Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua..
Resepi untuk hari ini adalah resepi puding dibuat khas untuk Kakak saya yang amat gemarkan Cheese. Kebiasaan nya cheese ni saya gunakan untuk buat kek aja. Tapi hari ni saya buat puding pula untuk sedikit kelainan.
Dan kebetulan pula dipejabat akan diadakan bacaan Tahlil, jadi saya double kan adunan untuk kenduri dan kebetulan Ramadan akan tiba beberapa hari saja lagi.
Lapisan atas puding teramatlah lembut ditambahkan pula dengan kelemakkan Cheese yang begitu terasa sekali, Dibahagian lapisan bawah pula semasa makan ...emmm.... 'meletup-letup' krup-krup krup-krap krup-krap bunyi nestum yang telah digoreng begitu ranggup ditambah pula bauan aroma butter yang amat harum pada nestum tersebut. Tak terkata sedap nya..
Jom kita semak resepi .....
BAHAN A (1 adunan)
300 g Butter
2 cawan nestum
1. Masukkan butter kedalam kuali dan cairkan diatas api.
2. Masuk kan nestum dan goreng sehingga GARING dan wangi (Tapi pastikan jangan sampai hangit hehehe...)
3. Masukkan dalam mangkuk kaca dan tekan sehingga padat dan rata. (Keadaan nestum ketika ini adalah saperti serdak-serdak dan tidak melekat antara satu sama lain, jangan risau. Apabila disimpan dalam peti sejuk nanti ia akan keras dan melekat antara satu sama lain)
4. Simpan dalam peti ais selama 4 jam atau semalaman supaya keras (selalu nya bahagian A ini saya buat dimalam hari, jadi esok terus buat bahagian B dan C pula)
BAHAN B
1 tin susu pekat F&N (boleh dikurangkan kepada 3/4 tin jika kurang gemar rasa terlalu manis. Ini adalah kerana serbuk 'Puding NONA' sudah tersedia manis)
1 tin susu cair
1/2 tin air biasa (sukatan tin susu diatas)
60 gram serbuk 'Puding jenama NONA (Perasa asli dan tanpa warna. Tetapi jika tiada, yang berperisa buah-buahan lain pon boleh)
BAHAN C
250g cream cheese Fhiladelphia
7 biji limau kasturi (perah air nya)
1 tin fruit cocktail (Tapis dan ambil buah nya sahaja)
Cara-Cara Memasak Puding:-
1. Masukkan bahan B kedalam periuk dan masak sehingga serbuk
puding larut.
2. Putar creame cheese ~ 5-7 minit
3. Masukkan adunan puding yang telah larut dan jus limau ke dalam adunan cheese dan putar dengan kelajuan perlahan supaya semua nya bercampur.
4. Tuangkan kedalam mangkuk kaca yang berisi nestum yang
telah dikeraskan.
5. Taburkan buah-buahan cocktail diatas nya.
6.Simpan di dalam peti ais selama > 6 jam atau sehingga
beku.
* Selamat menjamu selera .....