BAKED KWETIAU 'SAMBAL TOTOK' ... Iftar hari ke-5 Ramadhan 2017
Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua .....
Menu iftar hari ke 5, saya sediakan BAKED KWETIAU 'SAMBAL TOTOK'
Menu yang cukup berselera bagi saya sekeluarga
Jom kita cuba
Menu yang cukup berselera bagi saya sekeluarga
Jom kita cuba
Bahan A
1 camca besar minyak
1 ulas bawang putih (dihiris nipis)
2 camca besar 'SAMBAL TOTOK WARISAN IBUNDA'2 camca besar air
1 camca besar Sos Tiram
1 biji ubi kentang yang bersaiz besar (dipotong dadu)
1 cawan hirisan sayur kubis
Kwetiau anggaran 1/4 bungkus (tak perlu banyak)
Bahan B
1 biji ubi kentang (dikupas kulit dan direbus 3/4 empuk dan toskan airnya)
Sedikit hirisan Daun Sup
3 biji telur ayam
2 camca besar Mayonise
1 1/2 cawan Susu Full Cream (Masukkan 1 cawan dahulu. Boleh dilebihkan jika perlu)
Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga garing.
2. Masukkan Sambal Totok, Air dan Sos Tiram dan satukan.
3. Masukkan Ubi kentang dan biarkan sebentar.
4. Masukkan Kwetiau dan Sayur kubis. Gaul rata dan boleh lah diangkat untuk disejukkan sebentar.
5. Panaskan oven 180 C dengan setting api atas, bawah dan tanpa kipas.
6. Satukan bahan C dan Kwetiau yang telah dimasak diatas.
7. Sudukan bancuhan kedalam acuan dan tabur dengan hirisan daun sup.
8. Bakar dalam oven selama 30-45 minit atau sehingga membeku.
No comments: