SANDWICH KUKUS ... kepada yang suka panas-panas sahaja !

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam berhujung minggu semua ...

Hari ini kita bersarapan Roti SANDWICH KUKUS
Sejak 2 menjak ni , dalam FB banyak sangat gambar yang lalu di wall, memaparkan Sandwich yang mengiurkan selera !
Kita yang tengok ni mana boleh tahan..

Sebenar nya dah banyak kali juga saya sediakan sebagai sarapan pagi dan juga minum petang. 
Cuma tak sempat nak mem foto kan nya.
Hari ini baru berkesempatan ...

Sandwich yang saya sediakan ini inti nya sangat simple kerana saya tidak mencampurkan sayuran lain, melainkan timun dan juga salad. Juga saya tidak melapis dengan keju kerana kurang gemar.
Tetapi .....
Terpulang lah kepada kita apa yang kita nak masukkan dalam penyediaan inti ini, kita boleh masukkan.

Cuma beza nya... sandwich ini saya kukus sebentar selama 1 minit sekadar untuk memanaskan nya kerana saya memang suka makan makanan panas.. laju aja.
Lain nya tetap sama.
Amat sesuai jika dimakan segera sahaja..

Semasa Mengukus...
Elakkan mengukus terlalu lama kerana roti akan lembik dan kemungkinan akan 'melekat' di dalam mulut ketika makan.
Cukup sekadar memanaskan nya sahaja dengan api yang perlahan.

Atau boleh juga...
Kalau kita perasan rice cooker sekarang ini selalu nya ada diberikan 'bekas plastik pengukus' bersama ketika kita membeli nya.
Jadi semasa kita memanaskan nasi, kita boleh meletakkan sanwich kedalam bekas tersebut dan dipanaskan bersama nasi.
Kaedah ini kurang 'melembut'kan roti kita.......


Bahan A
3 biji telur ayam (direbus sehingga masak)
1 tin Ikan Mackerel / Sardin (230g)
6 biji cili padi (dihiris halus)
2 biji limau kasturi (di ambil jus nya)
2 biji bawang besar (di potong kecil/kiub)
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
Mayonise
Thousand Island
sedikit garam

Bahan B
Roti Putih
Mentega atau better
Timun Jepun
Salad
* Boleh dimasukkan kubis,tomato segar dan juga cheese


Cara-Cara Menyediakan nya
1. Telur yang telah direbus, dikupas kulit dan  dilenyek 3/4 hancur.
2. Ikan Sardin/Mackeral dipanaskan seketika dalam periuk, kemudian ambil ikan nya sahaja dan campur kedalam bekas bersama telur dan dihancurkan 3/4 hancur. 
3. Masukkan bahan A yang lain dan digaul sehingga rata.
4. Ambil 2 sekeping roti putih dan sapukan mentega di satu bahagian sahaja.
5. Pada sekeping yang telah disapu mentega diatas, lapiskan timun dan sayur salat.
6. Letakkan satu camca adunan inti diatas dan ratakan.
7. Lapiskan lagi dengan sayur salat.
8. Dan akhir sekali tutup dengan lapisan roti yang ke dua.
9. Buat sehingga habis.
10. Jika ingin memotong roti, pastikan ia dibuat sebelum mengukus.

11.Panaskan periuk pengukus dan pastikan air telah mendidih. 
12. Perlahankan api dan letakkan roti sandwich yang telah siap pada kukusan yang berlubang (boleh juga diletakkan roti dalam pinggan tahan panas dan terus dimasukkan kedalam pengukus)
13. Kukus selama 1 minit sahaja atau sehingga ia panas.
* Jika terlalu lama, roti akan menjadi sedikit lembik kerana wap kukusan.

* Selamat Menjamu Selera...


No comments:

Powered by Blogger.