CENDAWAN GORENG RANGGUP BEREMPAH .... Sedap makan panas-panas ! Jom tonton YOUTUBE !
Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua....................
Saya sediakan Cendawan Goreng Ranggup Berempah ini beberapa hari lalu untuk kunyah-kunyah selepas makan nasi dan sebagai minum petang.
Masih menggunakan resepi untuk gorengan Pisang/cempedak untuk adunan tepung tempoh hari di sini CEMPEDAK & PISANG GORENG RANGGUP 'GILA' .
Cuma kali ini saya tambahkan rempah ratus, yakni rempah kari ikan, jintan putih dan sedikit lada hitam.
Bancuhan tepung kali ini saya cuba try aduk menggunakan whisk, sebelum ini saya gunakan blender.
OK lah tapi kena lama sikit pukul.
Tak lah se-remeh adun menggunakan tangan.
Tapi kalau nak menggunakan tangan pon boleh, tapi kena betul-betul gaul, jika tidak cairan minyak akan terpisah dari tepung dan ia akan kurang menjadi.
Sedap di makan panas-panas ni !
Layan ja lah .........
Jom ...
Tapi sebelum tu kita tonton YOUTUBE dulu .. baru lah best!
Jangan lupa jom ramai-ramai .......SUBSCRIBE YOUTUBE dan SHARE FHA Selemak Santan ........ supaya anda semua tidak ketinggalan dengan video-video masakan yang lain !
BANCUHAN TEPUNG
Bahan A
1 1/2 cawan tepung beras 'Campuran'
(Boleh juga menggunakan tepung beras biasa tapi campurkan sedikit tepung jagung)
3/4 cawan tepung gandum
3/4 cawan minyak masak
1 sudu teh garam
1 cawan air (kalo pekat sgt tambah air yer) * Saya menggunakan 1+ 1/6 cawan air
1 camca kecil rempah kari ikan
1/2 camca kecil jintan putih (ditumbuk halus)
1/2 camca kecil lada hitam (ditumbuk halus)
* Bancuhan tepung memang pekat. Tapi jangan risau bila digoreng ia akan ranggup.
Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satukan kesemua bahan diatas dalam bekas dan gaul menggunakan tangan sehingga sebati. Pastikan tiada pisahan minyak dalam tepung.
Atau..
2. Gunakan pemukul telur untuk mengadun tepung.
CENDAWAN
Bahan B
200 g Cendawan (Jika cendawan terlalu besar boleh lah di belah 2 atau 3).
1. Cendawan dibasuh di bawah aliran air untuk menanggalkan kotoran jika ada.
2. Kemudian ditoskan air nya. dan dikeringkan atas dulang yang dialas tisu serap air / tisu dapur.
Cara-Cara Menggoreng
1. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali .
2. Celup cendawan dalam tepung satu persatu dan digoreng. Ini adalah untuk mengelakkan cendawan hancur dalam tepung.
Copyright © 2018. All rights reserved FHA Selemak Santan | http://intai-intaidapurfha.blogspot.my
No comments: