KARI KEPALA IKAN.... Pekat, melekat, memikat yang sungguh sedap ! Walau pon hari panas, yang ini lagi panas !!!
Assalamualaikum dan Salam Jumaat
Semalam masak kari kepala ikan.
Puas sangat makan...
Kalau nak beli ada lah dekat RM 60 ++ kot tengok pada saiz kepala.
Kalau sedap tak apa lah juga,
Tapi muskil juga tentang kebersihan, biasa lah kedai mamak kan...
Kari kali ini saya masak lebih pekat dari biasa
lebih harum !!
lebih masam !!
lebih umphh !!
lebih terangkat !!
sedap makan dengan nasi yang panas berasap...
colek-colek... palit palit dengan nasi panas
fuhh !!
walau pon cuaca panas, tak jadi halangan
janji sedap
Bahan A (Bahan tumis)
Minyak untuk menumis
3 tangkai daun kari
4 ulas bawang putih (di hiris nipis / tumbuk lebam)
1 biji bawang besar atau 6 ulas bawang merah kecil (di hiris nipis/tumbuk lebam)
3/4 sudu besar halba campur
Bahan B (Bancuhan Rempah)
4 sudu besar (penuh/bun-bun) Rempah serbuk Kari ikan (Saya guna BABAS)
5 keping asam gelugor (menggantikan asam jawa yg kehabisan stok)
sedikit garam
Bahan C
1/3 kotak santan pekat(kotak kecil)
2 gelas air biasa
Bahan D
1 biji kepala ikan bersais sederhana (dibelah 2 dan dipotong menjadi 3 atau 4 ketul bergantung kpd saiz)
Bahan E (menjadikan kari lebih sedap dan menyelerakan)
1 biji tomato biji di belah 2
1/3 pokok daun bawang di kerat panjang ~ 2 inci
6 biji cili padi hijau (menggantikan cili hijau)
Cara-Cara Memasak:-
1. Panaskan 1/2 cawan minyak. Pastikan minyak betul betul panas.
2. Masukkan bahan A dan kacau sehingga bawang bertukar hampir keperangan dan berbau harum.
3. Masukkan bahan B yang telah di adun dan besar kan api.
4. Apabila rempah mula mendidih, kecilkan api dan biarkan rempah masak dengan perlahan dan menjadi pekat dengan minyak bergeledangan yang banyak. Teruskan memasak lagi selamat 5 minit untuk memastikan rempah betul-betul masak. Setiap 5 minit di kacau supaya tidak hangit dan berkerak.
5. Masukkan bahan C dan sebatikan dengan rempah sebelum mamasukkan Ikan.
6. Kecilkan api dan biar ikan masak perlahan-lahan. Pastikan jangan dibiarkan kari mendidih terlalu lama.
7. 5 minit sebelum angkat, masukkan bahan E.
Saperti biasa
TIPS penting: Jangan sekali-kali kacau/aduk kari ini, kerana ikan akan hancur.
Untuk pastikan kari masak dengan serata, cuma perlu goyangkan periuk mengikut putaran jam(atau kekiri kekanan)
* Selamat menjamu selera ...
No comments: