Wednesday, 31 May 2017

MINI MURTABAK SAMBAL TOTOK ... Iftar hari ke-3 Ramadhan 2017


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua .....

Menu iftar hari ke 3, saya sediakan MINI MURTABAK SAMBAL TOTOK
Yaaa...
Masih menggunakan SAMBAL TOTOK dalam masakan saya...



Bahan A
Spring Roll Pastry aka Kulit Popia

Bahan B
Minyak untuk menumis
4 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 mangkuk kecil hirisan daging
Minyak sapi 'Ghee Blend' untuk memasak murtabak

Bahan C
4 biji telur ayam
2 biji bawang besar 'biasa/india' (dibelah 8 dan dihiris)
3 mangkuk hirisan sayur kubis
1 mangkuk hirisan daun sup
1/2 mangkuk hirisan daun bawang
2 camca besar SAMBAL TOTOK WARISAN IBUNDA
1 camca besar tepung gandum (untuk memekatkan)
sedikit garam

Nota: * Mangkuk yang digunakan adalah mangkuk kecil yang biasa digunakan untuk mengisi 'sup nasi ayam'


Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satukan kesemua bahan C dalam mangkuk besar kecuali Kubis.

2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga naik bau.
3. Masukkan daging dan goreng sehingga air daging mengering.
4. Tuang kedalam adunan inti '1' diatas dan ratakan.

5. Panaskan kuali leper / non stick pon boleh. Letakkan sedikit minyak sapi
6. Ambil sekeping 'spring roll' dan letakkan dalam pinggan leper atau boleh juga guna tudung periuk.
    Pastikan baki 'spring roll' ditutup dengan kain lembab untuk mengelakkan ia mengering.

* Saya campurkan hirisan kubis kedalam bancuhan inti sedikit sedikit untuk mengelakkan air kubis keluar jika dicampurkan terlalu awal. 
7. Ambil anggaran 2 camca besar adunan inti dan campurkan sejemput hirisan kubis dan ratakan
8. Letakkan 1 camca besar inti ditengah tengah spring roll' 

*Jika inti sedikit berair tidak menjadi masalah kerana ia akan bersatu bersama sayuran lain apabila masak.
9. Calitkkan sedikit cairan inti pada keliling spring roll untuk melekatkan nya semasak melipat.
10. Lipat dan terus alihkan kedalam kuali leper. Pastikan bahagian lipatan berada dibawah ketika pertama memasak.
11. Alihkan jika pasti telah bertukar keperangan.

* Sedap makan panas-panas semasa berbuka.




Monday, 29 May 2017

NASI ULAM 'SAMBAL TOTOK' ... Berselera di Bulan Puasa


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua .....

Jom kita sediakan NASI ULAM 'SAMBAL TOTOK'
emmm .....
Memang berselera di Bulan Puasa ni !

Ramuan nasi ulam bergantung kepada jenis-jenis ulam yang kita ada.
Kalau ulam yang ditanam sendiri lagi best !
Lagi banyak ulam-ulaman lagi beraroma dan sedap nasi ni.
Nak sedap lagi masukkan 'SAMBAL TOTOK WARISAN IBUNDA'.

Cara menyediakan nasi ini mudah saja.
Hiris-hiriskan semua ulam yang ada.
Yang sedikit keras kita tumbuk halus sapeTi lengkuas.
Kalau yang bersaiz kecil tu, biasa nya Saya masukkan begitu saja saperti daun pudina dan pucuk daun kari.
Gaulkan dengan beberapa camca besar 'SAMBAL TOTOK WARISA IBUNDA'
Mudah sangat....




Bahan yang saya gunakan ...

