Saturday, 24 May 2014

AYAM PANGGANG Bawang Putih



Assalamualaikum semua....
Resepi untuk dikongsi hari ini .....AYAM PANGGANG BAWANG PUTIH

BAHAN A
10 ketul paha ayam
5 camca besar minyak masak
1 sudu teh kunyit serbuk
sedikit garam

BAHAN B (ditumbuk)
15 ulas bawang putih
1/2 sudu besar lada hitam
1 inci halia
1 biji bawang besar

BAHAN C
4 biji tomato hijau (dibelah 4)


Cara-Cara Memasak Ayam
1. Bahan A dan B digaul dan diperap bersama ayam semalaman.
2. Panaskan oven suhu 200.  Guna api atas dan bawah
3. Alaskan dulang dengan aluminium foil.
4. Bakar ayam bersama tomato selama 45 minit atau sehingga ayam masak.
5. Pintu oven sentiasa ditutup semasa memasak

* Selamat menjamu selera ...

Tuesday, 20 May 2014

KERABU PUCUK UBI Citarasa Kampung ...........



Assalamualaikum semua..

Pernah buat kerabu pucuk ubi ?
Kalau belum jom ikut saya kedapur ......

Pucuk Ubi Kayu (Direbus sehingga empok dan dipotong anggaran 1 inci).  * Saya ambil masa 3 jam lebih untuk memastikan ia betul-betul lembut

2 biji bawang besar (dibelah 2 & dihiris sederhana tebal)
15 ekor Udang Hidup (Dibuang kulit dan direbus sekejap)
segenggam taugeh segar
1 biji limau nipis (diambil jus nya)
3 biji cili merah + sedikit belacan (ditumbuk) * Boleh digantikan dengan cili padi jika suka pedas
2 sudu besar beras (disangai dan ditumbuk hancur)
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk halus)
4 batang serai (dipotong kecil dan ditumbuk halus)
2 inci halia (dihiris nipis memanjang)
1 biji tomato segar (dihiris sederhana tebal)
garam

* Boleh di  masukkan sedikit kerisik jika ada

Cara-Cara
1. Masukkan semua diatas kedalam mangkuk dan digaul rata.

* Selamat menjamu selera ...

Wednesday, 14 May 2014

JUS LIMAU KASTURI Menyegarkan tekak

Assalamualaikum semua...

Jus limau atau nama saintifik nya 'Citrus Microcarpa 'adalah salah satu minuman kegemaran saya.
Amat senang disediakan, semudah 1 2 3
Disediakan dan diminum tak kira masa, walau pon pada hari hujan.
Menjadi pilihan saya dicuti umum semalam.

Berikut adalah khasiat limau Kasturi yang saya petik dari sumber Petua Sejagat

1. Mengurangkan Lelah
- Ambil sesudu madu. Kalau boleh madu asli. Kemudian, campurkan dengan 5 titik jus limau kasturi.
- Minumlah campuran madu dan jus limau kasturi tadi.
* Boleh meminumnya pada bila-bila masa walaupun ketika tak mengalami lelah. Tapi cukuplah anda mengamalkan cara ini seminggu sekali.

2. Melegakan Pening Kepala
- Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit di bahagian atasnya.
- Kemudian, picit kulit limau kasturi tadi sehingga cecairnya keluar. Pastikan anda menghalakan cecair tu ke arah hidung semasa ia terpancut.
Sebagai tambahan, anda juga boleh memakan kulitnya secara mentah.

3. Mengatasi Masalah Badan Berbau
- Amalkan selalu memakan kulit limau kasturi secara mentah.

4. Menyembuhkan Sakit Tekak
Biasanya ia digunakan bagi menyembuhkan sakit tekak akibat lendir dan kahak.
- Bagi orang dewasa, anda campurkan jus limau kasturi dengan sedikit lada hitam.
- Kacau campuran tu hingga rata dan minum.
- Jika kanak-kanak pula, anda boleh campurkan jus limau kasturi tu dengan sedikit madu lebah. Tujuan menggantikan lada hitam dengan madu adalah untuk mengelakkan daripada kanak-kanak tu mengalami kepanasan.

