Wednesday, 30 November 2016

REMPAH RATUS ... Sudut Fotography

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...

Sudut Photography untuk hari ini adalah REMPAH-RATUS
Kalau nak diikutkan memang banyak rempah ratus yang menjadi harta-karun di ceruk dapur kita kan..
Ini adalah sebahagian yang selalu kita gunakan dalam masakan.

Kalau orang utara macam saya, rempah ratus saperti ini adalah satu kemestian.

Buah pelaga yang saya beli di mekah tempoh hari pon masih muda yakni hijau lagi walaupon dah hampir 2 tahun.


Exif untuk foto diatas ...

Time: 2.20 p.m
Picture Sytle : Portrait,
ISO : 1000,
Aperture: 4.5,
Shutter Speed: 1/40,
White Balance: Day,
Metering: Evaluative
Point of Interest: Buah Pelaga Putih
Flash : NO




Tuesday, 29 November 2016

SIMPLE KWETIAU SUP ... Brunch untuk hari ini

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...

Masih lagi bersarapan dengan kwetiau.
Tapi hari ini saya sediakan KWETIAU SUP yang simple.
Simple simple pon saya dah habiskan 2 mangkuk.
Hasrat hati nak tambah lagi
Tapi nak buat macam mana, kwetiau yang dicelur dah kehabisan,
Tak apa lah, nanti petang boleh celur lagi.

Hari ini terlebih rajin dari hari-hari biasa saya
Selepas selesai saja rutin pagi, saya mulakan operasi membersihkan Setor belakang rumah.

Tapi sebelum tu saya tumis dulu bahan sup, masukkan daging dan rebus.
Jadi sementara menunggu daging lembut, saya mulakan operasi
Akhir nya 2 bungkus plastik besar berisi barang-barang rosak sedia untuk dibuang
Clear sikit stor tu..lega rasa ....
Dah penat ber 'Operasi' kita jamu selera dengan KWETIAU SUP untuk tambahkan kembali tenaga !!!
Sedap makan dengan kicap manis ABC sambil menonton TV
hahaha !

Jom kita masuk dapur tengok resepi...

Bahan A
1/2 bungkus kwetiau
Air panas mendidih
1 mangkuk taugeh

Bahan B
400 gram daging cincang
Air secukupnya untuk melembutkan daging
1/2 kiub pati daging
Bawang goreng
Sedikit daun sup
Sedikit daun bawang
Sedikit garam

Bahan C
sedikit minyak untuk menumis
1 biji bawang besar (dihiris)
5 ulas bawang putih (diketuk lebam)
1 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
1 inci halia (dihiris nipis)

Bahan D (diblend halus)
1 camca teh lada hitam 
1 camca teh lada putih
2 camca teh  ketumbar biji 
1 biji buah keras
Sedikit air sekadar membolehkan bahan dikisar

Bahan E
Daun sup
Daun bawang
Bawang goreng
Limau Kasturi/Nipis
Kicap Manis ABC
Tauhu goreng
Cili padi merah

Cara-Cara Menyediakan nya
Kuah
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis C sehingga bawang layu dan terbit aroma yang harum.
2. Masukkan bahan D dan terus mengacau sehingga bahan tumisan dan rempah hampir garing.
3. Masukkan daging dan air. Rebus sehingga daging lembut.
4. Apabila daging sudah lembut dan jika air berkurangan bolehlah ditambah sedikit lagi air sebagai kuah.
5. Apabila kuah mendidih, masukkan hirisan daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Perasakan dengan garam dan kiub daging. 
6. Apabila kuah telah mendidih kembali boleh lah terus diangkat.

Kwetiau
7. Masukkan kwetiau kedalam mangkuk dan tuang air panas keatas nya dan biarkan selama 1-2 minit dan terus ditoskan.

Cara Menghidang
8. Masukkan kwetiau, taugeh disusuli denga kuah sup. Hidangkan dengan taburan bahan E diatas.

* Selamat Menjamu Selera ...


Monday, 28 November 2016

KWETIAU GORENG KICAP 'PEDAS' ...yang sedap dan mengancam selera !

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...

Kepada yang berkerja di sektor swasta mahu pon kerajaan , selamat bekerja ya ....
Kepada suri rumah sepenuh masa tak kurang juga sibuk nya kan !
Yang dah bersara tu boleh lah relax-relax tumpukan perhatian pada keluarga atau setidak tidak nya boleh lah berhobi sakan !

