SOTO BERSANTAN ... yummy ! no nasi for today
Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua
Hari ini hakak kongsi resepi SOTO BERSANTAN pula yang dimakan dengan BERGEDIL UDANG yang hakak post semalam ...
Sedap nya SOTO ni..
Memang sah hakak tak makan lain dah !
Asyik ulang makan sampai habis nasi impit
Masuk dapur lagi
Rebus beberapa paket tambahan
Jommm...
Hari ini hakak kongsi resepi SOTO BERSANTAN pula yang dimakan dengan BERGEDIL UDANG yang hakak post semalam ...
Sedap nya SOTO ni..
Memang sah hakak tak makan lain dah !
Asyik ulang makan sampai habis nasi impit
Masuk dapur lagi
Rebus beberapa paket tambahan
Jommm...
KUAH SOTO (Untuk 8-10 orang)
Bahan A
1 ekor ayam bersaiz sedang (Dipotong 8)
Air secukupnya sebagai kuah (3/4 penuh 'standard rise cooker')
1 kiub pati ayam
1/2 kotak kecil santan pekat
garam
Bahan B (di sangai/goreng tanpa minyak)
1 sudu teh lada hitam
1 sudu teh ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
Bahan C
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
1/2 inci halia
1 inci kunyit hidup
2 biji buah keras
1/2 cawan minyak (saya tambah untuk menggantikan air)
* Kegunaan minyak semasa proses mengisar adalah untuk memudahkan proses kisaran juga rempah cepat masak dan garing.
Bahan D
3 btg serai dititik
3 sudu besar serbuk rempah sup
Cara-Cara Menyediakannya
1. Satukan bahan B dan C dalam blender dan kisar sehingga halus.
2. Masukkan bahan kisaran diatas dan bahan D dalam periuk dan masak dengan api yang perlahan sehingga garing. Sentiasa dikacau untuk mengelakkan berkerak kerana kita tidak menggunakan tambahan air.
3. Masak sehingga terbit minyak dan bau yang harum.
4. Masukkan bahan A (ksecuali santan) dan rebus sehingga ayam masak.
5. Masukkan santan dan kecilkan api. Masak sehingga kuah 'hampir' mendidih kembali dan boleh diangkat.
6. Keluarkan isi ayam.
7. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng sekejap anggaran 3-4 minit sekadar menguning bahagian luar isi ayam.
8. Siat-siatkan sebelum dihidangkan.
BEGEDIL UDANG
Resepi rujuk di BEGEDIL UDANG ... aroma tak sama macam begedil ayam, daging mahupon ikan yang saya postkan semalam ...
SAMBAL KICAP
15 biji cili padi
2 ulas bwang putih
1/4 cawan kuah soto
Sedikit halia (anggaran 1/4 inci sahaja)
Kicap Manis Secukup nya
Cara-Cara Menyediakannya
1. Kesemua bahan diatas diblend halus.
2. Dimasak atas api sekejap sekadar mendidih sedikit terus diangkat.
BAHAN SAMPINGAN
Nasi himpit
Kacang tanah (digoreng)
Suun (digoreng)
Daun sup
Daun bawang
Bawang goreng
Sedap semuanya tapi yang paling sedap dan yang jadi favorite begedil udang sedap betul ..
ReplyDeletehihiii... Ingatkan hakak ja yang suka begedil
DeleteYa Allah ya Tuhanku..meleleh airliur ni tengok, dah la saya peminat soto..hurm
ReplyDeletesama lah dengan akak
Deletehahaha
apalah erti soto tanpa begedil...umpama msk nasi lemak xde sambal hahahahah
ReplyDeletebetul tu Dear Anies. Setuju sangat. tak meriah soto tu
Delete