Sayur Lemak Sambal Belacan.. sungguh sedap. Dari hasil tuaian tanaman di belakang rumah
Assalamualaikum
Menu sayur untuk hari ini adalah dari hasil tanaman sendiri dibelakang rumah secara sambil-sambilan
Sayur sawi dan sayur kucai !
Kita masak ...
Sayur Lemak Sambal Belacan... Memang sedapAgak-agak boleh simpan sikit ke untuk makan malam nanti ?
Jom kita terjah resepi nya ye..
Bahan A (ditumbuk 3/4 hancur)
4 biji cili padi merah
1 inci belacan
sejemput ikan bilis
Bahan B
1 paket anak jagung
1 biji bawang besar (dibelah 8)
1 keping tauhu (dipotong kiub)
2 keping fish cake
1/2 kotak santan
1/4 kiub pati ikan bilis
sedikit air sebagai kuah
sedikit garam
Bahan C
Segenggam kucai
Anak sawi
Cara-Cara Menyediakan nya
1. Masukkan semua bahan A dan B kedalam periuk dan masak dengan api perlahan. Dikacau selalu untuk memastikan santan tidak pecah minyak.
2. Apabila hampir mendidih, masukkan bahan B dan ratakan. Biarkan sebentar sahaja diatas api dan terus diangkat untuk mengelakkan sayur terlebih masak.
* Selamat Menjamu Selera ...
sedapnya sayoq lemak macam ni, dah lama tak buat FHA hehee ratah pun sedap ni
ReplyDelete