Assalamualaikum semua...
Sayang tengok buah rambutan luruh banyak ditepi dapur.
Nak panjat, tak reti
hehehe.......
Setakat kait yang bawah-bawah tu ok lah
tu pon jenuh ....
dari terbuang macam tu saja... buat pajeri pon sedap kan.
sedap makan dengan ikan masin.
saya gu kan dengan ikan talang cili bawang saja.
SEBAB....
ikan tu saja ada dalam peti ais....selain ikan bilis
Buat lebih sikit, untuk diberi pada jiran dan penghuni Pondok Mengaji.
Alhamdulillah
sedekah dibulan puasa
Jom kita semak resepi ....
30-35 Buah Rambutan (Boleh dilebihkan jika suka)
BAHAN A
Minyak masak
1 kuntum Bunga Lawang
3 kuntum Bunga Cengkih
3 biji Buah Pelaga
2 batang Kulit Kayu Manis
2 Tangkai Daun Kari
1 biji bawang besar (Hiris nipis)
3 ulas bawang Putih (hiris nipis)
1 inci Halia (Hiris memanjang)
BAHAN B
3 sudu besar penuh Rempah Kari DAGING
1/2 sudu besar Lada Hitam (Tumbuk halus)
1 1/2 sudu besar Udang Kering (Tumbuk lebam-lebam saja)
1 sudu besar Kerisik
3 cawan air
Garam
BAHAN C
5 sudu besar penuh gula putih
1 cawan air atau santan cair (saya tidak menggunakan santan dalam masakan ini)
Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak didalam periuk.
2. Masukkan Bahan A dan goreng sehingga wangi dan garing.
3. Kemudian masukkan Bahan B.
4. Besar kan api dan biar kan ia mendidih selama 5 minit. Kemudian kecilkan api dan masak sehingga terbit minyak yang banyak dan rempah masak
Pastikan sentiasa kacau supaya rempah tidak hangit atau berkerak.
5. Selepas terbit minyak, masukkan Bahan C dan kacau. Biarkan ia mendidih kembali.
6. Akhir sekali masukkan rambutan dan biarkan kari mendidih perlahan-lahan <> 10 minit dan terus diangkat.
* Selamat berbuka puasa
Waaa...kreatifnya... nak ngendeng semangkuk...
ReplyDeleteye la...tak pernah makan yg ni. sib baik semalam dah beli rambutan gula batu...dpt makan. geram nengok sepanjang perjalanan byk rambutan.
ReplyDelete