Ikan Goreng Sambal Hijau


Assalamualaikum semua...

Rasa macam dah lama tak makan lauk ikan goreng ber' Sambal
Belek-belek dalam peti sejuk beku masih ada ikan kembong
tapi cili padi macam kurang je...

jadi pagi-pagi sempat keluar ke pasar tani semata-mata nak cari cili padi
saya memang suka cili padi merah yang lebih pedas berbanding hijau
biasa nya kalau kepasar besar BM atau pasaraya tesco memang ada ni
tapi di pasar tani pagi, kalau nasib baik ada lah tu
dah cari... yang ada hijau. OK lah dari tiada

Jom kedapur ...

Bahan A (perap 1/2 jam)
12 ekor ikan kembong
sedikit kunyit
sedikit garam (tidak perlu banyak sebab dalam kuah nanti akan dimasukkan garam)

Bahan B (Blend halus tanpa air. Minyak dah mencukupi)
40 biji cili padi hijau (Saya masukkan juga tangkai nya. Petua orang tua untuk elakkan buasir)
belacan sebesar ibu jari
3 biji bawang besar
1/3 cawan sedikit minyak masak

Bahan C
4 tangkai daun kari
2 keping asam gelugor
1 sudu teh serbuk 'Secukup Rasa' Maggie
sedikit garam
1/2 cawan air

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Goreng ikan yang diperap bersama garam dan kunyit sehingga garing dan diangkat.
2. Dengan menggunakan minyak yang sama (Minyak jika terlalu banyak boleh lah dikurangkan. Tetapi jangan terlalu sedikit kerana kita perlu untuk menggoreng bawang/cili yang telah diblend tadi), Tumis daun kari sebentar, kemudian terus masukkan bahan B, asam keping, serbuk perasa dan garam.
3. Masak dengan api yang perlahan sehingga kuah menjadi pekat dan bawang 'masak dengan sempurna'.
4. Pada peringkat ini baru masukkan 1/2 cawan air dan biarkan ia mendidih kembali.
5. Angkat dan curahkan atas ikan yang telah digoreng tadi.
   * Atau masukkan ikan kedalam kuah, balik-balikkan dan terus diangkat dari kuali.

* Selamat menjamu selera ...

No comments:

Powered by Blogger.