TALANG GORENG ....Ber' Cili - Ber' Bawang


Assalamualaikum ....

Salam Ramadhan untuk sahabat-sahabat semua ....
Esok Insya ALLAH kita akan mula berpuasa ya

Kepada kaum-kaum ibu tentu dah rancang apa yang akan dimasak untuk sahur nanti kan

Saya simple aja Talang Kering Goreng menu untuk hari ini dan akan menjadi penambah selera semasa bersahur nanti, InsyaALLAH...

Nak masak pon simpel saja kan ..

BAHAN A

Minyak untuk menggoreng
1 ketul ikan talang kering (di potong kiub-kiub kecil)
2 biji bawang besar (dipotong mengikut kesukaan)
10 biji cili kering (dihiris halus)
6 biji cili padi

Cara-Cara Memasak:-
1. Panaskan minyak dalam kuali (tidak terlalu banyak kerana minyak tersebut akan digunakan sepenuhnya dalam gorengan ini).
2. Goreng Ikan talang kering sehingga masak dan angkat.
3. Dengan menggunakan minyak yang sama, goreng cili kering sehingga hampir garing.
4. Seterusnya masukkan bawang dan cili padi diikuti dengan ikan kering yang telah digoreng tadi. Goreng sehingga bawang 1/3  layu, boleh lah diangkat.

* Selamat menjamu selera ...

No comments:

Powered by Blogger.