SHEPHERD'S PIE .. Iftar hari ke-16 Ramadhan 2017
Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua !
Juadah berbuka Ramadhan hari ke 16...SHEPHERD'S PIE
Makan ala-ala Mat Salleh gitu !
Masih menggunakan resepi yang sama yang saya pernah share dulu pada tahun 2014 disini ...SHEPHERD PIE yang amat menyelerakan
Makan ala-ala Mat Salleh gitu !
Masih menggunakan resepi yang sama yang saya pernah share dulu pada tahun 2014 disini ...SHEPHERD PIE yang amat menyelerakan
Bahan A (Gaulkan semua. Pastikan ubi masih berkeadaan panas)
5 biji Ubi kentang yang bersaiz besar(dipotong kepada 4 ketulan supaya cepat empuk dan direbus, kemudian dibuangkan kulit nya dan dilenyek hancur)
* Ubi pilihan saya ini bersaiz besar dan berkulit cerah berbanding dengan ubi yang lain. Amat mudah empuk dan amat gebu bila direbus. Kebiasaan nya boleh didapati di pasaraya Tesco.
2 sudu besar Buttercup
1 cawan susu Full Cream Dutchlady
1 sudu teh serbuk lada putih (Aji Shio)
Bahan B (Inti)
minyak untuk menumis
2 ulas bawang putih (dihiris nipis)
1 biji bawang besar Holland
Jagung 1/2 tongkol (jika suka boleh dilebihkan)
1 batang karet (dipotong kiub)
1/2 biji lada benggala hijau (dipotong kiub)
Daun sup (~ 5 tangkai)
1 camca teh lada hitam biji (ditumbuk halus)
2 ketul dada ayam (dipotong kecil)
1 kiub ayam KNOR
sedikit kubis
garam
kunyit
Cara-Cara memasak Inti
1. Panaskan minyak dalam kuali
2. Tumis bawang putih dan bawang besar.
3. Masukkan isi ayam, kunyit, kiub ayam, lada hitam dan garam.
4. Goreng sehingga ayam masak.
5. Masukkan jagung, karet, ubi benggala, kubis
6. Akhir sekali sebelum angkat masukkan daun sup, ratakan dan terus angkat.
7. Panaskan oven pada suhu 180 C selama 20 minit. Api atas dan bawah
8. Masukkan inti kedalam acuan pie anggaran 1/2 penuh.
9. Masukkan ubi kentang yang telah dilenyek tadi.
10. Ratakan paras acuan Pie.
11. Dengan menggunakan garfu halus, tores sedikit pada permukaan pie
12. Masukkan kedalam oven, tukar suhu ke 230 C api atas saja. (Pastikan pintu oven direngangkan/dibuka sedikit.
13. Bakar selama ~ 25- 30 minit atau sehingga bahagian atas keperangan
(Jangan dibakar terlalu lama. Walaupon dengan api perlahan kerana texture dan rasa inti akan menjadi kurang sedap)
* Selamat menjamu selera ...
No comments: