Assalamualaikum semua...
Alhamdulillah hari ni laksana sudah kenduri Doa Selamat dan Tahlil untuk arwah Ayah, Mak, Abang Chik, Abang Desa, Tok, Tok Wan, Tok Nenek, Tok Nek Jah, Tok-Tok Guru, Guru-guru, Saudara-mara, saudara se Islam semua.
Buat kecil-kecilan saja... adik beradik, anak-anak menakan, kak pupu, cucu menakan hehehe...
Kenduri yang tak dirancang...
Alang-alang dah kepasar tu, langsung timbul rasa nak buat kenduri ....
2 hari lepas dah rasa dah macam nak makan Nasi Arab.
alih alih bila jengok dapur Amie.. langsung tambah-tambah tergoda.
masak nasi 1 periuk rice cooker penuh 'sendat-sendat'.
beras 1 kilo 300 gram
Kambing 1 kilo ++
Tambah ayam 1 ekor... saya masak Ayam Goreng Hainan
Buat air asam saja kerana kurang gemar cili Nasi Arab
Nasi habis...
Kambing habis...
Ayam pon habis ...
Air Asam habis
Sup Hainan juga habis ...
Alhamdulillah...
habis...
licin...
tak membazir ...
Biar tak cukup..jangan membazir ...
Jom kita semak resepi ...
BAHAN A (Rempah Kabsa)
1.5 sudu kecil lada hitam
2 sudu kecil Jintan manis
1.5 sudu kecil rempah biji
20 biji buah pelaga
20 kuntum bunga cengkih
2 inci halia
1 inci kunyit hidup
2 sudu besar minyak masak (untuk memudahkan proses kisaran)
Limau Kering (tidak dimasukkan kerana tak dapat cari dipasaran)
BAHAN B
1.3 kilo Daging Kambing
BAHAN C
Air sup yang akan digunakan - 11 cawan
10 helai Daun Pandan
1 kiub Daging Lembu KNOR
Sedikit garam
1.3 kilo Beras Brasmathi 'Extra Panjang' - sukatan 7 cawan (direndam 30 minit)
sedikit kismis
1/2 tongkol jagung (saya tambahkan, nak menghabiskan baki nasi ayam hainan tempoh hari)
Cara-Cara Memasak:-
1. Bahan A dikisar sehingga halus.
2. Masukkan bahan kisaran, air dan daging Kambing kedalam periuk pressure cooker dn masak sehingga empuk.
Saya timekan tempuh masa periuk berbunyi (menandakan sedang mendidih) selama 25 minit saja.
Pastikan air untuk merebus tidak terlalu banyak kerana jika berlebihan akan membazir. Jika tidak cukup untuk memasak nasi, air boleh ditambah nanti
3. Sesudah daging empok, asingkan ia dari air rebusan
4. Masukkan 11 cawan air rebusan dan bahan C kedalam rice cooker dan rebus sehingga mendidih
5. Masukkan bahan D dan teruskan memasak.
6. Agak-agak 5 minit sebelum suis rice cooker tukar ke 'Warm', kacau nasi sedikit supaya bahan-bahan rempah yang berada diatas nasi becampur rata.
7. Jika suis rice cooker telah bertukar ke 'Warm', biarkan ia selama 15 minit sebelum periuk dibuka.
BAHAN E (Air Asam. Campur semua sekali)
15 biji cili padi (dimesin)
4 biji cili merah (dimesin)
sedikit belacan (dimesin)
4 biji tomato biji bersaiz besar (dipotong kecil-kecil)
2 ulas bawang besar (dibelah 4 dan dihiris sederhana tebal)
2 biji limau nipis
sedikit garam
Ayam goreng Hainan dan Sup boleh tengok di SINI
* Selamat menjamu selera ...
Assalamualaikum FHA wahh rata2 sekrg ni ramai yg tgh rajin wat nasi arab.aritu gi lawat dapur k.amie nmpk k.amie tayang nasik arab terguda sungguh..kali ni lak intai dapur FHA pun ader nasib arab..waaaa...teruja nak buat....
ReplyDeleteW'salam Umie, nasi arab ni bila dah rasa sekali, rasa nak buat lagi. lagi-lagi bila dah lawat dapur Amie... tambah-tambah tergoda gitu hehehe...
DeleteSalam..blh x guna periuk biase klo xde pressure cooker? Camne caranye?tq
ReplyDeletesalam....nak nyelit jap,nasi arab ni kalo nak sedap lagi saya cadangkan pakai basmati pusa 1121 cream,market kat luar harga RM13.50 per kg,tapi saya bekalkan anda basmati jenis pusa 1121 ni hanya RM9.50...hubungi saya untuk dapatkan beras basmati pusa 1121 cream dgn harga yang lebih murah dari pasaran di talian 012-9727136 (hafiz)....tiada min order,sekilo pun saya hantar sampai depan umah...selamat mencuba... :)
ReplyDelete