CUCUR & KUAH PASEMBOR MAMAK ... Memang Menyelerakan !


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...

Salam berhujung minggu !!!

Saperti biasa saya suka menyediakan Cucur sebagai sarapan pagi mahu pon minum petang.
Cucur adalah kuih yang paling mudah disediakan.
Tak kisah lah samada Cucur Bawang, Cucur Udang, Cucur Jagung atau pon Cucur Sayur.
Sebenar nya cucur ini boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti masing-masing.
Lagi berselera jika dapat juadah ini panas-panas !

Untuk kali ini memang sedap sangat ....
Dimakan dengan Kuah Pasembor gitu.
Tak perlu lah cukup lengkap timun, tauhu, salat bla-bla-bla....
Kalau yang simple simple begini pon dah berebut dimeja makan kannnnn !

Tapi kalau ada bahan sampingan yang lain lagi elok.

Jomm...


Bahan A
1 1/2 cawan tepung gandum
3 camca besar tepung sagu
1/2 mangkuk besar taugeh
3 pokok kucai (dikerat pendek)
1 biji bawang besar (dibelah 4 dan dihiris sederhana tebal)
1 biji telur ayam
20-25 ekor udang kertas kecil

Bahan B
1 cawan air 
sedikit garam

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Sediakan air garam dengan menyatukan bahan B. Kacau sehingga garam larut.
2. Satukan kesemua bahan A dan tuang air garam diatas sedikit demi sedikit sehingga semua menjadi sekata.
3. Panaskan minyak didalam kuali. Jemput  adunan cucur dan masukkan dalam minyak yang panas dan masak dengan api yang sederhana. Pastikan api jangan terlalu kecil kerana akan menyebabkan cucur menyerap minyak.
4. Goreng sehingga cucur kekuningan baru di alihkan.
5. Apabila cucur telah cukup masak dan sedikit garing baru diangkat dan ditoskan atas kertas minyak.



KUAH PASEMBOR

Bahan A
200 g ubi keledek berwarna oren
100 g udang kertas halus
50 g kacang tanah
8 biji cili kering
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar atau 8 ulas bawang merah
2 cawan air
3 sudu besar gula putih
1/2 ketul gula melaka
1 sudu besar asam jawa dan perahkan dengan 1/4 cawan air
4 keping biskut merry
Sedikit garam
Sedikit Pewarna oren merah * jika menggunakan ubi putih

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Ubi keledek dibuang kulit, direbus sehingga lembut dan dikisar halus.
2. Udang jangan dibuang kulit dan kepala nya, cuma dibasuh bersih, panaskan sedikit minyak dan goreng sehingga garing. Ini akan menjadikan kuah lebih beraroma.
3. Kacang Tanah digoreng dengan menggunakan sedikit minyak.
4. Cili kering juga digoreng dengan minyak lebihan gorengan kacang sehingga ranggup tapi jangan terlalu hitam.
5. Bawang putih dan bawang merah digoreng layu.
6. Satukan udang kering, kacang tanah, cili kering, bawang dan kisar sehingga halus.
7. Masukkan semua bahan yang telah dikisar tadi bersama keledek ke dalam periok. Masukkan air dan masak sehingga mendidih.
8. Apabila kuah sudah mendidih kecilkan api, masukkan air asam jawa, dan gula.
9. Rendam biskut merry,  lenyekan ia dan masukkan dalam kuah yang sedang reneh.
10. Masukkan beberapa titis pewarna jika warna kuah kurang 'oren' dan perasakan dengan garam.

* FHA Selemak Santan

2 comments:

  1. Betul tu! Kadang2 bila nak masak satu2 resepi kalau tak lengkap bahan, terus cancel... masak sajalah kan, ikut kreativiti. Mesti sedap punya!

    ReplyDelete

Powered by Blogger.