Assalamualaikum dan Salam Ramadhan ...
Lauk untuk berbuka
Saperti biasa saya lebih suka masak sendiri dari membeli .. kecuali jika tidak berkesempatan.
Kerana ia lebih menepati citarasa saya yang ala-ala Utara ni...kari, kari kari
Untuk berbuka.. cukup dengan nasi dan 1 atau 2 jenis lauk dan mencukupi
Untuk hari ini
emmm Gulai Sardin dengan Ubi kentang.. w a l l a !!!!
Jom kita semak resepi
BAHAN A
Minyak untuk menumis
1 biji bawang besar (dihiris nipis)
4 ulas bawang putih (dihiris nipis)
1 tangkai daun kari
1 sudu makan halba campur
BAHAN B
2 sudu besar 'penuh' rempah kari Ikan 'BABAS'. (Kali ini saya pilih rempah yang lebih pedas)
1 cawan air
1 sudu makan lada hitam (ditumbuk)
2 biji ubi kentang (dibelah 4)
Air Asam jawa
Garam
BAHAN C
1 cawan air atau santan cair (Untuk resepi ini saya tidak menggunakan santan)
BAHAN D
1 tin Ikan Sardin 425 gram(Saya lebih suka 'Ayam Brand' berbanding jemana X yang lain)
1 biji cili hijau dibelah 2 (Kali ini saya gantikan dengan 8-10 biji cili padi)
Cara-Cara Memasak
1. Panaskan minyak dan tumis bahan A, Goreng sehingga hampir garing
2. Masukkan bahan B. Teruskan memasak sehingga terbit minyak yang banyak dan rempah menjadi pekat.
3. Masukkan bahan C, biarkan sebentar dan terus masukkan bahan D.
4. Masak sehingga mendidih dan boleh lah diangkat.
* Selamat menjamu selera ...