A

A

RENDANG DAGING 'BAWANG MAYANG' ... Kali ketiga dalam bulan Syawal

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Syawal semua...

Masih lagi dalam mood malas nak update blog.
Tapi rajin pula kalau part shoot-menge'shoot ni.
Tak tahu kenapa..
Banyak foto-foto yang telah diambil tapi terperam dalam Notebook.

Tapi hari ni saya paksakan diri untuk update juga.
Risau nanti terlupa bahan resepi dan sukatan untuk rujukan saya dimasa depan.

'RENDANG DAGING BAWANG MAYANG'...
Rendang ini saya buat kali ke tiga dalam tempoh 2 minggu ini.
Raya pertama buat tak cukup.
Tambah lagi daging.
Ini kali ke tiga ...
Raya hari tu saya sediakan untuk cecah ketupat.
Masa tu tak sempat nak snap gambar.. dah licin.

Sedikit kelainan untuk rendang ini
Kebiasaan nya nak buat rendang, saya akan blend bawang bersama bahan-bahan yang lain.
Tapi yang ini  saya mayang sahaja dan ditumis bersama rempah 4 sekawan untuk menaikkan aroma dan rasa rendang.
Sebagaimana kita ketahui...rasa masakan yang menggunakan bawang blend akan berbeza kalau nak dibandingkan dengan bawang tumbuk atau pon hiris/mayang.
Juga saya tidak menggunakan Daun Kunyit !

Memang sedap !
Sedap makan dengan nasi panas-panas, cecah roti bakar, cucur bawang mahu pon lempeng.
Saya suka masak lebih sebagai Stok simpanan dalam peti sejuk.
Boleh makan bila-bila saja ...
.





Bahan A
1 kilo daging (dipotong sederhana besar)
kali ini saya beli daging cincang sebab saya suka texture daging yang liat-liat gitu

Bahan B
1 sudu besar minyak masak
1 camca besar minyak sapi 'Ghee Blend'
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
6 biji buah pelaga
6 kuntum bunga cengkih
2 ulas bawang putih (dipenyek)
7 biji bawang besar (dibelah 2 dan mayang sederhana tebal)

Bahan C (di blend sehingga halus)
2 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
6 biji buah pelaga
10 kuntum bunga cengkih
2 camca teh lada hitam biji
1 camca teh jintan manis biji
1 camca teh jintan putih biji
3 biji buah keras
15 biji cili padi merah
2 biji cili hijau
6 ulas bawang putih
1/2 cawan hirisan daun ketumbar
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 batang serai
2 inci lengkuas
4 tangkai daun limau purut  (8 helai)
3 camca besar minyak (untuk memudahkan proses kisaran)

Bahan D
Santan dari sebiji kelapa (atau 1 kotak santan)
1 camca besar kerisik
2 camca besar bawang goreng
2 helai daun 'bay'
1 kiub pati 'Daging'
sedikit garam 

Bahan E
1 camca besar minyak sapi 'Ghee Blend'

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dan minyak sapi dalam kuali.
2. Tumis kesemua bahan B kecuali bawang besar sehingga terbit aroma yang harum.
3. Masukkan bawang besar dan goreng-goreng sehingga bawang layu.
4. Masukkan bahan A, bahan C dan D dan masak sehingga rendang menjadi pekat.
5. 10 minit sebelum angkat, masukkan 1 sudu besar minyak sapi 'Ghee Blend.

* Selamat Menjamu Selera ...

1 comment:

Powered by Blogger.