OK lah ...
Hari ini saya nak share resepi resepi KWETIAU GORENG KICAP 'PEDAS'
Kalau nak lagi sedap boleh lah dilebihkan Kerang Rebus
Tapi yang ini saya masukkan daging sahaja kerana asal nya tak rancang pon nak goreng kwetiau.

Pernah suatu ketika dahulu saya sediakan 1 dulang penuh
Sekejap ja dihidangkan habis licin.. tak cukup
Tapi ketika itu saya masukkan isi kerang yang banyak
Yang ini, saya tambahkan cili padi. Sebab saya kan peminat cili yang tegarrrr !

Resepi nya simple saja
Cuma saya menggunakan kicap. Tiada garam ya

Jomm...

Bahan A
1 paket kwetiau (anggaran 500 gram)
1 mangkuk taugeh

Bahan B
sedikit minyak untuk menumis
2 biji bawang besar (dihiris)
10 ulas bawang putih (dihiris)
10-12 biji cili padi merah (dihiris)
2 sudu teh lada hitam (ditumbuk halus)
1 mangkuk hirisan daging (jika daging sedikit liat, seeloknya dihiris kecil-kecil)
Kicap pekat masin 'Kipas Udang'
Kicap pekat manis 'Kipas Udang'
1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
2 keping fish cake
1 biji tomato segar (dibelah 8)

Bahan C
Limau kasturi/nipis
Daun bawang
Daun sup

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang besar sehingga layu.
2. Masukkan bawang putih dan goreng sehingga bawang putih sedikit kecut.
3. Masukkan daging. Jika daging sedikit keras boleh la dimasukkan 1 cawan air dan dimasak sehingga air nya sedikit kering.
4. Masukkan cili padi dan lada hitam dikacau seketika dan masukkan kicap manis, kicap masin, sos tomato, sos tiram dan fish cake. Pastikan lebihkan kicap manis berbanding kicap masin dalam nisbah 7:2
5. Apabila kuah sedikit pekat, masukkan hirisan tomato segar. 
6. Biar sehingga mendidih kembali dan masukkan kwetiau, ratakan,tutup tudung kuali dan perlahankan api.  Biar ia masak selama 3-5 minit.
7. Sebelum angkat, masukkan taugeh segar, ratakan sekali lagi dan boleh diangkat utuk dihidangkan.



Sunday, 27 November 2016

NASI GORENG BELACAN WITH BUTTER ... Kesukaan saya

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...

NASI GORENG BELACAN WITH BUTTER
Salah satu hidangan sarapan yang amat saya suka !
Memang saya lebih suka menggoreng nasi menggunakan butter berbanding minyak masak biasa.
kerana rasa nasi kita akan lebih beraroma dan sedap

Jomm kira sediakan ...

Bahan A
1 mangkuk nasi putih
1 camca besar butter (saya menggunakan buttercup) 
1 tangkai daun kari
1 biji bawah besar (dihiris)
2 ulas bawang putih  (dihiris)
1 camca besar sos tiram
1 camca besar Kicap ikan
1 fish cake
sedikit hirisan daging
sedikit garam

Bahan B (ditumbuk lumat)
1 bji cili merah
3 biji cili padi
sedikit belacan

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Cairkan butter dalam kuali dan tumis bawang besar.
2. Biarkan bawang sedikit layu baru dimasukkan daun kari dan bawang putih. Goreng sehingga terbit aroma yang harum.
3. Masukkan hirisan daging dan fish cake. Biarkan seketika. Jika daging sedikit keras bolehlah direbus terlebih dahulu.
4. Masukkan bahan B, Sos tiram dan Kicap Ikan. Masak sehingga sambal sedikit pekat.
5. Masukkan nasi, ratakan dan perasakan dengan sedikit garam jika perlu.

* Selamat Menjamu Selera ...



Saturday, 26 November 2016

GEOMETRIS ... Sudut Photography

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...

Sudut Photography untuk hari ini adalah GEOMETRIS
Bahan yang di guna pakai saperti ... cawan lompang, pewarna 'Star Brand', sudu plastik minuman dan lapik rotan.

Exif untuk foto diatas ...
Time: 1.57 p.m
Picture Sytle : Portrait,
ISO : 320,
Aperture: 3.2,
Shutter Speed: 1/100,
White Balance: AWB,
Metering: Evaluative
Point of Interest: Lapik Rotan
Flash : NO


Friday, 25 November 2016

SIAKAP GORENG with THAI NAM JIM SAUCE ... alahai sedap nya !

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...

Salam Jumaat Penghulu segala hari...

Hari ni kita tengok resepi SIAKAP GORENG with THAI NAM JIM SAUCE ! ya .....

