Friday, 29 August 2014

TALANG GORENG 3S Segera, Senang, Sedap



Assalamualaikum ....

Hari ni post resepi yang ter-amat  amat ringkas. 
boleh dikategorikan sebagai 'resepi malas masak'
sebab nak kejar projek dateline ...hohoho !
kejar-kejar....
* sedap makan dengan nasi panas berasap

BAHAN A
Minyak untuk menggoreng
1 ketul ikan talang kering (di potong kiub-kiub kecil)
1/2 cawan bawang goreng (beli aja yang ready made)
15 biji cili padi (kalau dapat cili kampong lagi sedap)

Cara-Cara Memasak:-
1. Panaskan minyak dalam kuali (tidak terlalu banyak ).
2. Goreng Ikan talang kering sehingga masak. 
3. Sebelum angkat masukkan cili padi dan bawang goreng.
4. Siap...
* Selamat menjamu selera ...

Tuesday, 19 August 2014

CURRY IKAN PARI Citarasa Utara masam-masam sedap !



Assalamualaikum

Dah nama orang Utara, kalau tak ada kari
macam tak lengkap menu harian
Semua jenis ikan boleh dibuat kari.

*Kalau masak ikan bersaiz kecil .. lebihkan jintan manis berbanding jintan putih
*Kalau masak ikan besar, lebihkan pula jintan putih berbanding jintan manis

Kari Utara lebih rasa masam
*Kalau masak kari bawal, lebihkan asama jawa. lagi masam lagi sedap
*Kalau masak kari ikan pari, lebihkan bawang putih, kurangkan sedikit asam jawa.

Itu lah tips EMAK kepada saya.


BAHAN A (Bahan tumis)
3 tangkai daun kari
7 ulas bawang putih (di tumbuk)
1 biji bawang besar atau 5 ulas bawang merah kecil (di tumbuk)
1 sudu besar halba campur

BAHAN B (Bancuhan Rempah)
3 sudu besar (penuh/bun-bun) Rempah serbuk Kari ikan  (Saya guna BABAS)
50 gram asam jawa + air dan di perah 3 kali akan di campur kedalam bahan rempah diatas
sedikit garam

BAHAN C
Santan cair dari 1/2 biji kelapa(Kalau suka)
atau 2 gelas air biasa (kali ini saya masak tanpa santan)

BAHAN D
Ikan pari (~ 1 kilo)

BAHAN E (menjadikan kari lebih sedap dan menyelerakan)
1 biji tomato biji di belah 2
5 helai daun bawang di kerat panjang
2 biji cili hijau besar, dibelah 2 dan di buang biji
Kacang bendi

Cara-Cara Memasak:-
1. Panaskan 3/4 cawan minyak. Pastikan minyak betul betul panas.
2. Masukkan bahan A dan kacau jangan hangit dan sehingga keperangan dan wangi.
3. Masukkan bahan B yang telah di adun dan besar kan api.
4. Apabila tumisan tadi mendidih <> 5 minit, kecilkan api dan biarkan rempah masak dan ia menjadi sedikit kering dengan minyak yang bergeledangan yang banyak.Setiap 5 minit kacau supaya tidak hangit dan berkerak.
5. Masukkan bahan C, Kacau-kacau supaya rempah sebati.
6. Terus masukkan Ikan dan bahan E. Kecilkan api dan biar ikan masak perlahan-lahan.

Saperti biasa 
TIPS penting: Jangan sekali-kali kacau/aduk kari ini, kerana ikan-ikan akan hancur.
Untuk pastikan kari masak dengan serata, cuma perlu goyangkan periuk mengikut putaran jam(atau kekiri kekanan)

* Selamat menjamu selera ....




Tuesday, 12 August 2014

TEMPOYAK PUCUK UBI hello !!!



Assalamualaikum !!!
Hai !!!!
Hello !!!
hehehe...............

sedap !
layan dengan nasi panas-panas ......................................

