong


* Selamat menjamu selera ...

No comments:

Powered by Blogger.