Sila Click sini ya... Terima Kasih !

KERIA GULA MERAH ... alaaaa dah habissss. Tinggal kerak ja !

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...

'alaaaa dah habissss. Tinggal kerak ja !'
Rasa-rasa familiar tak ayat tu ?

Ye betullllll !!
Dalam rancangan 'Hairol dan Hanis Junior' di saluran Astro Ria yang disiarkan pada setiap hari Rabu.
Biasa lah saya selalu on TV tu, tapi kadang tak nonton pon !
Sambil-sambil buat kerja atau mengadap notebook.
Maklum sibuk memanjang.
Tapi sempat lah jeling-jeling iklan tayangan tersebut !

O.. rupa nya Hanis mengidam nak makan kuih tapi kuih tu dah habis ...
Tapi tak pasti pula kuih apa ?
Maklum tak fokus sangat !

Satu hari tu kebetulan ketika 'betul-betul' mengadap TV, rancangan ini ke udara lagi
Oooo rupa nya Hanis mengidam nak makan cucuq keria
Sedap kata Hanis !
Lain dari yang lain...
Di sira dengan gula Melaka.

Beberapa hari lepas cuba-cuba juga suruh Pakcik Cik google cari.
Terpampang gambar-gambar yang mengiurkan di post kan oleh blogger-blogger kita.
Macam kenal je lapik meja kuih tu.
Lapik yang sama yang saya nonton kat TV hari tu.

Kedai kepunyaan Haji Jalil di Limbungan Melaka
Kata nya cucur keria ini sebesar tapak tangan bayi
Kecik-kecik lah tu !
Comei comei !
Tentu sedap !

Masa pergi Melaka hari tu tak tahu pulak
Kalau tidak boleh singgah beli

Tak apa lah
Nak pi jauh pulak kan
Kebetulan dah lama tak makan cucuq keria ini.

3 hari lepas buat lah sikit
Rebus ubi keledek
Lenyek ubi
Masuk kan tepung dan gaul.. rasa melekat dijari
Tambah lagi tepung dan gaul .. masih melekat
Tambah lagi dan gaul .. melekat lagi, macam mana nak bentuk ni ???

Simpan dalam peti sejuk sekejap, keluarkan, bentuk-bentuk.. susah nya !
Tak boleh jadi.. tepung dah banyak dimasukkan
Kalau tambah lagi texture kuih tentu sedikit keras
Gunakan tepung sedikit semasa membentuk
emm... boleh lah tahan

Bila goreng, bahagian luar nya saperti ada kulit
Mungkin sebab penggunaan tepung semasa membentuk kan !

Tak puas hati ...
Semalam saya buat lagi
Kali ini saya rebus ubi tak lama
Agak-agak dah masak ja, saya terus padamkan api sebab tak nak ubi terlalu lembut

Kali ini terfikir nak cuba menggunakan sedikit minyak semasa membentuk
Alhamdulillah...
Dah tak melekat ditangan lagi
Dah tahu rahsia nya !!!

Cucuq keria yang ini memang lembut sangat-sangat
Sekali hadap saja habis !!!
Memang sedap youu bila di sira dengan gula merah !!!

Jomm...





.
PROSES MENYEDIAKAN CUCUR



Bahan A 
Minyak untuk goreng tenggelam
Sedikit minyak akan digunakan semasa membentuk
400 g ubi keledek (saya gunakan ubi oren. Kalau dapat yang kuning lagi sedap)
anggaran 1 cawan tepung gandum
1/4 sudu teh baking powder (sedikit saja). 

Cara-Cara Menyediakannya
1. Basuh keledek bersih-bersih.
2. Masukkan kedalam periuk dan tambahkan air sehingga tenggelam.
3. Rebus sehingga empok. Semasa pertengahan rebusan, balik-balikkan ubi supaya ia masak sekata.
4. Cucuk ubi dengan hujung pisau atau garfu, jika ia menjunam dengan mudah ini menandakan ubi telah empok.
5. Padamkan api dan toskan air nya. Isikan air biasa kedalam periuk supaya proses meng'empok terhenti dan memudahkan kulit dikupas.
6. Tumbuk atau lenyek ubi sehingga hancur.
7. Masukkan tepung gandum (yang dicampur baking powder) sedikit-sedikit dan gaul sekata. Agak-agak adunan dah boleh dibentuk tak perlu lagi masukkan tepung.

Cara Membentuk
8. Sapu sedikit minyak pada dulang untuk meletak cucur.
8. Basahkan hujung jari/tapak tangan dengan sedikit minyak.
9. Ambil secubit adunan ubi anggaran sebesar 2 biji guli. Bulat-bulatkan dan tekan hujung jari ditengah nya yang dengan sendiri akan leper dan berlubang.
10. Buat sehingga habis.

10. Panaskan minyak dalam kuali non-stick.
11. Goreng cucur sehingga masak. Balik-balikkan supaya ia masak dengan sekata.
Pastikan ia betul-betul masak untuk mengelakkan ia mengecut semula semasa proses menyira.


PROSES MENYIRA GULA



Bahan B
3 camca besar gula merah
3 camca besar air

Cara-Cara Menyediakan nya.
1. Satukan bahan  dalam kuali dan masak sehingga pekat dan gula berbuih-buih.
Jika gula sedikit berpasir, sebaik gula telah hancur, tapis dan masukkan kembali kedalam kuali dan masak sehingga pekat
2. Masukkan kesemua cucur kedalam kuali dan balik-balikkan ia supaya gula bersalut dengan sekata.
* Jangan biarkan cucur terlalu lama dalam kuali kerana ia akan mengecut
3. Angkat dan boleh dihidangkan.


4 comments:

  1. Dah habis? Terlambatlah PH ke sini hee..hee... Comel keria tu, berkilat-kilat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PH
      Buat comel-comel senang nak makan.
      hehehe........

      Delete
  2. sedapnya.. tringat yg kat melaka tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la Azura... Nak pi jauh sangat. Takut bila sambpai dah habis

      Delete

Powered by Blogger.