SAMBAL SARDIN LIMAU KASTURI Cik SU....yang sangat-sangat menyelerakan !



Assalamualaikum semua...
Salam Jumaat

siapa suka makan Sardin ?
saya ...nak kata suka sangat tu tak adalah
tapi untuk resepi yang ini, 2 hari berturut-turut saya masak menggunakan resepi yang sama semalam
betul-betul sedap !

kadang tu kita tak perasan
dengan tambahan 1 bahan saja mengantikan bahan yang lain menjadikan masakan begitu sedap dan beraroma sekali

sebenar nya...
saya ni teringin sangat nak makan Sambal Sardin ni dari jualan Cik Su
Cik Su ni pernah berniaga Nasi dan Lauk Pauk dalam bangunan PNB Darby Park, Kuala Lumpur
semenjak peniaga lain mengambil alih tempat tersebut, Cik Su dan Suami nya terpaksa bertukar lokasi
tapi bila tiba bulan puasa, Cik Su akan kembali berniaga 
bukan di bangunan itu, tapi di belakang bangunan PNB
peminat lauk nya emm... tak usah tanya
siap menunggu bila Cik Su nak sampai dengan lauk-lauk nya
sedap sedap belaka !
beberapa jam saja dah tinggal bekas kosong
tak sempat lauk, kuah kuah nya saja pon jadi lah...........

saya... biasa lah
kalau dah sedap tu saya akan ringan kan mulut untuk bertanya resepi
dah tanya tu bukan nya sekali....
esok lusa tanya lagi.. 
mana lah tau kalau ada tips yang terlupa nak di beri ...hehehe...
yang tak kedekut ilmu
dapatlah untuk dikongsi ...
moga segala ilmu yang dikongsi nya, mendapat pahala dari ALLAH

Jomm...

Bahan A
sedikit minyak untuk menumis
2 ulas bawang putih (dihiris nipis)
2 ulas bawang merah (dihiris nipis)

Bahan B
15 biji cili kering  (diblend halus)
1 tin Ikan Sardin saiz sederhana (saya guna 'Ayam Brand') 
3 biji limau Kasturi (dibelah 2 dan dibuang biji nya)
1 ulas bawang besar (dihiris tebal)
6 biji cili padi
sedikit garam

Cara-Cara Menyediakan nya :-
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan A sehingga keperangan.
2. Masukkan cili yang telah dikisar halus, biarkan ia mendidih seketika.
3. Masukkan Ikan Sardin bersama Sos Tomato (sedikit sahaja), belahan limau Kasturi (tak perlu perah jus nya), bawang besar, cili padi dan garam.
4. Masak sehingga ia mendidih. Kecilkan api sedikit dan biarkan sehingga sambal sedikit kering dan terbit minyak.
5. Siap dan boleh diangkat.

* Selamat menjamu selera  

1 comment:

Powered by Blogger.