ROTI LAPIS DAGING... Iftar hari ke-10 Ramadhan 2017



Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua .....

Menu iftar hari ke 10 saya sekeluarga  ...ROTI LAPIS DAGING

OK tapi sebelum tu nak jadi mak-nenek sat..
Nak coloteh geram !!!!!!!!!!!!!!!
Semalam memang tak ada mood langsung nak update blog walaupon bahan untuk dipost tersedia beberapa hari sebelum nya.
Masih dalam mood malas, malas sangat-sangat !!!!

Gara-gara seorang blogger yang kerja nya suka 'Mencuri 100 % hasil penat lelah entry blogger lain'
Bukan curi sikit-sikit, ni BARU BETUL dinamakan mencuri atau lebih sesuai dipanggil 'PEROMPAK'

Ni nak bagi iklan percuma ya... tak payah bayar ...



Memang lah MUDAH kan ! Sebagaimana nama yang tertera pada blog tu !

Kalau ibaratkan perompak yang merompak kedai emas, bukan setakat emas saja yang diangkut malah dengan laci, cermin, almari, perabot pameran, penimbang, penyukat, plastik sampah, penyapu pun di borong sekali. Dan kalau boleh dengan kedai-kedai pon nak di sapu nya kannnnnnn...........

Memang ambil jalan mudah SUNGGUH-SUNGGUH !!!!
... tak payah bersusah payah mencari bahan
... tak payah bersusah payah luangkan masa untuk fikirkan text penulisan
... tak payah bersusah payah tonggeng sana, tonggeng sini, tonggeng atas, tonggeng bawah, tonggeng kanan, tonggeng kiri mencari angle yang sesuai bagi sekeping gambar.

Berpeluh ketiak dik oiiiii...
Itu belum masuk bab-bab lain.

Memang dah lama kerja blogger ni, tapi blogger-blogger yang lain tak perasan !
Cuma semalam heboh di FB pasal kes ni

Geram sungguh-sungguh !!!
174 posting saya di ciplak BULAT-BULAT !!!!!
Ramai lagi blogger lain yang menjadi mangsa !!!!!!!!!!!!!




Kalau view betul-betul kerja blogger ni dah lama, semenjak 2014 lagi, cuma 2015 stop sekejap mungkin insaf 'sikit' kot masa tu, tapi tahun 2016 dia buat comeback dan tahun ini besar-besaran punya ciplak !!!

- Kalau sekadar meletakkan label dari mana posting diambil tak boleh dik oiiii. FAHAM TAK !!!!
-Perlu diletakkan LINK PAUTAN posting asal diambil dan pastikan ia berfungsi, bukan nya sekadar text sahaja yang mana pencarian akan 'mati' di blog awak tu !!!!
-Boleh kongsi isi entry tapi bukan nya copy paste semua text blogger lain hingga kan kalau ada '$%^%^$^&$*&&* ***' pon semua diangkut nya.

Saya bukan jenis yang suka membebel tapi kalau dah tak kena gaya marah juga.

Nak tengok... posting ni nanti dalam blog tu !!!


OK ..
balik ke resepi hari ini.  Link asal dari FHA Selemak Santan

Capaian resepi dari dapur  Azlita Masam Manis yang mana resepi asal dari FB Sarimah Mat Nor

Saya olah sedikit kerana saya tidak menggunakan keju tapi saya gantikan dengan Mayonise dan Thousand Island

Jomm kita masuk dapur ..


Bahan A
12 keping roti
3 biji telur
200 ml susu segar
3 camca besar 'Penuh' Mayonise
garam secukup rasa

Bahan B (Inti Daging)
5 keping daging burger ~ di hancurkan
2 ulas bawang putih ~ cincang halus
1 labu bawang besar ~ di dadu
1 camca besar rempah kari daging
1 sudu teh lada hitam ~ tumbuk halus
4 biji cili padi ~ hiris halus
1 batang lada merah ~ hiris halus
daun sup dan daun bawang ~ di mayang
sedikit minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa

Cara-Cara Menyediakan Inti
1.Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan bawang besar hingga harum
2.Masukkan rempah kari, lada hitam, sedikit air dan gaul rata
3.Masukkan daging, hancur-hancurkan ia dan goreng hingga daging masak hampir kering.
Tambah sedikit air jika terlalu kering.
4.Perasakan dengan sedikit garam.
5.Masukkan lada merah, cili padi, daun sup dan daun bawang.
6.Tutup api, Gaul rata dan  dan biarkan sejuk




Cara-Cara Melapis
1. Mula-mula, sediakan loyang atau bekas pembakar. Saya gunakan aluminium foil untuk memudahkan proses mengeluarkan dari dulang nanti.
2. Oles bekas atau loyang pembakar atau aluminium foil dengan butter.
3. Campurkan telur, susu dan secubit garam dan kocok hingga telur sebati dengan susu
4. Ambil roti dan celupkan dalam adunan susu dan telur tadi
5. Susun dalam loyang pembakar satu lapisan
6. Paipkan mayonise dan sedikit thousand island atas roti
7. Kemudian letakkan inti inti daging dan ratakan di atasnya
8. Ulang langkah 4-7 supaya kita dapat 3 lapisan roti
9. Baki bancuhan susu dan telur tadi tuang dalam loyang pembakar dan paipkan moyonise diatas
10.Bakar dalam ketuhar dengan suhu 170 ~ 180 C selama 40 minit
11.Angkat setelah masak. Tunggu suam sikit dah boleh di potong

* Makan panas-panas memang sedap sangat..


5 comments:

  1. Assalam n3 kemarin kat blog pencuri tu ialah n3 Intai2dapurfha ni la....agaknya robot yg klon.Kalau orang takkan lah dia nk copy benda yg sah2 orang tuju kat dia..cer pi sekodeng

    ReplyDelete
  2. W'salam Lina.
    Saya memang dah perasan pon yang owner of the blog tersebut tidak copy secara manual tetapi beliau menggunakan facility autocopy yang terdapat dalam service 'IFTTT'.


    Saya sempat view sedikit service tersebut tadi dimana salah satu service yang ada adalah 'backup facility'. Mungkin juga bloger tersebut telah menyalahgunakan tersebut untuk menciplak posting blogger-blogger pilihan nya secara 'AUTO' mengikut masa yang telah disetkan dalam blog.

    Atau pun mUngkin ada lain-lain facilty ... kena godek lebih In Sya ALLAh nanti

    ReplyDelete
  3. Assalam....
    Saya dah tak ada perkataan nak 'bebel' dah. Kang bila sekali terkeluar habis segala CVFR$#@@^*)__(><M@!~ , yang baca / dengar pun tak dapat tido 40 hari 40 malam. Moga ada penyelesaiannya!

    ReplyDelete
  4. Nak sambung sikit : Perasan tak dia pasang iklan google adsence? Bukan senang nak dapat iklan tu, banyak syaratanya terutama entri mesti konsisten! Nah! Senang2 dia menjana 'rezeki' atas usaha orang lain! Tak sampai setengah tahun sudah lebih 1000 entri tu bukan kerja manusia dah!

    ReplyDelete
  5. Kali ketiga saya datang.... ya Allah! Entri yang ini pun dia hangkut jugak! Memang kerja robot ni: http://mudahnyamemasakdidapur.blogspot.my/search?updated-max=2017-06-10T19:13:00-07:00&max-results=1

    ReplyDelete

Powered by Blogger.