NESTUM SEJUK MANIS .... Sarapan mudah kenyang hingga ke petang



Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua ...

Salam Jumaat yang penuh barokah pada semua muslimin dan muslimat sekelian.

Hari ini saya berkempatan bersarapan pagi.
Biasa nya tak sempat, terus brunch saja
Tapi, hari ini pukul 9.30 pagi dah siap aktiviti pagi saya.
Boleh rehat awal .......

Sarapan pon saya sediakan yang mudah saja.
Secawan Nestum yang dicampur sedikit gula putih, beberapa biji blueberry, susu segar dan lebih menyegarkan saya masukkan ketulan-ketulan ais.

Sebelum-sebelum ini, memang saya jarang sentuh Nestum mahu pon Oat.
Kalau beli pon, selalu simpan saja dalam peti sejuk sampai lah tarikh luput.
Beli pon semata nak sediakan masak biskut sahaja.

Sekarang dah rasa macam ketagih
Saperti yang saya nyatakan dalam entry sebelum
Masa merubah segala nya... termasuk juga yang ini.

Semalam pon bersarapan menu yang sama, cuma saya tambah sedikit oat.
Alhamdulillah 3/4 cawan menjadikan saya kenyang sampai kepetang.

Copyright © 2018. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

2 comments:

  1. Replies
    1. Betul tu Hans ... Kalau nak diet memang elok sangat. Tapi akak tak diet pon. Cuba nak tukar selera ja ...

      Delete

Powered by Blogger.