Bahan A
Nasi putih yang berada pada suhu bilik (tidak panas)
SAMBAL TOTOK WARISAN IBUNDA

Bahan B (Dihiris nipis/halus)
Bawang merah
Halia
Serai
Bunga Kantan
Daun Salat
Jagung Muda
Ulam Raja
Daun Beluntas
Daun Kunyit
Daun Limau Purut

Bahan C (Ditumbuk halus)
Lengkuas

Bahan D (Dibelah kecil)
Tomato segar

Bahan E (Dibiarkan sehelai-sehelai)
Daun Pudina
Pucuk Daun Kari



Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satukan kesemua bahan diatas dan digaul rata.
2. Sedia untuk dihidangkan



Atau view dalam Instagram saya 'FHAselemaksantan' 'NASI ULAM SAMBAL TOTOK'



Sunday, 28 May 2017

SAMBAL TOTOK WARISAN IBUNDA ... In the Making


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Hari ini saya nak bawa anda tinjau-tinjau 'Kejadian SAMBAL TOTOK WARISAN IBUNDA'
Boleh view di sini ya
...Bahagian 1




..Bahagian 2


Atau view dalam Instagram saya 'FHAselemaksantan'
'SAMBAL TOTOK' In the making - Part 1
'SAMBAL TOTOK' In the making - Part 2





Sila Hubungi
017-7800435 NURUL JANNAH
017-7800827 AREFFIN BEELZ

Harga sebungkus RM 18
Tambahan RM 7 jika penghantaran melalui Pos.

Tanpa 'Monosodium Glutamat' atau sebarang 'perasa tambahan'.
Begitu juga tanpa sebarang 'bahan pengawet'.

Menggunakan Ikan bilis yang elok, cili yang segar dan bawang yang cantik.
~ Resepi asli / resepi warisan... KEBERSIHAN dan KUALITI MENJADI KEUTAMAAN.

- enak di makan dengan nasi panas-panas
- amat berselera dengan Bubur Nasi (Moi) dan Nasi Air
- boleh di tambah Petai dan Jering jika suka
- juga digunakan sebagai perencah nasi goreng, (cepat dimasak sedap dimakan)
- sedap sebagai Sambal Pencicah Cucur Bawang, Cucur Kodok, Lempeng dan juga Pulut
- boleh dipelbagaikan sebagai perencah Mee (Maggie),Makaroni
dan apa-apa saja ....


Terdapat 2 pilihan Sambal
1. Pedas Biasa (Standard)
2. Pedas Kaw-Kaw

Saturday, 27 May 2017

SAMBAL TOTOK VARISAN IBUNDA ... Sahur yang menyelerakan !!!




Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

SALAM RAMADHAN  dan SELAMAT BERPUASA semua    !!!!!!!!!

Sungguh berselera masa bersahur...
Lauk simple-simple saja
Nasi putih panas dimakan dengan SAMBAL TOTOK VARISAN IBUNDA
Boleh bertambah berpinggan-pinggan !!!



Nak lebih variasi ?
Sila serch dalam list KHAZANAH atas tajuk 'URUSNIAGA-SAMBAL TOTOK'
atau boleh rujuk di sini VARIASI MASAKAN DENGAN SAMBAL TOTOK VARISAN IBUNDA

Video saya sertakan juga disini
Tapi boleh view dalam instagram saya FHA SELEMAK SANTAN VIDEO





Sila Hubungi
017-7800435 NURUL JANNAH
017-7800827 AREFFIN BEELZ

FRESH dari kuali .....
Dimasak hanya apabila tempahan dibuat

Harga sebungkus RM 18
Tambahan RM 7 jika penghantaran melalui Pos.

Tanpa 'Monosodium Glutamat' atau sebarang 'perasa tambahan'.
Begitu juga tanpa sebarang 'bahan pengawet'.

Menggunakan Ikan bilis yang elok, cili yang segar dan bawang yang cantik.
~ Resepi asli / resepi warisan... KEBERSIHAN dan KUALITI MENJADI KEUTAMAAN.

