Assalamualaikum dan Salam Ramadhan...
Sekali lagi kita bersua dengan resepi 'Sirap Pucuk Pisang' ?
Sirap yang paling saya gemari.
Kerap kali saya sediakan untuk minuman harian keluarga saya, Jamuan Hari Raya di rumah dan juga dipejabat.
Dalam pembuatan sirap ini, pastikan anda menggunakan Daun Pandan dan bukan nya 'Perasa Daun Pandan' ya kerana hasil nya akan berlainan rasa.
Untuk mendapatkan aroma yang umphh !!! daun pandan yang digunakan haruslah dalam kuantiti yang banyak.
Pernah untuk 8 kilo gula saya gunakan 1 perdu (pohon) daun pandan
Resepi nya saperti biasa dan sama saperti disini Sirap Pucuk Pisang
Jom kita masak sirap ini..
Bahan A
2 kilo Gula putih
15-20 helai daun pandan (saya suka letak daun pandan yang banyak semasa memasak sirap. Lagi banyak, lagi wangi)
1 botol air biasa
Beberapa titis pewarna hijau
Beberapa titis pewangi/perasa 'Pisang Star Brand'
Bahan B
biji selasih (direndam dalam air panas ~ 5-10 minit supaya ia kembang)
Cara-Cara Memasak:-
1. Masukkan bahan A (kecuali pewangi) kedalam periuk dan masak sehingga gula larut dan daun pandan betul-betul layu.
2. Angkat dan biarkan sirap sejuk sedikit, ~ 30 minit, baru dimasukkan pewangi 'Pisang Star Brand'. (Jika sirap terlalu panas, aroma pisang akan berkurangan)
3. Sebelum disaji baru dimasukkan biji selasih.
* Biji selasih jika dicampurkan kedalam sirap terlalu lama, ia akan menyerap kemanisan sirap tersebut. Dan hasilnya sirap anda akan rasa kurang kemanisan. Oleh itu adalah digalakkan mencampurkan ia semasa menghidangkan nya.
No comments:
Post a Comment