Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ...
BINGKA LABU KUNING ni akak masak semalam.
Sebahagian dari labu yang masih tinggal dalam peti ais yang sebahagian lagi akak dah masak DADAR LABU KUNING ...lembut dan manis-manis buah ! tempoh hari tu.
Akak beli labu ni sebenar nya memang khas untuk dibuat bingka atau kat belah utara ni lebih kenali ia sebagai bengkang.
Ini gara-gara teringin sangat akan bingka yang disediakan oleh Puan Zila kita melalui instagram beliau DI SINI. Dah lama skodeng kueh tu.
Cuma baru-baru ni saja berkesempatan untuk beli buah labu, tapi bila cari balik resepi tu masa nak dibuat, alahaiiiii !!!! tak jumpa-jumpa. Aduh !!
Itu yang separuh awal tu akak masak dadar.
Cuba skodeng balik IG Zila 2,3 hari lepas, haaa ! baru jumpa balik resepi tu.
Apa lagi cepat-cepat akak masak sebab takut busuk pula labu tu tinggal lama dalam esbok.
Satu adunan tu, boleh dapat 6-7 biji juga lah.
Jadinya akak kendurikan pada jiran-jiran akak ni bagi rasa sorang sikit.
Jom... akak memang layan bingka ini walaupon sebenar nya tak berapa minat kueh-kueh manissss. Tapi yang ini memang super sedap !!!!
Lembuttttt
Lemakkkk
Manisssss
Beraromaaaaa
Layan !!!
Bahan A (Boleh dapat ~ 6 biji)
2 cawan Labu Kuning (~ 450 gram selepas dibuang kulit dari 1/2 biji) dikukus dan dilenyek
3 biji Telur * Akak masukkan 4 biji saiz B
2 cawan Santan sederhana pekat
1 cawan Susu Cair
2 cawan Tepung Gandum
1 cawan Gula Putih * jika gula kasar, seelok nya dikurangkan menjadi 3/4 cawan, takut 'manislecass' !
1/2 camca kecil Garam
1 camca kecil Essen Vanila
2 camca besar Butter (~ 70g)
Sedikit Bijan Putih
Sedikit Bijan Hitam *optional
Bahan B
1 helai daun pandan
Sedikit butter untul leser acuan
Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan oven suhu 200C, api atas / bawah.
2. Satukan kesemua bahan A diatas dalam pengisar dan kisar sehingga halus dan bercampur sebati.
3. Leserkan acuan dengan sedikit butter dan panaskan sebentar.
4. Tuang adunan kedalam acuan 3/4 penuh (kerana adunan akan naik semasa dibakar)
5. Bakar ~10 minit, kemudian keluarkan dan tabur sedikit bijan. