MEE SUP AYAM Goreng




Assalamualaikum dan Salam Ramadhan

Semalam saya berbuka dngan 'Mee Sup Ayam Goreng'
Membuat sedikit kelainan kerana beberapa hari sebelum berbuka dengan nasi dan lauk pauk
Sedap kerana ayam yang dimasak sebagai kuah sup akan digoreng pula untuk nenambah rasa mee sup.

Jom kita tengok resepi

Bahan A
Minyak untuk menumis
3 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
2 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
8 ulas bawang putih (ditumbuk atau dicincang halus)
4 ulas bawang merah (ditumbuk atau dicincang halus)
2 inci halia
1 pokok daun sup (dipotong 1 inci)
1 camca kecil lada hitam/putih (ditumbuk halus)

Bahan B
1/2 ekor ayam (dipotong sederhana besar)
Air untuk dijadikan kuah
2 biji ubi kentang (kupas kulit dan dipotong 8)
1 kiub pati ayam 'KNOR'
garam

Bahan C
Kicap masin 'Kipas Udang'
Sos tiram

Bahan D
Mee kuning (Celur dalam air mendidih, toskan dan kemudian gaulkan bersama 3 sudu besar minyak masak supaya mee tidak melekat)
Taugeh
Daun Sup
Daun Bawang
Limau Nipis/Kasturi
Cili Padi
Tomato biji
Bawang Goreng

Cara-Cara memasak kuah
1. Panaskan minyak didalam periuk dan tumis bahan A. Kacau sehingga daun sup betul betul layu/kecut dan berbau harum.
2. Seterusnya masukkan bahan B.
3.Teruskan memasak sehingga ubi kentang empok dan kuah mendidih baru lah diangkat.

4. Asingkan ketulan isi ayam.
5. Gaulkan dengan kicap masin dan Sos Tiram
6. Goreng semula ayam (sekejap sahaja ~ 1 minit)

* Selamat menjamu selera ...

2 comments:

Powered by Blogger.