Bismillahirrohmanirrohim
Salam berhujung minggu semua sahabat-sahabat hakak ...
Lama tak makan sambal tumis
Bila makan sedap pulak !
Kali ini akak sediakan SAMBAL TUMIS TELUR BURUNG PUYUH.
Orang Utara kata SAMBAI TOMEH TELOQ PUYUH
Sama lah tu..
Telur rebus yang digoreng keemasan lebih beraroma dan sedap berbanding telur rebus biasa
selain rupa sambal yang terhasil adalah lebih menarik.
Tambahkan sedikit udang kering dan sos cili thai untuk menambah kan lagi keenakan nya
Bahan A (direbus sehingga masak)
15 biji telur puyuh
Air secukup nya
sedikit garam
Bahan B
Minyak untuk menumis
12 ulas bawang putih (dicincang)
2 camca besar cili kering kisar (20 -25 biji) *ikut kepedasan yang disukai
1 camca besar udang kering (diendam 10 minit, dan di tumbuk hancur)
2 biji bawang besar (ditumbuk kasar)
1 camca kecil pes asam jawa
1 camca besar gula putih
1 camca besar sos cili Thai
sedikit garam
Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satukan bahan A dalam periuk dan rebus sehingga masak dan dikupas kulit.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng telur puyuh sehingga sedikit keemasan. Angkat dan toskan.
3. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih hingga keemasan.
4. Masukkan cili kisar. (Jangan ditambah air ya...)
5. Agak-agak cili 1/2 masak, terus masukkan udang kering. Terus menumis hingga terbit aroma yang wangi.
6. Masukkan bawang besar , aduk sehingga sebati dan kecilkan api. Masak hingga terbit minyak.
7. Masukkan asam jawa, garam, gula, cili sos dan dikacau rata.
8. Akhir sekali masukkan telur puyuh.
9. Biarkan telur mesra dengan sambal selama 5 minit sebelum angkat untuk dihidangkan.
10. Siap .........

Lagi satu...
Akak bila masak apa jenis telur pon, kulit telur mesti dibasuh dulu
Baik telur ayam, itik mahu pon telur puyuh
Kalau telur ayam dan itek, 'bahan buangan' yang melekat boleh nampak dengan jelas
Tapi bila telur puyuh , memang problem sikit...
Tapi basuh bersabun tetap bersabun.
sebiji-sebiji belek dan berus..
Hati-hati ya kalau telur puyuh kerana kulit nya lembut.
Tapi bila kemek/retak sikit ok lagi, janji kulit dalam tak terkoyak
masa rebus ok ja... putih telur tak keluar ...
selamat !!!!
OK... tak nak celoteh panjang.
Jom kita kedapur, kali ini akak rajin sikit. Akak sediakan video tau
Lama tak shoot video
Masih ada beberapa video yang setia menunggu untuk diedit
Mood malas katakan
Ahakssssssss !
Jangan lupa ya, jom ramai-ramai .......SUBSCRIBE YOUTUBE dan SHARE FHA Selemak Santan ........ supaya anda semua tidak ketinggalan dengan video-video masakan yang lain !
Bahan A (direbus sehingga masak)
15 biji telur puyuh
Air secukup nya
sedikit garam
Bahan B
Minyak untuk menumis
12 ulas bawang putih (dicincang)
2 camca besar cili kering kisar (20 -25 biji) *ikut kepedasan yang disukai
1 camca besar udang kering (diendam 10 minit, dan di tumbuk hancur)
2 biji bawang besar (ditumbuk kasar)
1 camca kecil pes asam jawa
1 camca besar gula putih
1 camca besar sos cili Thai
sedikit garam
Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satukan bahan A dalam periuk dan rebus sehingga masak dan dikupas kulit.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng telur puyuh sehingga sedikit keemasan. Angkat dan toskan.
3. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih hingga keemasan.
4. Masukkan cili kisar. (Jangan ditambah air ya...)
5. Agak-agak cili 1/2 masak, terus masukkan udang kering. Terus menumis hingga terbit aroma yang wangi.
6. Masukkan bawang besar , aduk sehingga sebati dan kecilkan api. Masak hingga terbit minyak.
7. Masukkan asam jawa, garam, gula, cili sos dan dikacau rata.
8. Akhir sekali masukkan telur puyuh.
9. Biarkan telur mesra dengan sambal selama 5 minit sebelum angkat untuk dihidangkan.
10. Siap .........
Copyright © 2018. All rights reserved FHA Selemak Santan | http://intai-intaidapurfha.blogspot.my
sedapnyaaa... telioq aih
ReplyDeletenak ka ? mai lah cepat. cuma 15 biji ja.
Deletehahaha
Fuh sedap ni...makan dengan nasi lemak....
ReplyDeletedah tak sempat masak nasi lemak... haha
DeleteNampak yummy!
ReplyDeleteTelor puyuh kecik seketul boleh terus masuk mulut hehehe...
masak 15 biji ja, sekali hadap habis. haahehehe
DeleteSedap makan dengan nasi lemak.
ReplyDeletePn is3 selalu juga buat sebab ada bekalan telur puyuh peliharaan sendiri
best nya ternak puyuh sendiri
Deletetlr puyuh ni msk apa pun sedap kak, tomeh pds lagi lah
ReplyDeletebetul tu. Ini pon untuk sekali makan
DeleteSedap nie! Nak masak pun senang. Hihi
ReplyDeletemasak simple2 ja. Haha
Deletesedap ni... baru lepas makan time lunch tadi...
ReplyDeletepstttt.. terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #34. maaf, baru sempat nak blogwalking ni.
blog ini tersenarai dalam http://www.mialiana.com/2018/03/senarai-url-blog-34.html
pemenang akan diumumkan pada malam ini... gud luck!
Best juga joint segmen
Deletekalau ada yg ckp x sedap kite tonyoh mulut dia dgn cili hahahaha
ReplyDeleteTak apa anies.. Selera masing masing kan
Deleteagak rumit juga kalau dengan telur puyuh nie..
ReplyDeletesebab saiz yang sangat kecil..
mau pula sediakan dalam kuantiti yang banyak pulak tu.
Betul tu Hanafi. Basuh 15 biji ja dah berapa minit.
DeleteTak apa. Janji bersih.
Assalamualaikum FHA,
ReplyDeletetak pernah tak terliur kalau buka tudung saji di dapur dia....
W'salam Amie.
DeleteLayan diri ja apa yg ada bawah tudung saji tu. Hehehe
Kalau dulu telur puyuh memang favorite ana. Cuma sekarang kena kurangkan. Tapi sedap dia lagi2 dimasak sambal perghh memang terbaik.
ReplyDeleteDah jadi fav akak dah.
DeleteAda 15 biji Lagi tunggu utk resp seterusnya