NASI ARAB 'LAMB KABSA' ...Juadah hari ke-28 Ramadhan 1437 Hijrah

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Ramadhan semua...

Alhamdulillah semalam dah hari ke 28 kita berpuasa.
Tinggal tak beberapa hari saja lagi kan.

Entah kenapa sejak akhir-akhir ini rasa amat sedih.
Teringat sangat-sangat dekat arwah mak dan ayah.
Dulu saya adalah orang yang paling sibuk didapur........

Mungkin kah tahun depan dapat berjumpa lagi dengan Ramadhan.
Hanya ALLAH yang maha mengetahui.



Jom kita layan nasi kabsa kambing yang saya masak semalam.
Ini gara-gara makan nasi NASI ARAB 'CHICKEN MADGHOUT' tempoh hari lah tu.

Oleh kerana saya menggunakan lauk kambing, jadi saya kurangkan penggunaan minyak dalam penyediaan kerana sebagaimana kita tahu kambing memang berlemak walaupon daging yang saya beli tu saya pilih tu paling kurang berlemak.

Jadi semasa saya masak nasi ini saya elakkan dari menumis kembali, yang mana saya terus gunakan air rebusan daging untuk menanak nasi.
Juga saya tak menggunakan tomato puri tetapi menggantikan nya 100 % dengan tomato segar.

Tetap menggunakan rempah yang telah saya beli diMekah, tetapi kali ini saya gunakan rempah yang kurang bewarna (paket yang lain) kerana saya yang saya mahukan ia bewarna sedikit kemerah-merahan saperti nasi yang disediakan oleh 'Restoren Hadramawt'.
Jadi jika kita sediakan rempah sendiri pastikan tidak menggunakan kunyit.



Untuk 6-7  orang

NASI DAN KAMBING

Bahan A
4 cawan beras brasmati 'PusaGold' Jasmine (cawan penyukat air rice cooker). Beras tidak perlu direndam

Bahan B
1 camca besar 'penuh' minyak sapi Ghee Blend
4 ulas bawang putih (diketuk)
2 biji bawang besar (dihiris)
1 inci halia (dihiris nipis)
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 helai daun bay
2 biji tomato segar 
1 camca besar 'penuh' rempah serbuk  Kabsah (rujuk dibawah untuk penyediaan rempah jika hendak buat sendiri) * Saya menggunakan rempah yang saya beli di Mekah 

Bahan C
7 cawan air biasa
1 biji cili hijau
1/2 cawan hirisan daun ketumbar
3 keping isi kambing
1/2 kiub pati daging
3 camca kecil 'penuh' garam (Camca KFC)
4 helai daun pandan, dikoyak dan disimpul
sedikit kismis hitam (* saya tambah)

Bahan D
Arang sebesar menumbuk
Aluminium foil

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak sapi dalam periuk dan tumis kesemua bahan B diatas (kecuali rempah) sehingga hampir keperangan.
2. Masukkan rempah dan kacau-kacau sebentar selama ~ 30saat dan terus masukkan bahan C.
3. Tutup periuk dan masak sehingga daging empuk.
4. Asingkan kambing bersama sedikit minyak dan kuah dalam 1 senduk.

5. Masukkan 7 cawan air rebusan daging juga bersama semua perencah rebusan spt bawang dll (kecuali halia, daun pandan dan kulit kayu manis) kedalam rice cooker.
6. Masukkan beras, ratakan dan masak saperti nasi biasa. Jangan dibuka periuk semasa nasi sedang masak.
7. Apabila lampu periuk nasi telah bertukar ke 'Warm' biarkan ia selama ~20 minit sebelum gembur.
* Jika kita gembur terlalu awal, nasi mungkin akan patah dan tidak cantik.

8. Apabila hampir ke minit 10, terus bakar ketulan arang sehingga menjadi bara.
9. Pindahkan arang kedalam aluminium foil dan 'lekukkan' foil.

10. Berbalik kepada rice cooker, Gemburkan nasi sedikit menggunakan 'cop stick'  dan buatkan sedikit lubang dibahagian tengah nasi.
11. Masukkan aluminium foil (bersama arang) ke lubang tersebut.
12. Dengan pantas susun kambing diatas nasi / disekeliling aluminium foil. Dan curahkan baki air rebusan dan minyak diatas kambing.
13. Renjiskan/ tuangkan 1 sudu 'minyak masak' diatas bara (* asap akan keluar berkepul-kepul) dan dengan cepat tutup periuk nasi. 
14. Biarkan nasi selama ~ 30 minit untuk ia mesra dengan aroma arang sebelum dihidangkan . Boleh juga  'On' kan periuk nasi sekejap selama 5 minit. sekadar memanaskan ia kembali dalam tempuh tersebut.
15. Taburkan sedikit bawanh goreng sebelum dihidangkan.


SALSA

Bahan A
1 biji timun (dibuang bahagian tengah dan dipotong kiub)
2 biji bawang besar (dipotong kiub)
10 biji cili padi merah (dihiris nipis)
2 biji cili hijau  (dihiris nipis)
2 biji tomato segar (dipotong kiub)
1 biji lemon (diambil jus nya)
3 camca besar 'penuh' gula putih 
sedikit daun ketumbar (dihiris) * Saya Tambah
sedikit garam

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satukan kesemua diatas dan dibiarkan 10 minit( untuk mesrakan nya) sebelum dihidangkan. 


REMPAH KABSA



2 sudu teh Jintan manis biji
1 sudu teh Jintan putih biji
2 sudu teh ketumbar biji
10 biji buah pelaga
20 kuntum bunga cengkih
2 batang kulit kayu manis
1 helai daun bay
2 inci halia
Limau Kering
2 sudu besar minyak masak
* Ada lagi 3 bahan tambahan saya akan update apabila saya kenalpasti nya saperti gambar diatas.

Cara-Cara Menyediakan nya 
1. Kesemua bahan diatas Kecuali minyak disangai kering.
2. Dan diblend dengan 3 sudu besar minyak masak  (untuk memudahkan proses kisaran)

* Selamat Berbuka Puasa ...

No comments:

Powered by Blogger.