SIAKAP GORENG biasa ja kan...
Ikan yang diperap dengan sedikit garam dan kunyit selama 1/2 jam.
Dan sebelum digoreng kita salut dengan tepung jagung untuk meranggupkan ia sedikit.

THAI NAM JIM SAUCE !
Ini adalah kali ketiga saya sediakan sos ini.
Rasa nya ?
Emmm sedap !!!
Resepi ini saya dapat dari rakan FB 'AFieza Ariffin'.
Memang best sangat !
Terima Kasih AFieza ...

Jom...

SIAKAP GORENG

Bahan A
1 ekor ikan siakap
sedikit garam
sedikit kunyit
tepung jagung
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara menyediakan nya
1. Ikan dibersihkan dan dikelar sedikit.
2. Lumur dengan garam dan kunyit dan perap 1/2 jam
3. Sebelum menggoreng salut dengan tepung jagung (tepung jangan dibancuh air)  
4. Goreng sehingga garing dan angkat.


THAI NAM JIM SAUCE



Bahan A
15 biji cipi padi merah
15 biji cili padi hijau
5 ulas bawang putih
* Boleh kurangkan cili jika tak nak terlalu pedas

Bahan B
* Kita menggunakan 'cawan kuih lompang' yang kecil tu untuk sukatan bahan 
1 cwn lompang Fish Sauce/Nam pla
1 cwn lompang Palm Sugar (saya guna Gula Kabung 1 ketul)
1 cwn lompang Juice limau nipis/Lemon
1 cwn lompang air (saya guna air panas)
1 sudu teh stok ayam
Sedikit daun ketumbar (diracik halus biar lebih terasa)
sedikit garam

Cara-Cara Menyediaakan nya
1. Bahan A ditumbuk kasar .
Boleh juga di kisar tetapi pastikan kisar 'Tanpa Air' selama 2 saat stop, kemudian kisar lagi 2 saat dan stop. Buat beberapa kali tetapi pastikan jangan sampai halus... Tak sedap nanti
2. Masukkan Stok ayam kedalam air panas dan kacau sebati.
3. Satukan kesemua bahan diatas dalam mangkuk dan boleh terus dihidangkan bersama ikan goreng.

* Selamat Menjamu Selera ...


Thursday, 24 November 2016

PASEMBOR MAMAK ... simple, yang pasti sedap

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...

Hari ini nak share resepi PASEMBOR MAMAK yang simple saja ya...

Sedap kalau buat untuk minum-minum petang
Makan panas-panas dengan kopi atau teh O

Nak buat pon senang.
Nak meriah lagi, tambah lah apa saja bahan yang kita suka
Yang penting kuah nya mesti sedap !!!

Jomm..

Bahan A
Timun
Sengkuang
Telur (direbus)
Cucur Bawang
Tauhu (di goreng)
Taugeh (dicelur sekejap)
Bawang Goreng
Kangkung (boleh ditambah jika suka)

Bahan B (Kuah)
Minyak untuk menumis
2 ulas bawang merah  (di hiris nipis)
2 bawang putih (di hiris nipis)
10 biji Cili kering  (di mesin halus) * Nak lebih pedas lebihkan cili
3 inci Lengkuas
6 batang serai
1 mangkuk Kacang Tanah yang siap di goreng (mesin sederhana hancur)
8 camca besar (penuh) Gula putih
Asam Jawa (sebesar duit 20 sen dulu)
2 ketul ubi keledek merah (direbus dan di mesin halus)
Garam

* Serai & lengkuas - campur dan mesin halus (boleh masukkan air sebagai kuah tapi jangan banyak sangat sebab kalau kuah cair kurang sedap)

Cara-cara Memasak Kuah
1. Panaskan minyak.
2. Tumis bawang merah dan bawang putih. Goreng sampai garing.
3. Masukan Cili kering yg dimesin. Masak sampai pecah minyak.
4. Masukkan lengkuas, serai, air asam jawa, kacang tanah, ubi keledek, gula dan garam.
5. Masak sehingga mendidih dan kuah menjadi pekat
(Lebih lengkuas, serai dan gula ... lebih sedap kuah nya)

* Selamat Menjemu Selera ...

Wednesday, 23 November 2016

ASAP DARI MINUMAN ... Sudut Photography


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...

Kita layan foto foto ini dulu ya sebelum kita masuk dapur ....











Tuesday, 22 November 2016

JEM RAMBUTAN BER'PERISA PISANG... Sedap yoo !!

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...

Sarapan pagi ini roti bakar yang di calit dengan Jem Rambutan !
JEM RAMBUTAN BER'PERISA PISANG ini saya sediakan beberapa bulan dulu.
Terlupa pula nak poskan.

Kebiasaan nya jem rambutan bewarna merah kan....
Tapi yang ini saya warnakan ia 'hijau' dan saya beri sedikit pewangi pisang.
Masa buat hari tu, bila siap ja terus saya botolkan dan simpan dalam peti sejuk
Masa tu rasa la.. tapi sikit ja.

Hari ini bila bersarapan dengan roti bakar, baru terasa nikmat nya

Sedap  tau !!!!

Jomm...

Boleh juga rujuk disini CIK MIMPI SIANG.. step by step
Terima Kasih Suhaini !




Bahan A
80-100 biji rambutan 
1/2 cawan air (Pastikan air jangan banyak kerana air rambutan akan keluar dengan sendiri)
6 helai daun pandan

Bahan B
5 sudu besar 'penuh' gula putih
2 titis pewangi pisang 'Star Brand'
2 titis pewarna hijau

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Rambutan dibuang kulit nya dan satukan dengan bahan A yang lain.
2. Rebus dengan api perlahan selama beberapa jam sehingga buah kecut/hampir hancur dan air hampir kering.
3. Padamkan api dan biarkan ia sejuk sekejap sebelum diasingkan biji nya.
4. Masukkan isi rambutan ke dalam blender dan blend sehingga hancur.
* Pastikan jangan ditambah air lagi

5. Masukkan kembali isi rambutan kedalam periuk bersama gula dan pewarna.
6. Masak sehingga PEKAT dengan api yang perlahan. Pastikan ia dikacau selalu untuk menyelakkan berkerak.
7. Apabila jem telah pekat, 5 minit sebelum angkat baru di masukkan pewangi.
8. Sejukkan sebelum masukkan kedalam bekas/botol dan disimpan dalam peti sejuk.

* Selamat Menjamu Selera ...




Monday, 21 November 2016

SOTONG BAKAR .. aduhai .... sedap sangat-sangat !!!

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...

Hari ini saya nak share resepi SOTONG BAKAR yang sangat sedap
Masuk hari ini dah kali kedua, 2 hari berturut-turut berlaukkan sotong bakar..
Aduhai !!!!

Resepi asal dari rakan instagram Helena Rizanie
TQ my friend...
Sedap sangat

Jomm..

Bahan A
1/2 kilo sotong yang bersaiz besar (cuci bersih dan toskan air nya)

Bahan B (diblend halus)
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji buah keras
1 inci halia (saya guna 1/2 inci sahaja)
2 inci lengkuas (saya tak masukkan sebab tak ada stok)
2 biji cili padi merah (saya tambahkan)
2 camca teh lada hitam (saya tambahkan)

Bahan C
sedikit minyak untuk menumis
4 sudu makan kicap manis
1 sudu makan sos tiram
1 sudu teh pati ayam
sedikit garam
1 sudu makan kicap masin (saya tambahkan)
1 sudu teh kunyit serbuk (saya tambahkan)

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan mintak dalam periuk dan tumis bahan B sehingga naik bau
2. Masukkan bahan C. Sentiasa dikacau untuk mengelakkan ia hangit.
3. Masak sehingga 'betul-betul pekat' dan angkat.
    Pastikan ia betul-betul pekat ya.....

4. Gaulkan dengan sotong dan perap selama 2 jam sebelum dibakar.

Semasa membakar, pastikan tidak terlalu lama untuk mengelakkan isi nya menjadi liat...

* Selamat Menjamu Selera ...

Sunday, 20 November 2016

SAMBAL BELACAN ASAM JAWA ... Terliur tak ?

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...

Salam berhujung minggu

Hari ini saya sediakan SAMBAL BELACAN ASAM JAWA
Memang sedap makan berulamkan ulam-ulam segar
Cuma sempat petik ulam raja pokok jiran sebelah..rumah kakak
Macam macam ulam ada... sebut saja hehehe !

Pokok ulam belakang rumah saya baru ja tanam.. tak stabil lagi.
Harap-harap hidup lah boleh berulam selalu........yahooo ! hahaha

Teringat sewaktu kecil dulu kerap juga sediakan sambal sebegini
memang sedap giler...
Asam tu kita perah pekat-pekat supaya sambal nampak menyelerakan dan sedap

Jomm ...

