CEMPEDAK GORENG...RAHSIA menjadikan Cucur Terlajak-Lajak Ranggup !
Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua..
Minum petang untuk hari ini CEMPEDAK GORENG yang 'Terlajak Lajak Ranggup'
Nak tahu macam mana nak menjadikan ia lebih-lebih-lebih ranggup lagi ???
RAHSIA nya .....
Pertama Tepung yang digunakan mestilah campuran Tepung Sagu kan.
Sejak Dua Menjak dah pandai menggunakan tepung sagu ni.. bila goreng saja tak kira lah ayam ka, cucur ka, sayur ka semua saya akan masukkan tepung sagu bersama Tepung beras.
Semasa ke KL hari tu sempat beli lagi 1 kilo untuk saya dan 1 kilo lagi untuk kakak.
Tapi sekarang asyik makanan goreng saja, stok dah tinggal sedikit dah..
Semalam WSAP anak saudara pesan 3 kilo lagi untuk saya dan 2 kilo untuk kakak.
Maklum anak saudara lepas ni dah nak pindah tinggal Perlis pulak,
Jadi simpan siap-siap. Tak tahu bertahan berapa lama 3 kilo ni ....
Kedua selepas diadun campuran tepung tepung, saya masukkan pula isi cempedak. Ratakan sebentar kemudian simpan dalam peti ais selama 1 hingga 1 1/2 jam.
Bila keluarkan dari peti, tepung akan menjadi sedikit pekat. Jangan dimasukkan air lagi. Cuma balik-balikkan isi cempedak saja supaya bersalut tepung dengan cantik..
Panaskan api dah terus digoreng. Walaupon tepung sedikit tebal jadi nya tetapi yang nyata ia lebih ranggup.
Tips ini pon kebetulan semasa saya meggoreng, masih ada baki jadi saya simpan dalam peti sejuk.
Alih-alih bila goreng ranggup sangat..
Cubaan untuk kali kedua untuk ayam
Dah kali ketiga untuk cempedak...
Ranggupppppp !!!
Tapi kalau nak goreng terus tanpa disimpan dalam peti sejuk pon ranggup juga sebab kita menggunakan tepung sagu kan...

Bahan A
3 Camca besar 'penuh' tepung sagu
3 camca besar 'penuh' tepung beras campuran ( cap 1 gajah)
1 camca besar air kapur
1/4 camca teh baking powder
1/4 camca teh baking powder
sedikit garam
sedikit air
Bahan B
Cempedak secukup nya
Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satukan semua bahan A kecuali air sehingga rata.
2. Masukan air sedikit sedikit sehingga mendapat kepekatan yang dikehendaki. Jangan terlalu cair dan jangan terlalu pekat.
3. Masukkan cempedak dan ratakan.
4. Simpan dalam peti sejuk selama 1 hingga 1 1/2 jam.
5. Keluarkan dari peti, kita akan dapati tepung menjadi sedikit pekat. Rata kan sedikit. dengan mem balik-balikkan isi cempedak saja supaya bersalut tepung dengan cantik.. Jangan ditambah air lagi.
6. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng sehingga kekuningan.
7. Angkat dan toskan minyak nya.
* Selamat Menjamu Selera ...
No comments: