Sila Click sini ya... Terima Kasih !

AYAM GORENG 'TOMYAM KUNYIT' ...Simple tapi sedap menyelerakan. Tak pandang kiri kanan !!!


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua !

Saya ni memang peminat tegar Ayam Goreng Kunyit mahu pon Daging Goreng Kunyit.
Tapi dengan syarat mesti di letakkan Cili Padi.
Kalau tak dimasukkan semasa goreng, ber ulamkan cili pon dah mencukupi.
Janji pedas..

Berpinggan-pinggan saya boleh habiskan nasi.

Kali ini saya cuba olahkan sedikit gorengan ini dengan memasukkan kiub Tomyam, serai dan campakkan sedikit daun limau purut yang disiat kasar.
Jangan lupa masukkan serbuk lada hitam ya....

Tambah-tambah kali ini saya menggunakan ayam bahagian dada. Jadi tempoh masa tak lah lama sebab menggunakan api yang besar saperti masakan digerai tu kan

Dah hasil nya isi ayam tidak keras dan memang sedap sangat-sangat

Adoiii....
Saya makan memang tak tengok kiri kanan lagi
heheheh !!!


Bahan A (digaul rata dan diperap 1/2 jam)
2 ketul dada ayam bersaiz besar
1 camca kecil serbuk kunyit
1/2 camca kecil jintan manis (ditumbuk)
sedikit garam

Bahan B
Minyak untuk menumis
1 batang serai (dititik)
1 kiub Tomyam
2 biji bawang besar Holand (dipotong baji)
8 biji cili padi hijau (dipotong menyerong)
8 biji cili padi merah (dipotong menyerong)
2 helai daun limau purut (dikoyak)
1 1/2 camca teh lada putih 'AjiShio'

Cara-Cara Penyediaan nya
1. Satukan kesemua bahan A dan perap selama 1/2 jam.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan ayam. Besarkan api dan kacau dengan cepat.
3. Terus masukkan serai, kiub tomyam yang di 'peroi'. Kacau rata.
4. Agak-agak ayam dah masak, masukkan bawang besar, cili potong, daun limau dan renjiskan dengan lada hitam. Kacau lagi dan terus angkat untuk mengelakkan bawang menjadi terlalu layu.

* FHA Selemak Santan

6 comments:

  1. sedapnyaaaa. makan dgn nasi panas2 pulakk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada cili padi memang sedap sangat Busyra. Tak pandang lauk lain dah ...

      Delete
  2. suka jugak masak ayam grg kunyit. tapi kali ni ada masuk kiub tomyam eh. ok nak try.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Azura. Sedikit kelainan. Saya memang suka goreng-goreng kunyit ini. Kalau hari-hari pon boleh...

      Delete
  3. Replies
    1. Jomm Adda, kita masak goreng kunyit.
      Yang ini saya beli isi ayam yang siap bungkus tanpa tulang. Isi nya memang sesuai sangat kalau goreng kunyit. Dah rasa macam masakan digerai pulak tapi lebih sedap.

      Delete

Powered by Blogger.