Thursday, 30 October 2014

'CUCOQ' UDANG BESAQ ! Alahai Joyah oiiiiii.......


Assalamualaikum

Sedap nya makan cucoq udang panas-panas.
.... bahan-bahan nya simple aje,   
semua ada kat dapur kita, cuba pi selongkar tengok
pasti ada kan, kan, kan ...........

tapi kita tambahkan udang supaya lebih UMPHHHH !!!
alahai..joyah oiii
Kalau bab makan macam ni lah..
layan aje selera kan ...................................

Kuah cecah saya kongsikan kemudian ya 
Kita layan dulu cucur ni panas-panas 


BAHAN A
1 cawan tepung gandum
1  cawan tepung Cucur Udang Adabi
2 camca besar minyak masak
sedikit air + garam

BAHAN B
2 genggam taugeh
1 biji bawang besar
(boleh tambahkan daun kucai kalau suka)
Udang besar beberapa ekor

BAHAN C
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara menyediakan nya
1. Bahan A dicampur semua sekali, gaul sehingga rata. 
* Tujuan memasukkan minyak masak dalam adunan adalah supaya cucur kita menjadi amat lembuttttt...
2. Setelah rata , kita masukkan Bahan B kecuali udang.
3. Semasak 'menjemput adunan' untuk menggoreng barulah ditambahkan udang.







Thursday, 23 October 2014

NASI GORENG Ayam Kunyit Telur Mata ...


Assalamualaikum

Salah satu menu nasi goreng kegemaran saya....
Nasi Goreng Ayam Kunyit,
Yang dimeriahkan lagi dengan Telur Mata Kerbau.
Layan aje la sambil menonton TV.

BAHAN A
1/2  camca besar butterCup
2 ulas bawang putih (dihiris nipis)
1/2 biji bawang besar (dihiris nipis)
1 tangkai daun kari
5 biji cili padi kampung
beberapa biji lada hitam biji (saya biarkan sebiji-sebiji)

BAHAN B (diperap sekejap)
1/2 ketul dada ayam (dipotong kepada ketulan kecil)
sedikit garam
sedikit kunyit
1/2 camca besar Sos tiram

BAHAN C
1 mangkuk nasi putih (pastikan nasi yang telah disejukkan. Bukan yang baru masak)

BAHAN D
Daun bawang
1 biji Telur Ayam digoreng menggunakan butter.

Cara-cara memasak
1. Panas butter dalam kuali.
2. Tumis bawang putih, bawang merah dan daun kari. Goreng seketika sehingga naik bau.
3. Masukkan cili padi, lada hitam dan perapan ayam..
4. Setelah ayam masak, masukkan nasi putih dan gaulkan rata.
5.Hiaskan dengan bahan D sebelum dihidangkan.

* Selamat menjamu selera ...





Monday, 20 October 2014

SHEPHERD'S PIE may..memang menyelerakan !!!



Assalamualaikum.
Jenguk-jenguk dapur Amie, terliur dibuat nya
Dalam hati berkata-kata ....mesti buat ni. Tak sabar nak menunggu hujung minggu.

Nak minta malu ah !!!
Maklumlah saya ni kan pemalu orang nya 
heheheh.....

BAHAN A (Gaulkan semua. Pastikan ubi masih berkeadaan panas)
5 biji Ubi kentang yang bersaiz besar(dipotong kepada 4 ketulan supaya cepat empuk dan direbus, kemudian dibuangkan kulit nya dan dilenyek hancur)
*  Ubi pilihan saya ini bersaiz besar dan berkulit cerah berbanding dengan ubi yang lain. Amat mudah empuk dan amat gebu bila direbus. Kebiasaan nya boleh didapati di Tesco.
2 sudu besar ButterCUP
1 cawan susu Full Cream Dutchlady
1 sudu teh serbuk lada putih (Aji Shio)

