JEMPUT-JEMPUT KACANG DHAL ... di Wanita Hari Ini (WHI) TV3


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua ...

Idea nak mencuba JEMPUT-JEMPUT KACANG DHAL ini  tercetus ketika akak menonton MHI TV3 beberapa minggu lalu.

Dah lama menyimpan keinginan mencuba nya yang kebetulan stok kacang dhal akak dah beli  bersama rempah ratus ketika ke pekan Kepala Batas.

Jadi 2 hari lepas sebelum tidur akak rendam 3/4 cawan kacang dan ia mengembang lebih kurang sekali ganda keesokkan nya.
Risau juga nak buat semua takut tak sedap dan tak habis... membazir pulak

Jadi akak asingkan separuh, masak separuh sahaja
Tapi bila dah masak, aduhaiiiiiiii !! sedap nya !
Akak memang suka !

Sambil menggoreng sambil ngap !
Sambil menggoreng sambil ngap !
Jadi akak dah tak perasan berapa ketul dah masuk dalam mulut !

Kebetulan semalam akak ada hal diluar, jadi akak simpan separuh. Ingat nak dimakan bila balik nanti.

Mak aiiii !!
Lalu saja tepi meja sambar sebiji
lepas tu sambar lagi sebiji, 
lepas tu sambar lagi sebiji,
Last tinggal 2 biji ja dalam piring. hahaha !!! 

Pssss ! Akak makan begitu sahaja tanpa SOS. sedap U !
Nyesal tak buat habis...


Adunan ini boleh dapat dalam 30 biji kot ... dah tak kira sebab banyak hilang semasa menggoreng !

Bahan A (dikisar halus)
1/3 cawan kacang dhal *
3/4 camca kecil jintan putih /halus
1/2 cawan air
* Kacang dhal dibasuh bersih dan kemudian nya tambahkan air melebihi paras kacang kerana ia akan mengembang sekali ganda. Rendam semalaman. 
Keesokkan nya dibasuh lagi sebelum dikisar

Bahan B
~ 25-30 gram ikan bilis (Seelok nya bilis ditumbuk. 'kisar' kurang sedap)
~ 1 cawan tepung gandum
1/2 camca teh baking powder
1 biji bawang besar Holland (dibelah 16 dan dipotong kasar) 
3 tangkai cili kering (dihiris/gunting halus)
3 tangkai daun kari (dihiris/gunting halus) * Kalau pelepah kecil guna 5 tangkai
2 camca besar minyak masak
sedikit garam

35-40 ekor udang kecil (dibuang kulit) * 1-2 ekor udang untuk setiap biji jemput-jemput

Bahan C
Minyak secukupnya untuk goreng tenggelam

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Bahan A dikisar sehingga halus dan kemudian nya di tuang kedalam mangkuk besar.
2. Masukkan 3/4 cawan tepung gandum bersama kesemua bahan B kecuali udang dan digaul sehingga sebati. Jika rasa adunan kurang pekat baru ditambah sedikit lagi tepung.
* Jangan terlalu pekat kerana kacang dhal bila dah masak texture nya tak saperti cucur bawang biasa. Jadi biar sedikit cair dari biasa cucur bawang (sedikit sahaja !!)

3. Akhir sekali baru masukkan udang dan diratakan.


4. Panaskan minyak didalam kuali. 
5. Jemput adunan bersama seekor udang untuk setipa biji dan digoreng sehingga keemasan sebelum angkat dan ditoskan atas tisu dapur untuk menyerap lebihan minyak jika ada.
*  Cucur ini kurang serap minyak
6. Siap untuk dihidangkan.

Copyright © 2018. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

No comments:

Powered by Blogger.