Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.
Post tertunggak beberapa hari lepas DAGING GORENG BAWANG 'TUMIS'
Ya ampunnn !!
Memang sedap sangat
Lain kali kalau nak buat lagi kena lebih-lebihkan lagi penggunaan bawang besar
Bahan yang digunakan sama saperi daging goreng kunyit.
Daging, kunyit, garam, halia, cili padi dan bawang besar. Lada hitam jika suka...
Cuma teknik memasak nya sedikit berbeza.
Ia -itu bawang besar digoreng secara berasingan sehingga terbit aroma yang harum baru dimasukkan daging yang telah digoreng terlebih dahulu.
Memang rasa nya lebih lebih sedap lagi.
Lebih beraroma sekali dengan gorengan bawang ....
Berebut-rebut pakat 'colek' bawang.
Jom....
Bahan APost tertunggak beberapa hari lepas DAGING GORENG BAWANG 'TUMIS'
Ya ampunnn !!
Memang sedap sangat
Lain kali kalau nak buat lagi kena lebih-lebihkan lagi penggunaan bawang besar
Bahan yang digunakan sama saperi daging goreng kunyit.
Daging, kunyit, garam, halia, cili padi dan bawang besar. Lada hitam jika suka...
Cuma teknik memasak nya sedikit berbeza.
Ia -itu bawang besar digoreng secara berasingan sehingga terbit aroma yang harum baru dimasukkan daging yang telah digoreng terlebih dahulu.
Memang rasa nya lebih lebih sedap lagi.
Lebih beraroma sekali dengan gorengan bawang ....
Berebut-rebut pakat 'colek' bawang.
Jom....
350 gm daging
1 camca teh serbuk kunyit
1 camca serbuk teh lada hitam
sedikit garam
Air secukup nya untuk merebus daging
Bahan B
Minyak secukupnya
5-6 biji bawang besar (dibelah 2 dan dihiris tebal)
10-15 biji cili padi merah (dihris menyerong)
10-15 biji cili padi hijau (dihris menyerong)
Cara-Cara Menyediakan nya
1. Daging dihiris nipis kemudian digaul dengan serbuk kunyit dan garam secukupnya.
2. Kemudian masukkan perapan daging, lada hitam dan halia ke dalam kuali dan masukkan sedikit air sehingga paras daging. Rebus sehingga daging lembut sepenuhnya. Bila daging dah lembut biar sehingga air kering.
3. Tuang sedikit sahaja minyak dalam kedalam kuali sekadar nak menggoreng daging seketika sehingga 1/3 garing. Angkat.
4. Tambahkan minyak kedalam kuali secukup nya kerana kali ini kita akan mengoreng bawang besar.
Agak-agak jangan terlalu sedikit dan jangan terlalu banyak. Kerana minyak ini akan menjadikan daging kita lebih berselera.
5. Masukkan bawang besar dan goreng sehingga ia layu. Ketika ini aroma bawang besar akan terbit.
6. Masukkan cili padi. Apabila cili hampir layu baru dimasukkan daging yang telah digoreng terdahulu.
7. Rata-ratakan sebentar dan boleh diangkat untuk dihidangkan.
8. Minyak gorenggan lebihan jangan dibuang teapi dimasukkan bersama.
* Selamat Menjamu Selera ...
Nampak sedap! Kalau ada lauk ni, makan nasi bertambah-tambah :)
ReplyDeleteDap
ReplyDelete