5. Menghilangkan Kesan Minyak pada Pakaian
- Perahkan sebiji limau kasturi ke dalam piring.
- Campurkan perahan limau kasturi tadi dengan sedikit garam.
- Kemudian, gosokkan campuran di atas pada bahagian pakaian yang terkena minyak.
- Lepas dah gosok, biarkannya selama 5 hingga 10 minit. Kesan minyak tu akan hilang nanti.
Akhir sekali, barulah anda basuh pakaian tadi bersama dengan pakaian lain macam biasa.


Resepi Jus Limau Kasturi ....
Beberapa biji Limau kasturi
Gula Putih (Sukatan  mengikut kemanisan yang dikehendaki)
Air 
* Gula dan air boleh disatukan dan dimasak menjadi air gula.

*Selamat Menjamu selera ....

Monday, 12 May 2014

BUNGA BETIK Lemak Cili Padi



Assalamualaikum semua..

Emm... selepas jenguk kedapur Kak Gee, teringin sangat-sangat.
Tambahan pula saya memang suka sayur yang rasa sedikit pahit-pahit
 Apa lagi hujung minggu, kepasar cari bunga betik laaaa...

Jom kita semak resepi ...

BAHAN A
Bunga Betik..anggaran 3 cekak. (Direbus sehingga lembut, ditapis dan dibasuh untuk membuang lebihan pahit nya).
* Boleh direbus kedua kali, jika ingin mengurangkan lagi rasa pahit

BAHAN B
Santan Pekat dari 1 biji kelapa
20-30 Cili Padi (dimesin halus). 
1 sudu teh Serbuk Kunyit
3 batang serai (diketuk)
Lengkuas..sebesar 2 ibu jari (diketuk)
1 inci halia(diketuk)
2 keping asam gelugor (asam keping)
2 sudu besar ikan bilis
1 kiub ikan bilis 'KNOR'
sedikit garam

BAHAN C
helai daun kunyit
2 helai daun limau purut

Cara-Cara Memasak:-
1. Masukkan bahan A dan bahan B kedalam periuk dan masak dengan api sederhana sehingga mendidih.
2. Sebelum angkat, masukan bahan C.

* Selamat menjamu selera ....

Monday, 5 May 2014

KAMBING TUMIS PEDAS ... Berlengkuas



BAHAN A
Minyak untuk menumis
2 kuntum Bunga Lawang
5 kuntum Bunga Cengkih
3 biji Buah Pelaga
3 batang Kulit Kayu Manis
1 tangkai Daun Kari
sedikit halia (di hiris nipis memanjang)
1 biji bawang besar (ditumbuk)
6 ulas bawang putih (ditumbuk)

BAHAN B
30 -35 biji Cili Kering (Bergantung kepada saiz cili)  (Direbus dan di mesin halus bersama air)
4 batang Serai (diketuk)
Lengkuas sebesar 4 ibu jari  (di ketuk)
2 biji Tomato biji (dibelah 2)
2 Asam keping (yang bersaiz sederhana)
Garam

BAHAN C
1 kilo Daging Kambing.

BAHAN D
1 helai Daun Kunyit (Hiris besar-besar)
3 helai Daun limau purut
2-3 biji Bawang besar (dipotong bulat-bulat besar)

Cara-Cara Memasak:-
1. Panaskan minyak dalam periuk.
2. Masukkan bahan A dan goreng sehingga bertukar keperangan dan wangi.
3. Masukkan bahan B dan C. Masak hingga cili naik minyak dan daging lembut (Pastikan kuah menjadi pekat).
4. Akhir sekali masukkan bahan D.
5. Siap

* Selamat menjamu selera ...