BAHAN A
2 cekak Pucuk ubi kayu

BAHAN B 
15-20 biji cili padi (dimesin halus)
2 inci kunyit hidup (dimesin halus)
10-15 ekor udang hidup (dibuang kulit)
2 batang serai (diketuk lebam-lebam)
sedikit lengkuas (diketuk lebam-lebam)
3 keping asam gelugor
1 kiub bilis KNOR
Santan cair dari 1/2 biji kelapa

BAHAN C
1 helai daun kunyit
3 helai daun limau purut
2-3 sudu besar tempoyak
garam

Cara-cara memasak
1. Rebus Pucuk Ubi sampai empok. 
* Pucuk ubi kali ini cepat pula empok berbanding yang dulu saya masak tu., sampai 3 jam ++. Kali ni dalam 1 jam ++  dah ok
Kalau dah empok, tapis air nya
2. Dalam periuk yang sama yang berisi pucuk ubi, masukkan bahan B. 
3. Masak sehingga mendidih kembali.
4. 10 minit sebelum angkat, masukkan bahan C.
5. Siap untuk dihidangkan

* Selamat menjamu selera ....

Monday, 11 August 2014

BERGEDIL DAGING .... betul-betul mengancam selera !


Assalamualaikum semua

Bergedil daging ini saya buat pada hari sabtu lepas selepas jenguk FB sahabat lama yang berkerja di organizasi yang pernah saya berkhidmat suatu masa dulu (masa muda-muda lah tu....hehehe).

Kalau tanya saya berapa bintang akan saya berikan  ?
Jawapan nya 5 *****

sedap !.
bukan saya saja kata sedap, tapi kakak saya pon kata SANGAT SEDAP !

walaupon resepi nya nampak macam biasa-biasa saja, tapi teknik menyediakan nya sedikit berlainan dari yang pernah saya buat dulu.

daging nya dimesin hancur dalam blender 'Tanpa Air'... tak terfikir pula dulu
jadi mana-mana 'gigitan' pada bergedil pasti akan terasa keenakkan nya

Jom cuba...
berbaloi !!!

resepi ini saya alter sana sini sikit mengikut kesesuaian selera saya

BAHAN A
1/2 kilo daging (dipotong  kpd 5-6 ketul, direbus dan dimesin hancur tanpa air)
5 biji ubi kentang (dibelah 4, di rebus sehingga empuk, dibuang kulit dan ditumbuk/lenyek)
2 biji bawang besar (dibelah 8 dan dihiris sederhana tebal)
1 1/2 sudu teh lada hitam (ditumbuk halus. Kalau suka lebih pedas, boleh ditambah lagi)
1/2 sudu teh perencah 'secukup rasa Maggie'
sedikit daun sup-5 tangkai (dihiris 1/2 inci)
1 sudu besar tepung jagung (supaya tidak pecah semasa menggoreng)
garam

BAHAN B
1 biji telur + 1/4 cawan air (dikocak)

BAHAN C
Minyak untuk menggoreng.

Cara-Cara memasak
1. Satukan bahan A.
2. Ambil sejemput dan bentukkan bulat mengikut saiz  kesukaan, diikuti dengan tekan sedikit supaya ia menjadi sedikit leper.
3. Panaskan minyak dalam kuali,
4. Celupkan bergedil kedalam bancuhan B dan goreng.
Pastikan bahagian gorengan menjadi sedikit keperangan baru dialihkan

* Selamat menjamu selera ...

Friday, 8 August 2014

MASAK KUNING Telur ayam



Assalamualaikum

Dah jemu makan ayam?
Jom makan telur nya pula ....

BAHAN A
Sedikit minyak untuk menumis
1 ulas bawang merah (dihiris nipis)
1 ulas bawang putih(dihiris nipis)
1 sudu besar biji sawi
1 inci halia

BAHAN B (dimesin halus)
10 ulas bawang merah kecil
8 ulas bawang putih
2 biji buah keras
Lengkuas..sebesar 2 ibu jari 
20-30 Cili Padi. * Lagi sedap kalau guna cili padi kampong


BAHAN C
3 batang serai (di ketuk)
1 sudu teh Serbuk Kunyit
3 keping asam gelugor

BAHAN D
Santan Pekat dari 1/2 biji kelapa
8 biji telur ayam direbus dan dikopek kulit
3 biji tomato segar (dibelah 2 jika bersaiz besar)
1 kiub Pati Ayam KNOR
1 helai daun kunyit 
4 helai daun limau purut
Sedikit garam

Cara-Cara Memasak:-
1. Panaskan minyak dalam periuk.
2. Masukkan bahan A dan goreng sehingga bawang betul-betul layu atau 
hampir keperangan
3. Masukkan bahan B dan C. Masak sehingga terbit minyak yang banyak dan menjadi pekat/hampir garing.
4. Masukkan bahan D dan biarkan ia mendididih perlahan-lahan (Sentiasa dikacau supaya santan tidak pecah minyak dan menjadikan kurang menarik)
5. Siap untuk dihidangkan.

