SUP BEBOLA IKAN ... Bebola Homemade
Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera ...
Semalam saya sediakan Bebola Ikan yang berpandukan resepi dari FB Tahrunnisah
Terima Kasih Puan Tahrunnisah
Terima Kasih Puan Tahrunnisah
Bebola yang terhasil amat sedap dan kenyal sekali.
Dan yang penting dijamin bersih dan halal.
Pengalaman saya melihat proses bebola ikan disediakan suatu ketika dahulu amat meloyakan tekak sehingga kini.
Itu pon secara kebetulan !
Ketika sedang menunggu ikan yang saya beli untuk ditimbang saya terpandang ada seorang penjual ikan sedang asyik mengikis isi ikan-ikan nya.
Memang ketika itu memang tak terfikir langsung difikiran apa yang dibuat nya.
Lalu secara spontan saya bertanya dan dimaklumkan sedang memproses isi ikan dibeli oleh pelanggan untuk dijadikan bebola ikan.
Terfikir pula... adalah isi ikan yang telah hancur itu akan dibasuh kemudian nya
Tentu lah tidak kerana ia telah hancur.
Melihat pula tempat dan kawasan tersebut, emm tak tahu nak cakap macam mana !
Dengan longgokan ikan, darah ikan, lendir-lendir ikan, air ikan tentu lah kotor .., maklum pasar ikan yang lecak .
Disitulah isi ikan di proses !
TER amat-amat kotor dan Berbau !
Jom kita buat sendiri ...
Bahan A
300gm ikan tenggiri atau "yellow fish tail" (paling sesuai) isi nya putih mesti yang fresh
2 sudu kecik tpg jagung
garam secukup rasa
Ajinomoto/Perasa tambahan (optional)
1/2 sudu kecik lada sulah
Air sejuk dlm peti (anggaran 1/2 cawan -3/4 cawan)
* adunan nanti mcm nak buat cucur pisang tu...
Cara-Cara Menyediakannya
1. Kikis isi ikan mggunakan sudu ceramik (saya guna sudu biasa saja)...hanya ambil isinya sahaja..
2. Kemudian blend isi ikan hingga hancur.
3. Masukkan tepung jagung, garam serta lada sulah dan sebatikan (boleh sebati dalam blender. Tapi saya gaul menggunakan tangan ja)
4. Dah sebati taruk air pula..air ni agak2 ye adunan ni tak likat dan tak lembik sangat..
5. Kemudian keluarkan adunan dan taruk dlm besen kecil..ambil sikit2 dan baling adunan ni dlm bekas tu..buat banyak kali sehingga anda rasa adunan ni kenyal dan berkilat serta licin ...
6. Ambil sikit adunan gunakan ibu jari dan jari telunjuk (tgok gambar)..keluarkan bebola fishball antara dua jari tu. Ambil fishball tu guna sudu dan taruk dlm bekas yang diisi air sejuk dengan 1 sudu garam (rendam seketika dlm 15 minit)
7. Baru la direbus dlm air mendidih sehingga masak (fishball akan terapung)
Gambar ihsan dari FB Tahrunnisah |
SUP BEBOLA IKAN
Bahan A
Bebola ikan
Air rebusan bebola ikan
Bahan B
sedikit minyak untuk menumis
1 inci halia (di hiris nipis)
3 ulas bawang putih (di hiris nipis)
1 biji bawang besar (di hiris nipis)
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
Bahan C
1 camca besar rempah sup
1 biji lobak merah
1 batang saleri
Bunga kubis
Bahan D (untuk memekatkan dan lebih rasa)
Hirisan Daun Ketumbar
Hirisan Daun sup
Hirisan Daun Bawang
Bawang Goreng
Jus limau nipis
sedikit garam
Bahan E (Untuk tabur)
Hirisan Daun sup
Hirisan Daun Bawang
Bawang Goreng
Cara-Cara Menyediakan nyaHirisan Daun Bawang
Bawang Goreng
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan B sehingga terbit aroma.
2. Masukkan rempah sup dan sedikit air. Masak selama ~ 5 minit
3. Masukkan bebola ikan, air rebusan dan masak sehingga mendidih. Jika kuah kurang boleh ditambah sedikit air.
4. Masukkan lobak merah. Agak lobak sudah 1/2 masak terus masukkan sayuran yang lain dari bahan C dan masak sehingga mendidih semula.
5. Masukkan bahan D (untuk memekatkan) dan perasakan dengan jus limau dan garam.
6. Siap untuk dihidangkan.
7. Sebelum makan tabur dengan bahan E.
~FHA Selemak Santan
https://carabuatduitonline.blogspot.com
ReplyDeleteOK ...
Delete