CUCUR BAWANG


Ada yang panggil cucur ini sebagai Cucur Udang, Cucur Taugeh dan sebagai nya. Walaubagaimana pon ia adalah cucur yang sama.

Jom kita semak RESEPI ...

BAHAN A - CUCUR (digaul semua sekali)
2 cawan Tepung Gandum
2 biji Bawang besar (dihiris sederhana tebal)
Segenggam Taugeh
6 pokok daun Kucai
Sedikit Udang hidup (dibuang kulitnya)
4 sudu makan Minyak masak/butter yang dicairkan (untuk melembutkan)
sedikit air yang bercampur garam
*Ada yang suka tambahkan telur kedalam adunan tepung diatas, tetapi saya lebih gemar yang tanpa telur.

BAHAN B - CILI BAWANG (Gaul semua bahan yg di bawah dan terus dihidangkan. *TAK PERLU DIMASAK)
Sedikit asam Jawa sebesar duit 10 sen + 2 sudu besar Air
3 sudu besar penuh Gula Putih
6 ulas Bawang Kecil (dihiris nipis-nipis)
10 biji Cili Kering + sedikit belacan + garam (Tumbuk. JANGAN ditambah air/biar pekat, kalau nak tambah guna air asam jawa di atas)
*Cili Kering boleh juga di rebus dahulu jika mahu (Cili kering aja...tujuan adalah untuk melembutkan cili).
Tetapi KEENAKAN CILI BAWANG lebih terasa jika Cili Kering yg digunakan TIDAK DI REBUS
*Pastikan Kuah Cili yag terhasil adalah yang pekat.
* Selamat menjamu selera .....

No comments:

Powered by Blogger.