- enak di makan dengan nasi panas-panas
- amat berselera dengan Bubur Nasi (Moi) dan Nasi Air
- boleh di tambah Petai dan Jering jika suka
- juga digunakan sebagai perencah nasi goreng, (cepat dimasak sedap dimakan)
- sedap sebagai Sambal Pencicah Cucur Bawang, Cucur Kodok, Lempeng dan juga Pulut
- boleh dipelbagaikan sebagai perencah Mee (Maggie),Makaroni
dan apa-apa saja ....


Terdapat 2 pilihan Sambal
1. Pedas Biasa (Standard)
2. Pedas Kaw-Kaw

Monday, 22 May 2017

SAMBAL TOTOK JAWA .... Asli.


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...

Hari ini nak promote lagi SAMBAL TOTOK JAWA .... Asli.
Maklum Ramadhan akan tiba tak beberapa hari lagi...
Kena simpan sebagai stok jika tak sempat nak masak lauk yang lain untuk berbuka atau bersahur ...

Sedap makan dengan nasi panas !!!
Tapi kalau nak jadikan ia sebagai salah satu bahan perencah dalam masakan pon boleh .

Boleh search resepi-resepi  yang telah saya sediakan. Terdapat dalam list KHAZANAH SAYA atas tajuk 'URUSNIAGA-SAMBAL TOTOK'.


Sila Hubungi
017-7800435 NURUL JANNAH
017-7800827 AREFFIN BEELZ

FRESH dari kuali .....
Dimasak hanya apabila tempahan dibuat

Harga sebungkus RM 18 dan tambahan RM 3 untuk yang ber' Petai.
Tambahan RM 7 jika penghantaran melalui Pos.

Tanpa 'Monosodium Glutamat' atau sebarang 'perasa tambahan'.
Begitu juga tanpa sebarang 'bahan pengawet'.

Menggunakan Ikan bilis yang elok, cili yang segar dan bawang yang cantik.
~ Resepi asli / resepi warisan... KEBERSIHAN dan KUALITI MENJADI KEUTAMAAN.

- enak di makan dengan nasi panas-panas
- amat berselera dengan Bubur Nasi (Moi) dan Nasi Air
- boleh di tambah Petai dan Jering jika suka
- juga digunakan sebagai perencah nasi goreng, (cepat dimasak sedap dimakan)
- sedap sebagai Sambal Pencicah Cucur Bawang, Cucur Kodok, Lempeng dan juga Pulut
- boleh dipelbagaikan sebagai perencah Mee (Maggie),Makaroni
dan apa-apa saja ....


Terdapat 2 pilihan Sambal
1. Pedas Biasa (Standard)
2. Pedas Kaw-Kaw
















Sunday, 21 May 2017

CUCUR SAYUR 'SAMBAL TOTOK' .... Memang mudah dan Sangat Sedap !


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...

Haaaa.....
Hari ini saya nak kongsi resepi CUCUR SAYUR 'SAMBAL TOTOK'  pulak

Macam-makan kita boleh masak dengan 'SAMBAL TOTOK'  yang menjadi salah satu perencah nya....

Saperti yang dimaklumkan sebelum ini, diwaktu terdesak tak sempat menyediakan lauk-pauk berbuka atau sahur yang lain di bulan Ramdhan, lauk ini boleh menjadi penyelamat !!!!


Sambal Totok Warisan Ibunda ini adalah Bumiputera .....

017-7800435 NURUL JANNAH
017-7800827 AREFFIN BEELZ

Jom tempah... memang sedap ! FRESH dari kuali .....

Harga sebungkus RM 18 dan tambahan RM 3 untuk yang ber' Petai.
Tambahan RM 7 jika penghantaran melalui Pos.

Tanpa 'Monosodium Glutamat' atau sebarang 'perasa tambahan'.
Begitu juga tanpa sebarang 'bahan pengawet'.

Menggunakan Ikan bilis yang elok, cili yang segar dan bawang yang cantik.
~ Resepi asli / resepi warisan... KEBERSIHAN dan KUALITI MENJADI KEUTAMAAN.