BAHAN B (Inti)
minyak untuk menumis
2 ulas bawang putih (dihiris nipis)
1 biji bawang besar Holland
Jagung 1/2 tongkol (jika suka boleh dilebihkan)

1 batang karet (dipotong kiub)
1/2 biji lada benggala  hijau (dipotong kiub)
Daun sup (~ 5 tangkai)
1 camca teh lada hitam biji (ditumbuk halus)
2 ketul dada ayam (dipotong kecil)
1 kiub ayam KNOR
sedikit kubis 
garam
kunyit

Cara-Cara memasak Inti
1. Panaskan minyak dalam kuali
2. Tumis bawang putih dan bawang besar.
3. Masukkan isi ayam, kunyit, kiub ayam, lada hitam dan garam.
4. Goreng sehingga ayam masak.
5. Masukkan jagung, karet, ubi benggala, kubis
6. Akhir sekali sebelum angkat masukkan daun sup, ratakan dan terus angkat.

7. Panaskan oven pada suhu 180 C selama 20 minit. Api atas dan bawah
8. Masukkan inti kedalam acuan pie anggaran 1/2 penuh.
9. Masukkan ubi kentang yang telah dilenyek tadi.
10. Ratakan paras acuan Pie. 
11. Dengan menggunakan garfu halus, tores sedikit pada permukaan pie
12. Masukkan kedalam oven, tukar suhu ke 230 C api atas saja. (Pastikan pintu oven direngangkan/dibuka  sedikit.
13. Bakar selama ~ 25- 30 minit atau sehingga bahagian atas keperangan
(Jangan dibakar terlalu lama. Walaupon dengan api perlahan kerana texture dan rasa inti akan menjadi kurang sedap)

* Selamat menjamu selera ...


Wednesday, 15 October 2014

UDANG GORENG Tumis Cili Hidup.......


Assalamualaikum

Menu untuk dikongsi untuk hari ni adalah salah satu menu kegemaran  saya.
Saya memang suka masakan pedas.
Kalau tak ada cili .. rasa tak sah pula. tak berselera nak makan
Kalau dapat cilipadi fresh lagi sedap dibuat ulam. terutama nya cili padi kampong

Jom kita semak resepi ini

BAHAN A (diperap 5-10 minit)
1/2 kilo udang bersaiz besar
sedikit garam (sedikit saja ya, kerana udang itu sudah ada rasa kemasinan ia sendiri)
sedikit kunyit.

BAHAN B
Minyak untuk menggoreng

BAHAN C (di tumbuk)
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3 biji cili merah (segar)
10-15 biji cili padi
sedikit belacan

BAHAN D
1 sudu besar sos tiram
Jus limau kasturi (1 biji)
sedikit air

Cara-Cara memasak
1. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng Udang yang telah diperap tadi. Pastikan goreng 1/2 masak sahaja dan ditoskan minyak nya.
2. Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bahan C dan masukkan bahan D. Masak sehingga terbit minyak dan kuah menjadi pekat.
3. Masukkan Udang dan ratakan supaya berpalut pada kuah Biarkan seketika dan boleh lah diangkat.

Sedap makan dengan nasi panas-panas..

*Selamat menjamu selera ...




Monday, 13 October 2014

SOTONG KUNYIT Meletop-letop !!!


Assalamualaikum semua ...

Pernah makan ayam goreng Kunyit meletup' ?
hahaha.... MELETOP  !

Kalau yang tinggal area KL ni , boleh lah singgah di PNB Darby PARK untuk merasa lauk ayam ni.

Tapi kena pi awal dan kena sanggup QUE panjang ya........
Kalau sampai pukul 1.30 alamat tengok kedai aje lah...

Tapi kali ni saya buat Sotong Goreng Meletup . Bukan ayam ya.
Jom kita tengok resepi nya............

