NASI ARAB 'MANDY' DAN AYAM ... Juadah berbuka 'Puasa 6' hari ke 5

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Syawal semua...

Hari ini saya dah beraya 'Puasa Enam' di bulan Syawal.
Tak ada apa-apa menu istimewa untuk raya puasa enam ini.
Masak biasa-biasa saja.

Tapi entry hari ini saya nak share 'NASI MANDY' yang saya sediakan pada hari ke 5 berpuasa 'Enam Syawal'.
Kebetulan anak saudara balik dari Port Dikson jadi saya sediakan menu ini.
Rasa macam dah duduk kat Arab lah pula.
heheheh !
Selang beberapa hari nasi arab !
Selang beberapa hari nasi arab !

Kebetulan yang lain pon suka jadi saya layan saja lah.
Tapi nasi arab yang berbeza-beza
Hari tu NASI MADGHOUT dengan lauk Ayam
Lepas tu NASI KABSA dengan Lauk Kambing
Kali ini NASI MANDY dengan Lauk Ayam

Ayam untuk nasi mandy ini saya bakar dalam oven pulak
Lepas tu saya asapkan dengan arang.
Memang molek sungguh lah...
Memang sedap aroma ayam !
Isi ayam nya amat lembut dan moist sangat-sangat.
Semua pakat kata sedap ! Sedap ! Sedap !

Nasi Mandy pula saya google cara Chef Ammar menyediakan nya.
Cuma saya tambahkan sedikit lada hitam,
Sebab Nasi Mandy yang saya makan di Restaurent Hadramawt, saya perasan ada dimasukkan beberapa biji untuk menambahkan lagi keenakkan nya.

Kalau ikut cara Chef Ammar, bawang putih yang dimasukkan tidak dihiris atau diketuk sebalik nya dimasukkan seulas-seulas dalam bilangan 6, 7 atau 8.
Mana-mana youtiub Chef Ammar kalau kita perasan Chef Ammar akan masukkan macam itu.
Dan bawang besar yang digunakan dalam 2 atau lebih.
Lagi banyak lagi sedap ! sebab manis bawang kan...

Jom ..

Saya masak kali ini untuk 12 orang makan.

AYAM

Bahan A
1 ekor ayam bersaiz besar (dipotong kepada 12 bahagian)
1 1/2 sudu makan rempah Mandy (saya guna rempah yang saya beli di Mekah. Rujuk Rempah Mandy dibawah)
1 1/2 sudu teh lada hitam (ditumbuk halus)
5 camca besar minyak zaiton (saya guna minyak masak biasa saja)
1/2 kiub pati Ayam
sedikit garam

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Ayam dibersihkan dahulu dan diperap dengan kesemua bahan diatas selama sekurang-kurang nya 1 jam.
2. Panaskan Oven dengan suhu 180 C, api atas/bawah (tanpa kipas) selama 20 minit.
3. Alaskan dulang dengan kepingan aluminium foil.
4. Susun kesemua ayam di dalam dulang.
5. Kemudian tutup dulang dengan sekeping lagi aluminium foil dan kejapkan bahagian tepi dulang supaya wap panas nanti terperangkap didalam dan ayam akan masak dengan sempurna hingga ketulang.
6. Bakar selama 45 minit - 1 jam.
7. Selepas masak asingkan ayam bersama 1 senduk jus ayam.  Lebihan air ayam akan digunakan untuk memasak nasi.


NASI 

Bahan A
6 cawan beras brasmati 'PusaGold' Jasmine (cawan penyukat air rice cooker). Beras tidak perlu direndam (130 gram x 6 = 780 gram)

Bahan B
2 camca besar 'penuh' minyak sapi Ghee Blend
7 ulas bawang putih (dipenyek saja).. Chef Ammar masukkan sebiji-sebiji 
2 biji bawang besar (dihiris)
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1 camca teh lada hitam biji 
1/2 camca teh jintan manis biji

Bahan C
1 helai daun bay
1 biji cili hijau (dihiris)
1/2 cawan hirisan daun ketumbar
4 helai daun pandan (dikoyak dan disimpul)
1 camca besar 'penuh' rempah serbuk  Mekah (Rujuk Rempah Mandy dibawah)

Bahan D
10 1/2 cawan air biasa (termasuk jus lebihan ayam bakar diatas)
3/4 kiub pati ayam
4 camca kecil 'penuh' garam (Camca KFC. 5 gram x 4 = 20 gram) 

Bahan E
Arang sebesar menumbuk
Aluminium foil untuk arang
Aluminium foil untuk menutup periuk nasi

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak sapi dalam periuk dan tumis kesemua bahan B diatas sehingga terbit bau dan bawang kelihatan layu.
2. Masukkan kesemua bahan C dan goreng selama 2 minit lagi.
3. Masukkan rempah dan kacau sebentar selama ~ 30saat
4. Masukkan bahan D dan biarkan air kembali panas 'sedikit' supaya bahan-bahan bercampur rata dengan air (tapi tak perlu sampai mengelegak)
5. Masukkan beras, ratakan, tutup periuk dan biar sehingga nasi masak saperti biasa.  Jangan dibuka periuk semasa nasi sedang masak.
6. Apabila lampu periuk nasi telah bertukar ke 'Warm' biarkan ia selama ~15 
* Jika kita gembur terlalu awal, nasi mungkin akan patah dan tidak cantik. * Jangan dikacau.

7. Apabila ketika lampu periuk nasi telah bertukar ke 'Warm', boleh lah mula bakar arang sehingga menjadi bara.
8. 'Lekukkan ' aluminium foil dan pindahkan arang kedalam.

9. Berbalik kepada rice cooker, Gemburkan nasi sedikit menggunakan 'cop stick'  dan buatkan sedikit lubang dibahagian tengah nasi.
10. Masukkan aluminium foil (bersama arang) ke lubang tersebut.
11. Dengan pantas susun ayam diatas nasi / disekeliling aluminium foil. Dan curahkan baki air rebusan dan minyak diatas ayam.
12. Renjiskan/ tuangkan 1 sudu 'minyak masak' diatas bara (* asap akan keluar berkepul-kepul) dan dengan cepat tutup periuk dengan alumium foil dan kemaskan supaya wap tak keluar. Dan tutup tudung periuk.
13. Biarkan nasi selama ~ 15-20 minit untuk ia mesra dengan aroma arang sebelum dihidangkan. Boleh juga  'On' kan periuk nasi sekejap selama 5 minit. sekadar memanaskan ia kembali dalam tempuh tersebut.

SALSA

Bahan A
1 biji timun (dibuang bahagian tengah dan dipotong kiub)
2 biji bawang besar (dipotong kiub)
10 biji cili padi merah (dihiris nipis)
2 biji cili hijau  (dihiris nipis)
2 biji tomato segar (dipotong kiub)
1 biji lemon (diambil jus nya)
3 camca besar 'penuh' gula putih 
sedikit daun ketumbar (dihiris) 
sedikit garam

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satukan kesemua diatas dan dibiarkan 10 minit (untuk mesrakan nya) sebelum dihidangkan.


REMPAH MANDY
Sumber:FB Ida Shahida

10 kuntum bunga cengkih
20 biji lada hitam
15 biji buah pelaga,*
3 helai daun salam kering*
1 sudu besar biji jintan putih,*
1 sudu besar biji ketumbar*@ rempah campur* (lebih sedap jika guna rempah campur)

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Goreng semua bahan bertanda * tanpa minyak sehingga naik bau.
2. Bila dah naik bau kisar sehingga hancur
3. Simpan didalam bekas yang kedap udara.

1 comment:

Powered by Blogger.