Sila Click sini ya... Terima Kasih !

KULAT SISIR GORENG KUNYIT ... Selera Kampung yang sedap !



Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera ...

Salam Jumaat semua !!!

Hari ini nak share resepi KULAT SISIR GORENG KUNYIT
Lauk yang saya sediakan tak berapa lama dulu.
Maklum semalam saya masak simple-simple saja kerana menguruskan kereta ke Workshop.
Jadi duduk didapur pon sekejap saja...

Bercakap pasal Workshop, Honda Service Center dikawasan saya ini OK juga perkhidmatan nya.
Ada perkhidmatan hantar balik rumah dan ambil kembali untuk ke Workshop.
Maklum nak tunggu disana lama juga tu.

Walaupon kereta saya ini dah hampir 10 tahun usia nya, tapi baikpulih dan service boleh dikatakan 95 % masih dengan Honda service center.
Walaupon harga nya sedikit mahal tetapi saya amat pentingkan kualiti alat ganti dan perkhidmatan yang bermutu.
Bukan tak yakin dengan workshop-workshop diluar.
Tetapi bagi saya Honda service center pasti nya lebih arif dengan kereta keluaran mereka berbanding workshop luar.
Risau juga lain yang rosak lain yang ditukar kan !


OK !
Berbalik pada resepi kita hari ini, resepi ini bukan sebarang goreng kunyit ya !
Tetapi goreng kunyit yang dicampurkan sedikit jintan untuk menerbitkan lagi keenakkan kulat sisir ini.
Untuk lebih enak lagi kulat ini dimasak sedikit lembab-lembab
Memang sedap !

Jomm .......


Bahan A (diperap 1/2 jam)
100 g kulat sisir (anggaran 1 tin susu)
1 camca teh serbuk kunyit
1 camca teh lada hitam biji (ditumbuk halus)
1/2 camca teh jintan manis biji (ditumbuk halus)
sedikit garam

Bahan B (ditumbuk 3/4 hancur)
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
Sejemput ikan bilis

Bahan C
minyak untuk menggoreng (boleh dilebihkan sedikit)
1 batang serai (diketuk lebam)
1 biji bawang besar (dibelah 8)
4 urat kacang panjang (dipotong pendek)
2 biji cili merah (dipotong menyerong)

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Kulat sisir dibersihkan terlebih dahulu dari segala kotoran saperti sampah, daun-daun dan batang-batang kering. Kemudian ia direndam selama lebih kurang 15 minit untuk mengembang dan melembutkan nya.
Sauk kulat untuk mengasingkan air kotoran dan pasir. Boleh menggunakan tangan untuk proses meng'sauk ini. Ulang 6-7 kali atau sehingga pasti tiada lagi pasir yang terlekat. Akhir sekali masukkan kulat kedalam penapis dan cucur dibawah aliran air bersih dan toskan ia.
Sekadar toskan air sudah mencukupi. Tidak perlu diperah airnya keluar, ini adalah kerana semasa memasak nanti air nya akan kering sedikit disamping masakan  menjadi lembab-lembab lebih menyelerakan. 

2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan B. Goreng sehingga terbit aroma dan bawang menjadi layu dan sedikit kecut terus masukkan serai dan goreng sebentar. 
3. Masukkan kulat dan goreng seketika untuk memastikan ia masak sempurna.
4. Masukkan kacang panjang, bawang besar dan cili potong. Kacau-kacau biar rata dan boleh diangkat untuk dihidangkan.


~FHA Selemak Santan

2 comments:

Powered by Blogger.