BAHAN A
Minyak untuk menggoreng

BAHAN B
1 Kilo sotong (saya beli sotong kurita) dipotong kecil.
Tepung Goreng Tempura (saya guna Jenama BESTARI)

BAHAN C
Kunyit serbuk
garam

BAHAN D
Bawang besar
kacang panjang
Lobak merah (Kalau suka)
Cili padi

Cara-Cara Memasak
1. Sotong digaul dengan tepung dan digoreng sehingga masak dan hampir kekuningan. Diangkat dan ditoskan minyak.
2. Sotong yang telah digoreng diatas gaul pula dengan bahan C (Kunyit dan garam) . Perap ~ 5 minit
3. Goreng semula sotong tadi. Sebelum angkat masukkan bahan D.
4. Siap ....

Memang meletop sedap ...... Selamat menjamu selera !

Friday, 10 October 2014

BERGEDIL DAGING Qurban 2014 .... Jom buat


Assalamualaikum

Rasa nya masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat  Hari Raya Aidil Adha kepada semua sahabat yang beragama Islam semua.

Kepada yang buat korban tahun ni, atau terima daging korban........
kalau ada lebihan daging bolehlah buat bergedil macam saya ni hehehe

Tempoh hari dah buat bergedil
tapi rasa tak puas pula makan.
maklumlah buat 1/2 kilo daging saja.
MAKA kali ni buat 1 kilo.

ha.. lega
sedap !
memang lebih daging dari ubi
puas makan 
hehehe.......

BAHAN A
1 kilo daging (dipotong kpd ketulan-ketulan kecil, direbus dan dimesin hancur tanpa air)
5 biji ubi kentang (dibelah 4, di rebus sehingga empuk, dibuang kulit dan ditumbuk atau dilenyek)
2 biji bawang besar (dibelah 8 dan dihiris nipis)
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk halus. Boleh kurangkan jika tidak suka pedas)
1 kiub daging lembu KNOR
Daun sup-5 tangkai (dihiris 1/2 inci)
sedikit cili merah (dihiris)
2 1/2 sudu besar tepung jagung (supaya tidak pecah semasa menggoreng)
garam

BAHAN B
1 biji telur + 1/4 cawan air (dikocak)

BAHAN C
Minyak untuk menggoreng tenggelam atau separug tenggelam

Cara-Cara memasak
1. Satukan kesemua bahan A.
2. Ambil sejemput anggaran 30-40gram dan bulatkan, diikuti dengan tekan sedikit supaya ia menjadi sedikit leper.
3. Panaskan minyak dalam kuali,
4. Celupkan bergedil kedalam bancuhan B dan digoreng.
Pastikan bahagian gorengan menjadi sedikit keperangan baru dialihkan ini adalah untuk mematikan ia tidak pecah.


Sunday, 5 October 2014

KUEY TEOW KERANG Berlada Hitam... layan Pedas



BAHAN A
Minyak untuk menumis
3 ulas bawang putih (ditumbuk atau dihiris nipis)
1 biji bawang besar (ditumbuk atau dihiris nipis)

BAHAN B
1 kilo kerang (dibasuh sehingga bersih, direbus dan diasingkan dari kulit)
10-15  ekor udang hidup (direbus dan diasingan dari kulit) 

BAHAN C
1/2 mangkuk air rebusan kerang
1/2 mangkuk air rebusan udang
2 sudu besar sos tiram
1/2 sudu besar lada hitam (ditumbuk)
2 camca besar kicap pekat
1 kiub ikan bilis KNOR
sedikit garam


BAHAN D
1 kilo kuey Teow
2 genggam taugeh
Sayur kucai

BAHAN E
cili merah/hijau
Bawang goreng

Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan A.
2. Setelah bawang bertukar keperangan, masukkan bahan B. Masak sehingga kuah mendidih.
3. Masukkan Kuey Teow dan Sayur kucai. Ratakan menggunakan garfu untuk mengelakkan Kuey Teow hancur.
4. Sebelum angkat masukkan bahan B dan taugeh. 
5. Taburkan cili merah/hijau dan bawang goreng semasa menghidang.

* Selamat menjamu selera