Assalamualaikum...
seminggu lebih tak bersiaran
terasa rindu sangat
masak tetap masak kan
makan tetap makan
hehehe...
OK
Hari ni saya post resepi Kacang Bendi
Kacang yang memang menjadi kesukaan saya sejak dari kecil lagi
kalau dimasak kari..
emm periuk penuh bendi berbanding ikan
orang kata makan kacang bendi ni otak jadi pandai !
eh....betul ke ?
Jom kita kaji .......mengikut 'wikipedia'
...KANDUNGAN
Kacang Bendi didapati kaya dengan 90% air, 7% karbohidrat, 2% protein dan 1% serat, garam galian dan vitamin, terutamanya vitamin B. Bendi paling kaya dengan kandungan kalsium.
... manakala dari segi PERUBATAN
Buah bendi dikatakan elok untuk perkembangan otak iaitu menguatkan daya memori otak dan kecergasan. Dalam bidang perubatan traditional, biji, akar dan bunga bendi direbus dan diminum, mampu untuk melawaskan pembungan air kecil, mengurangkan bengkak atau radang, mengurangkan masalah susah bersalin, mengubati penyakit gornea dan sifilis. Air rebusannya juga sesuai untuk disapu pada pelbagai jenis kudis dan bisul. Air rebusa yang dicampur gula boleh dibuat sirap ubat dan rawatan sakit kerongkong. Manakala lendir ia boleh digunakan sebagai ubat untuk tujuan menyejukkan dan melembutkan kulit.
betulkan .. hehehe
pandai ke kita ?
Alhamdulillah ! Syukur dengan apa yang diberi ALLAH
Jom kita masak bendi goreng belacan
* Tips untuk mengelakkan bendi mengeluarkan lendir yang banyak dalam masakan adalah
1. basuh bendi dahulu sebelum memotong
2. menggunakan asam dalam masakan. Tak kira lah asam jawa atau asam keping. Janji masakan kita mempunyai asam.
Bahan A
sedikit minyak untuk menumis
2 ulas bawang putih (dimayang nipis)
Bahan B (ditumbuk)
1 biji cili merah
5 biji cili padi
1 biji bawang besar
sedikit garam
sedikit belacan sebesar duit 20 sen (saiz duit lama)
Bahan C
sedikit air asam jawa (asam jawa sebesar duit 20 sen (saiz duit lama) dan perah 3 kali)
15 biji kacang bendi (dipotong menyerong)
1 biji telur
Cara-Cara menyediakan nya
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga naik bau.
2. Masukkan bahan B (bahan tumbuk) dan masak sehingga kuah menjadi pekat.
3. Masukkan bendi dan gaulkan rata.
4. Ketepikan bendi ke tepi kuali dan pecah kan telur.
5. Biarkan telur 3/4 masak baru disatukan/gaul dengan bendi.
6. Siap
* Selamat menjamu selera ...
Syedapnyaaa...
ReplyDelete