* Selamat menjamu selera ....

Sunday, 3 August 2014

MEE SUP BANDUNG


Assalamualaikum. 
Salam Aidil Fitri semua..

Hari ni dah 7 hari kita menyambut hari raya Aidil Fitri.
Kepada yang berpuasa 6 mulai dari raya ke 2, InsyaALLAHesok kita akan beraya puasa 6 pula.

Posting hari ni masih kepada juadah hari raya tempoh hati
Jom kita semak resepi...

BAHAN A
1 1/2 kilo tulang lembu bersama daging
3 biji bawang besar (dibelah 4)
10 ulas bawang putih (dibelah 2)
3 inci Halia
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk halus)
3 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

BAHAN B
Sedikit minyak untuk menumis
1 cawan Kacang tanah (digoreng dan ditumbuk)
15 biji cili kering  (dimesin halus)

BAHAN C
1 biji ubi keledek merah sebesar 1 1/2 buku lima (direbus dan dimesin halus)
1 kiub daging KNOR
sedikit garam
Daun sup
Bawang goreng

BAHAN D
1 kilo mi basah (dicelur dalam air yang panas, tos dan letakkan sedikit minyak supaya tidak melekat antara satu sama lain)
Taugeh segar
Limau kasturi
Cili padi/Cili merah
Daun sup
Daun bawang
Tomato biji

Cara-Cara memasak kuah
1. Satukan bahan A dalam periuk tekanan dan rebus sehingga daging empok. Saya ambil masak 45 minit ++  (45 minit dari masa periuk mula berbunyi menandakan ia mendidih).
2. Panaskan minyak didalam kuali dan goreng cili mesin (bahan B) sehingga terbit minyak. Masukkan kacang tanah. Goreng lagi sehingga hampir garing. Masukkan kedalam sup daging yang telah direbus diatas.
3. Juga masukkan bahan C diatas kedalam sup. Teruskan merebus sehingga mendidih kembali.

Selamat menjamu selera ...

Friday, 1 August 2014

KETUPAT PULUT Daun Pisang...menjadi pilihan



Assalamualaikum,

Selamat Hari raya semua...
Saperti biasa ketupat Pulut daun Pisang menjadi pilihan saya

Jom kita semak resepi nya...saperti selalu Raya 2013

400 gram BERAS PULUT biasa
550 gram santan pekat dari 1 biji kelapa (Jika Pulut SUSU, santan lebihkan sedikit = 650 gram)
8 gram Garam halus (Sukatan garam ini sudah cukup menjadikan pulut lemak-lemak manis)
1 camca besar gula putih

3 pelepah daun pisang (dilayur diatas api terlebih dahulu)
tali rafia (dipecahkan kepada  5)

Cara-Cara Memasak Pulut :-
1. Basuh pulut beberapa kali untuk memastikan ketupat tahan lebih lama.
2. Masukkan pulut, santan, garam dan gula kedalam periuk dan tanak saperti tanak/masak nasi biasa.
3. 3-10 minit pertama selepas pulut diletakkan atas dapur, kacau dibahagian bawah untuk mengelakkan ia berkerak. Jangan ditinggalkan sehingga santan betul betul kering.
4. Perlahankan api sekecil yang boleh dan tutup periuk saperti memasak nasi.
5. Masak sehingga pulut masak sepenuhnya atau 3/4 masak.

6. Sudukan pulut anggaran 45 gram keatas daun pisang, gulung dengan daun pisang disusuli dengan memadatkan pulut kebahagian tengah.
7. Potong untuk memperkemaskan lebihan daun pisang.
8. Ikat dengan tali rafia. Sekiranya pulut ditanak 3/4 masak, ikatan harus dibiarkan sedikit longgar. Tetapi jika telah dimasak sepenuh nya, ikatan bolehlah diperketatkan sedikit.
9, Kukus 45 minit - 1 jam

TIPS:
Jangan di-tinggalkan pulut semasa memasak kerana santan cepat kering dan hangit.

Selamat Hari raya