- enak di makan dengan nasi panas-panas
- amat berselera dengan Bubur Nasi (Moi) dan Nasi Air
- boleh di tambah Petai dan Jering jika suka
- juga digunakan sebagai perencah nasi goreng, (cepat dimasak sedap dimakan)
- sedap sebagai Sambal Pencicah Cucur Bawang, Cucur Kodok, Lempeng dan juga Pulut
- boleh dipelbagaikan sebagai perencah Mee (Maggie),Makaroni
dan apa-apa saja ....



Terdapat 2 pilihan Sambal
1. Pedas Biasa (Standard)
2. Pedas Kaw-Kaw



Bahan A
2 cawan tepung gandum
2 camca besar SAMBAL TOTOK 'Warisan Ibunda'
1 mangkuk hirisan Sayur Kubis
1/2 mangkuk hirisan Daun Kucai
1/2 mangkuk hirisan Daun Sup
1 1/2 camca besar Santan Pekat 'KARA'
1 biji bawang besar (dibelah 4 dan dihiris sederhana tebal)
1/2 camca teh Baking Powder
1/2 camca teh Sodium Bicarbonate
1 cawan air
Sedikit udang hidup 'Optional'
Sedikit garam (Jika Sambal kurang masin)

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satukan kesemuanya dalam mangkuk yang besar dan digaul rata.
2. Panaskan minyak yang banyak
3. Jemput cucur dan goreng sehingga masak.



Friday, 19 May 2017

CHAR KWE TIAU 'SAMBAL TOTOK' ... Persediaan menyambut Ramadhan


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...

Salam Jumaat .........

Tak beberapa hari lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan, bulan yang sepenuh keberkatan.
Sebagai persediaan saperti tahun tahun sebelum nya saya akan membeli   'SAMBAL TOTOK' sebagai salah satu menu sahur saya.

Juga diwaktu terdesak tak sempat menyediakan lauk-pauk berbuka atau sahur yang lain, lauk in sebagai penyelamat.


Sambal Totok Warisan Ibunda ini adalah keluaran anak saudara saya

017-7800435 NURUL JANNAH
017-7800827 AREFFIN BEELZ

Jom tempah... memang sedap ! FRESH dari kuali .....

Harga sebungkus RM 18 dan tambahan RM 3 untuk yang ber' Petai.
Tambahan RM 7 jika penghantaran melalui Pos.

Tanpa 'Monosodium Glutamat' atau sebarang 'perasa tambahan'.
Begitu juga tanpa sebarang 'bahan pengawet'.

Menggunakan Ikan bilis yang elok, cili yang segar dan bawang yang cantik.
~ Resepi asli / resepi warisan... KEBERSIHAN dan KUALITI MENJADI KEUTAMAAN.

- enak di makan dengan nasi panas-panas
- amat berselera dengan Bubur Nasi (Moi) dan Nasi Air
- boleh di tambah Petai dan Jering jika suka
- juga digunakan sebagai perencah nasi goreng, (cepat dimasak sedap dimakan)
- sedap sebagai Sambal Pencicah Cucur Bawang, Cucur Kodok, Lempeng dan juga Pulut
- boleh dipelbagaikan sebagai perencah Mee (Maggie),Makaroni
dan apa-apa saja ....



Terdapat 2 pilihan Sambal
1. Pedas (Biasa/Standard)
2. Pedas Kaw-Kaw




Tuesday, 9 May 2017

CUMI GORENG KICAP DAUN KUNYIT ... Lauk yang Simple tapi sedap bangat !


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...

Sotong yang bersaiz sedang kalau digoreng kicap sebegini kemudian ditabur dengan hirisan Daun Kunyit  dan sedikit cili padi kampung memang sedap terangkat.
Makan pulak dengan nasi panas berasap
Fuhh !! Memang layan habis
Boleh habis berpinggan ...........


