NASI ULAM juadah popular di bulan Ramadan




Assalamualaikum semua..

Nasi Ulam adalah antara salah satu juadah yang popular di bulan puasa.
Ya laa... kerana aroma daun-daun ulam yang ada ia menerbit dan menaikan selera makan semasa berbuka.

Orang dulu-dulu kata.. kalau bulan puasa, semua daun boleh dimakan, pasal tu ia kerap dihidangkan pada bulan Ramadan.
Tapi kalau nak sediakan pada hari lain pon tak jadi masalah  kan ....

Ini penangan melawat rumah Kak Noor tempoh hari
menitik nitik air lior tengok sepinggan nasi-ulam-kedah Kak Noor

Terima kasih Kak  Noor kongsikan resepi ini
memang 5 bintang saya berikan
sedap sungguh walaupon terlupa nak masukkan lengkuas

bila-bila nanti nak buat lagi...

Bahan A
4 mangkuk nasi (ditanak dan disejukkan)

Bahan B (Ulam-ulaman dimayang halus. * Boleh masukkan sebawang ulam yang ada)
1 cekak pucuk ulam raja
2 helai daun cekoq
3 batang serai
1 kuntum bunga kantan
8-10 tangkai daun kesom
1 ikat daun gajus (~ 10 helai)
3 helai daun limau purut

Bahan C (digoreng garing dan ditumbuk hancur)
Ikan gelama masam
sedikit isi ikan talang

Bahan D (ditumbuk hancur tetapi tidak sampai menjadi serbuk)
1 sudu teh lada hitam (*saya tambah)
1 sudu teh lada putih  (*saya tambah)
1/2 cawan beras (dibasuh dan disangai / *saya tambah)
2 inci lengkuas

Bahan E
1 biji bawang besar (dibelah 4 dan dihiris sederhana tebal)
1 camca besar kerisik
sedikit garam

Bahan F 
1 mangkuk ikan bilis(di goreng sehingga ranggup)

Cara-Cara Menyediakan nya:-
1. Satukan bahan B,C,D dan E kedalam mangkuk yang besar dan gaul sehingga bercampur sekata.
2. Masukkan nasi yang telah disejukkan dan sekatakan lagi.
3. Semasa menghidangkan, taburkan dengan ikan bilis goreng.

* Selamat Menjamu Selera ...

No comments:

Powered by Blogger.