MASAK LEMAK TURI ...untuk ibu yang menyusu


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua..

Hari ini resepi MASAK LEMAK TURI pulak; khas untuk anak saudara yang sedang menyusukan si kembar.

Akak memang jarang masak sayur turi ini.
Tapi selepas dimaklumkan oleh anak saudara, doktor yang merawat beliau; doktor pakar sakit puan Prof Dr. Hamid Arshat menyarankan supaya dilebihkan makan sayuran hijau terutama Daun Turi untuk menambahkan susu badan; maklum menyusu anak kembar,
Jadi akak terus kepasar keesokan nya mencari.

Tak susah sangat nak dapatkan daun-daun kampung ni di tempat akak; sebab ada beberapa peniaga yang berniaga sayur-sayur kampung ni.

Akak ambil 2 ikat dulu.
Satu ikat akak masak lemak; satu ikat lagi simpan.
Nanti kita tengok nak masak apa pulak

Biasa lah......nak juga tumpang sekaki !
Sedap tau ! lemak-lemak manis gitu......
Maklum jarang sekali akak masak sayur ni.

Jom kita mentelaah khasiat Turi yang akak pon baru tahu banyak kebaikan untuk kita semua ..........
Di sini akak share sebahagian saja ya, boleh google untuk dapatkan lebih lanjut yang terkandung.


Sumber : KESIHATANPEDIA

Khasiat Daun Turi
Selain bunga, daunnya juga dapat digunakan sebagai bahan untuk mengubati penyakit dan meningkatkan kesehatan tubuh.
Berikut ini selengkapnya tentang penjelasannya 

Demam nifas
Kisar 1/3 genggam daun yang sudah dibersihkan bersama ¾ cawan air dan sedikit garam. Ditapis dan diminum air nya.

Penambah Susu Badan
Ambil daun turi muda secukupnya, lalu dikukus. Dimakan sebagai ulam. Boleh juga dimakan bunga turi yang sudah di masak terlebih dahulu.
  
Ubat batuk
Siapkan daun turi merah dan daun inggu masing-masing 1 genggam kemudian tumbuk hingga halus,
tambahkan jus Limau Purut. Sebatikan, perah, tapis dan minum air nya

Keputihan
Ambil segenggam daun turi putih dan kunyit sebesar ibu jari dicuci kemudian giling hingga halus. 
Tambahkan ¾ gelas air minum, diaduk, diperas, dan disaring, lalu minum air perahan tadi 2 kali sehari.

Kuku bengkak akibat tersandung ataupun terkena pukulan
Ambil daun secukupnya lalu ditumbuk hingga halus. Tempelkan diatas kuku yang sakit dan kulit sekitarnya, lalut dibalut dengan kain kasa atau sejenisnya. Ganti 2-3 kali dalam sehari.

Radang Tekak
Rebus segenggam daun turi merah dengan air bersih secukupnya, lalu saring. Apabila sudah dingin, air rebusan tadi gunakan untuk berkumur. Lakukan kumur-kumur 4 kali sehari.

Sariawan & sakit tekak
Ambil daun secukupnya, cuci bersih lalu diremas-remas dalam bekas yang sudah ditambah air matang.  Gunakan untuk berkumur


Bahan A
1 ikat Daun Turi ('Raut' dan ambilkan daun nya sahaja). 
Air secukup nya (sekadar tenggelam)

Bahan B (Di kisar sehingga halus)
30 gram / sejemput lebih sikit Ikan Bilis
3 ulas Bawang Putih
6 ulas Bawang Merah
1/2 inci kunyit hidup
sedikit air

Bahan C
2 biji ubi keledek oren (dibuang kulit dan dipotong kiub sederhana besar) * Boleh juga menggunakan ubi keledek lain
1 batang serai (diketuk)

Bahan D
1 biji cili merah (dibelah 2)
1/2 kotak santan pekat
1/2 camca teh lada hitam serbuk
1/3 camca teh lada putih serbuk
1/3 camca teh perasa Ikan Bilis (sedikit saja)
sedikit garam

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satukan bahan A dalam periuk dan rebus sehingga lembut (~ 30 minit)
2. Masukkan  bahan B dan C. Teruskan merebus sehingga ubi empuk.  (akak masukkan ubi selepas langkah 1 kerana ubi oren ini mudah empuk dan untuk mengelakkan ia hancur). 

3. Apabila ubi telah empuk (test... cucuk dengan pisau), masukkan bahan D dan perlahankan api. Biar sehingga kuah mendidih kembali sebelum angkat untuk dihidangkan.

Copyright © 2018. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

4 comments:

  1. dulu mak selalu msk lauk ni. judu dia dgn ikan kembong goreng. sy mkn keledek je x mkn sayur sbb pahit hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul betul. Makan dengan ikan goreng memang ngam

      Delete
  2. Sedapnya masak lemak daun keti nie. Selalu boh Udang kecil atau Udang kering.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Letak udang lagi manis.. Tapi akak tak letak sebab takut gatal. ..kena pantang sat sbb baru lepas operation

      Delete

Powered by Blogger.