Exif untuk foto diatas adalah ...
Time: 1.01 p.m
Picture Sytle : Portrait,
ISO : 200,
Aperture: 3.5,
Shutter Speed: 1/20,
White Balance: Day Light,
Metering: Evaluative
Point of Interest: Sambal Dalam Mangkuk
Flash : NO

Bahan A
4-5 biji cili merah
3 biji cili padi merah (tambah jika mahukan lebih pedas)
belacan sebesar ibu jari (boleh dibakar dahulu jika mahu)
sedikit garam

Bahan B
Asam Jawa sebesar ibu jari
3 sudu air masak

Cara-cara Menyediakan nya
1. Tumbuk bahan A sehingga 3/4 lumat. (saya lebih suka sambal yang tak berapa lumat. Nampak lbih menyelerakan).
Boleh juga diblend kering jika mahu tetapi jangan terlalu lama untuk mengelakkan ia terlalu hancur.
2. Keluarkan dari lesung dan masukkan dalam mangkuk.

3. Bahan B disatukan rata dan di ambil jusnya terus dimasukkan kedalam mangkuk sambal.
4. Ratakan dan boleh terus dihidangkan.

* Selamat Menjamu Selera ...


Thursday, 17 November 2016

SINGGANG KERANG ... Menu sihat tanpa minyak

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...

Masih menu sihat tanpa minyak
Tapi kali ini saya masak kerang pulak
Pastikan kerang di basuh bersih bersih.
Kerana kita akan menghirup air rebusan nya yang manis tu nanti

Nak tahu cara nak membasuh kerang ?
Senang aja...
Masukkan kerang dalam penapis yang berlubang sederhana besar
Kocak-kocak, goyang-goyang penapis tersebut dibawah air yang mengalir
Buat beberapa kali sehingga bersih.
Rugi kalau buang air nya..
Manis sangat...

Kali ini saya masak singgang yang tak pedas pon
Tapi bila nak makan nanti saya akan berulamkan cili padi yang merah menyala tu..
nyum..nyum..nyum...

Jom ....

Exif untuk poto diatas adalah ...
Time: 4.28 p.m
Picture Sytle : Portrait,
ISO : 250,
Aperture: 2.2,
Shutter Speed: 1/60,
White Balance: Day Light,
Metering: Evaluative
Point of Interest: Kerang Dalam Mangkuk
Flash : NO


Bahan A
1 kilo kerang
1 biji bawang besar (dibelah 8)
2 batang serai (diketuk lebam)
2 biji bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dihiris nipis)
1 helai daun kunyit
2 keping asam gelugor
1/2 camca teh lada hitam (ditumbuk)
1/4 kiub pati ikan bilis
air secukup nya sebagai kuah
sedikit garam

Cara-Cara Menyediakan nya
1.Masukkan semua bahan A dalam periuk dan rebus dengan api yang perlahan sehingga mendidih.
2. Siap untuk dihidangkan

Pastikan api jangan besar kerana kuah akan meruap keluar dari periuk nanti.

* Selamat Menjamu Selera ...


Wednesday, 16 November 2016

SIAKAP KUKUS ... Menu sihat tanpa minyak

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...

Dah beberapa hari lalu asyik makan daging, kepala pon dah naik pening
Jadi semalam saya sediakan menu yang sihat.
Menu tanpa minyak !

Memang lama tak makan lauk sebegini
Memang sedap !! nyum nyum nyum
Hari ini pon rasa macam nak buat lagi.
Tapi malas pulak nak keluar beli ikan.
Nanti lah ya.........

Jomm...




Bahan A
1 ekon ikan siakap (Saya keluarkan perutnya melalui insang. Tidak belah perut nya)
sedikit garam

Bahan B
1/2 inci halia (dihiris nipis dan memanjang)
1 batang serai (diketuk lebam)

Bahan C
1/2 inci halia (dihiris nipis dan memanjang)
7 biji cili padi merah
7 biji cili padi hijau
sedikit daun ketumbar
1 biji limau nipis (Ambil jus nya)

* Halia saya masukkan separuh semasa mengukus dan separuh makan mentah

Cara-Cara Menyedikan nya
1. Ikan diperap dengan sedikit garam selama 1/2 jam
2. Masukkan ikan kedalam bekas dan tabur bahan B diatas nya.
3. Panaskan periuk pengukus sehingga air mendidih.
4. Masukkan bekas yang berisi ikan kedalam periuk pengukus dan kukus selama 20-30 minit atau sehingga masak.
5. Keluarkan ikan dan masukkan kedalam mangkuk hidang. Masukkan juga jus ikan yang terhasil semasa proses mengukus
6. Tabur dengan bahan C. Siap untuk dihidangkan.

* Elakkan mengukus bersama daun ketumbar kerana ia akan menjadikan ikan kurang enak.