Bahan A (disatukan dan diperap 1/2 jam)
1 kilo sotong (Jika ia bersaiz sederhana atau kecil, elok nya dibiarkan seekor-seekor kerana ia akan kecut mengecil apabila siap dimasak)
1 camca teh kunyit serbuk
1/2 camca teh lada hitam (ditumbuk halus)
1/2 camca teh lada putih (ditumbuk halus)
1/2 camca teh jintan manis (ditumbuk halus)
1/2 camca teh jintan putih (ditumbuk halus)
sedikit garam

Bahan B
Sedikit minyak
Kicap Lemak Masin 'Kipas Udang'
Kicap Lemak Manis 'Kipas Udang'
1 camca besar Sos Tiram
1 helai daun kunyit yang bersaiz sederhana (dihiris kasar)
2 biji bawang besar (dibelah 8)
10 biji cili padi (dipotong menyerong)


Cara-Cara Menyediakan nya
1. Masukkan sotong yang telah diperap  kedalam kuali dan hidupkan api. Pastikan api jangan terlalu besar. Masak sehingga  air sotong susut dan hampir kering.
2. Apabila air sotong telah susut, masukkan minyak secukupnya dan goreng seketika.
3. Masukkan kicap masin, kicap manis dan sos tiram. Kurangkan Kicap masin kerana kita telah masukkan garam sebelum ini semasa proses perapan.
4. 5 minit sebelum angkat masukkan bawang besar,cili padi dan hirisan daun kunyit.

* FHA Selemak Santan

Monday, 8 May 2017

DAGING RENDANG BESAR ... Sedap lauk kenduri Kahwin dulu-dulu


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...

Pernah makan lauk DAGING RENDANG BESAR ?
Lauk utama yang disajikan semasa jamuan kenduri perkahwinan.
Saiz daging yang besar anggaran 200 gram seketul dari sekilo daging yang akan dipotong kepada 5 ketulan besar.
Daging ini akan dimasak dengan kuah yang begitu pekat dihidang dalam talam bersama lauk dan sayur rampai yang lain.
Setalam lauk ini akan dikongsi antara 4 hingga 5 orang.

Kebiasaan nya lauk ini tidak pedas walaupun ada dicampurkan sedikit lada sulah untuk menyedap rasa nya.

Sekarang ni dah jarang yang menyediakan kenduri secara makanan berhidang.
Jadi nak merasa lauk sebegini memang tak merasa lah...
Maklum semua dah makan ala buffet





Bahan A
1 kilo daging (dipotong kepada 4-5 bahagian)

Bahan B (disangai berasingan dan dikisar halus tanpa air)
1 camca besar ketumbar biji
1 camca kecil jintan manis
1 camca kecil jintan putih
1 camca kecil lada hitam
1 camca kecil lada putih

Bahan C (disatukan dan dikisar halus)
2 biji buah keras
2 inci halia
2 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
2 biji cili hijau
5 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 helai daun kunyit
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
Sedikit air unruk mengisar

Bahan D
1/2 camca besar rempah kurma
1 biji buah pala (ambil separuh sahaja. disagat halus)
500 ml santan pekat
2 keping asam gelugor

Bahan E
1 camca besar minyak sapi 'Ghee Blend'
1 biji bawang besar (dibelah 4)
sedikit daun ketumbar
sedikit garam

Bahan F
2 biji limau nipis
bawang goreng

Cara-cara Menyediakan nya
1. Satukan bahan A, B, C dan D dalam kuali dan masak sehingga daging empuk dan kuah menjadi pekat. Jika daging masih kurang empuk, boleh ditambah sedikit air lagi tetapi pastikan air panas mendidih. Pastikan dikacau selalu untuk mengelakkan ia berkerak.
2. 10 minit sebelum angkat, masukkan  bahan E dan ratakan sekali lagi.
3. Semasa dihidangkan, perah jus limau dan tabur sedikit bawang goreng.

* FHA Selemak Santan