SINGGANG IKAN 'NYOK-NYOK PUTIH'... bagai dijampi -jampi.... gitu !
Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua !
Kali ini lauk SINGGANG IKAN pulak.
Resepi sihat tanpa minyak tapi sedap yang amat-amat !
Kali terakhir saya sediakan lauk ini adalah pada August tahun lalu di SINI
Lama tu .......
Masih menggunakan resepi Sarah Raissudin... dari instagam beliau.
Kalau dah jumpa resepi yang sedap macam ni , macam tak mahu move on ke resepi lain dah kannnnn ! !!
Kali ini saya masak Ikan Nyok Nyok Putih.
Saya tambahkan sedikit jagung muda, seketul lengkuas dan tabur dengan sedikit daun ketumbar untuk menambahkan lagi keenakkan nya !
Yummy !!!!!
Jomm...
Bahan A
16 -18 ulas bawang merah (dimayang)
5 ulas bawang putih (dimayang)
1/2 inci kunyit hidup (dihiris kasar) * Saya tak masukkan
1 inci halia (dihiris memanjang)
12 biji cili padi merah * Saya masukkan 40 biji cili padi burung
1 camca besar ketumbar biji (diketuk pecah sahaja.,tidak perlu hancur)
1/2 camca besar lada hitam/putih (ditumbuk halus) * Saya tambah
4 batang serai (dititik)
1 inci lengkuas (diketuk) * Saya tambah
3-4 keping asam gelugor
2 -3 camca besar budu
Air secukup nya sebagai kuah
Bahan B
1-2 ketul hirisan ikan Nyok-Nyok Putih (boleh juga digantikan dengan sebarang jenis ikan yang disukai kecuali ikan bilis dan ikan kering.)
sedikit garam (jika perlu)
2 biji tomato segar (dibelah 2)
Sedikit jagung muda
Daun ketumbar
1. Satukan kesemua bahan A dalam periuk dan pasangkan api. Masak sehingga kuah mendidih.
2. Masukkan ikan dan perlahankan api supaya ikan masak dengan perlahan dan tidak hancur.
3. Apabila kuah hampir mendidih semula, baru, masukkan tomato segar, jagung muda, daun ketumbar dan tambahkan sedikit garam jika perlu.
4. Masak beberapa minit lagi dan boleh di angkat untuk dihidangkan .
Copyright © 2018. All rights reserved FHA Selemak Santan | http://intai-intaidapurfha.blogspot.my
waah, akak pun suka ikan singgang jugak ya..
ReplyDeleteTula La Ruzita. Dulu masa kecik memang suka sangat lauk ini terutama kuah ikan tu.. Bila dah besar macam-macam resepi di explore sampai terlupa resepi ni.
Delete