PLA RAD PRIK ... Citarasa Thai yang simple tapi sedap dan menyelerakan !




Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua ...

Ingin mengubah selera lauk-pauk ?
Jom kita cuba PLA RAD PRIK yang begitu terkenal di negara Thai ini.
Ikan yang digoreng ranggup dan kemudian nya dicurahkan dengan Sos Cili Pedas yang sedikit manis kemasaman amat menyelerakan.

Nak menyediakan amat mudah dengan bahan-bahan yang tidak terlalu cerewet dan boleh dikatakan terdapat didapur kita.
Ikan pulak tidak terbatas. Boleh menggunakan sebarang jenis saperti ikan kod, ikan keli, salmon dan banyak lagi.
Yang ini akak gunakan ikan Siakap

Jomm...


Bahan A
1 ekor Ikan Siakap
1/2 camca teh kunyit serbuk
1 1/2 camca besar tepung jagung
Sedikit garam

Bahan B
Minyak untuk menggoreng
1 labu Bawang Putih (dicincang)
1/2 inci Halia  (dicincang)
4 ulas bawang merah * optional (dihiris)

Bahan C
10 biji Cili Padi hijau (dihiris)
10 biji Cili Padi merah (dihiris)

3/4 camca besar pes Asam Jawa 'ADABI'
5 camca besar Sos Ikan /Nam Pla
1 1/2 camca besar Gula Perang / Gula Kabung (ikut kemanisan)
1/4 cawan air
* Tiada penggunaan garam

Bahan D
Hirisan Daun ketumbar *bahagikan kepada 2, untuk memasak dan tabur

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Ikan dibersihkan, kemudian dilumur dengan kunyit dan garam terlebih dahulu sehingga rata. Perap 10 minit.
2. Panaskan minyak terlebih dahulu. Apabila telah panas, baru taburkan tepung jagung pada ikan dikedua-dua belah sisi juga didalam perut nya.  Ketuk-ketuk lebihan tepung jika ada dan terus masukkan kedalam kuali  dan goreng sehingga masak dan garing.
3. Angkat dan ketepikan.

4. Keluarkan minyak lebihan goreng ikan. Tinggalkan sedikit untuk proses memasak sos dan panaskan ia kembali.
5. Tumis bahan B sehingga wangi. * Tidak perlu sehingga bawang bertukar warna. Memadai ia layu sahaja.
6. Masukkan cili padi dan dikacau-kacau sehingga menjadi layu dengan api yang agak besar.
7. Kemudian nya baru dimasukkan bahan C  yang lain dan terus perlahankan api. Masak sehingga kuah susut dan menjadi pekat.
7. Masukkan separuh hirisan daun ketumbar kedalam sos, ratakan dan tuang keatas ikan yang telah siap digoreng tadi.
8. Tabur separuh lagi hirisan daun ketumbar diatas ikan semasa dihidangkan.

Copyright © 2018. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

No comments:

Powered by Blogger.