KETUPAT PULUT DAUN PISANG
Ketupat pulut daun pisang dibuat untuk Raya Puasa 3 tahun lepas. emm.... sedap, wangi dan tahan lama. Setiap satu 45 gram.
Kita semak RESEPI.....
400 gram PULUT biasa
7 gram Garam halus (Sukatan garam ini sudah cukup menjadikan pulut ini lemak-lemak manis)
600 gram Santan Pekat dari 2 biji kelapa (Jika guna Pulut SUSU, sukatan santan adalah 700 gram)
* Elakkan dari menggunkan santan kotak atau serbuk. Santan segar akan menjadikan pulut lebih sedap, berlemak, berminyak dan menarik.
Cara-Cara Memasak:- (Saperti kita memasak nasi)
1. Basuh pulut sebersih yang boleh kerana ini akan menjadikan pulut tahan lebih lama.
2. Masukkan pulut, santan dan garam kedalam periuk dan masak dengan api yang sederhana besar.
3. Bila air dah kering, perlahankan api dan tutup periuk. Masak sehingga pulut 'masak sepenuh nya' atau '3/4 masak'.
4. Bungkus dalam daun pisang (yg telah dilayur terlebih dahulu) dan diikat.
*Jika pulut telah dimasak sepenuhnya(step 3 diatas), ikatan daun pisang bolehlah diketatkan. Tetapi jika pulut 3/4 suku masak, ikatan mestilah dilonggarkan sedikit.
5. Kukus selama 45 minit - 1 jam
TIPS:
a. 3-10 minit pertama semasa pulut diletakkan atas dapur, kacau dibahagian bawah untuk elakkan ia berkerak.
b. Jangan di-tinggalkan kerana air akan cepat kering dan pulut akan hangit.
*Selamat menjamu selera .....
No comments: