BRENGKES IKAN JENAHAK ... Masakan Tradisional Melayu Cocos memang sedap!
Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ...
Selamat menyambut Awal Muharam 2018
Moga hari-hari mendatang kita adalah lebih baik dari sebelum.
Aaminn !
BRENGKES IKAN JENAHAK !!!
Buat pertama kali akak mencuba Masakan Tradisional Melayu Cocos yang mana akak rujuk resepi dari blog Amie di sini Brengkes Ikan Belais
Ini kes selepas terpandang posting dalam FB Amie yang menyediakan Brengkes Ikan Patin baru-baru untuk Bonda tersayang.
Bahan-bahan yang digunakan amat ringkas sekali tapi....
Ya ALLAH ! harum nya satu rumah akak
Tak sabar nak makan.
Memang sedap sangat.
Nanti akak nak cuba Masakan Tradisional Melayu Cocos yang lain pulak.
Terima Kasih Amie,
Akak share kan resepi nya disini ya.....
Bahan A (diperap 1/2 jam)
3 potong ikan Jenahak (boleh digantikan dengan ikan lain)
1 camca teh Kunyit Serbuk
Sedikit garam
Bahan B (dikisar halus)
10 biji Cili Kering
4 ulas Bawang Putih
6 ulas Bawang Merah
4 camca besar makan Ketumbar Biji (direndam dalam air panans mendidih dahulu dan ditoskan air nya)
Bahan C
1/2 cawan minyak
1 santan kotak kecil 'KARA' (jika santan yang diperah, pastikan ambil bhg pekat/kepala santan sahaja)
2 biji Limau Nipis (diambil jus nya)
Perasa pilihan * Akak masukkan 1/2 camca teh Perasa Ikan Bilis 'KNOR'. Kalau nak sedikit manis boleh tambahkan sedikit gulasedikit garam
1. Goreng ikan (bahan A) sehingga masak, angkat dan ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan B sehingga pecah minyak menggunakan api sederhana panas.
3. Masukkan ikan dan tuangkan santan pekat.
4. Masak dengan api perlahan sehingga kuah mulai pekat dan keluar minyak. Jangan selalu diterbalikkan ikan kerana isi ikan akan pecah.
5. Tambahkan garam / perasa pilihan.
6. Akhir sekali tuangkan jus limau nipis dan balik-balikkan ikan perlahan-lahan.
Copyright © 2018. All rights reserved FHA Selemak Santan | http://intai-intaidapurfha.blogspot.my
wah kak.... ni pertama kali nampak or dengar nama brengkes nh...
ReplyDeletetgk gaya mcm mudah.... boleh try jgk ni kak.... tq share resepi
Sedap Dana, hari ni akak masak Brengkes daging pulak. Simple tapi serius sedap dan kena dengan selera akak
DeleteNk resepi cocos yg original, bole pm sy, ada byk lgi masakn cocos yg sedap2 & ringkas,, wssp 0146722794...
ReplyDelete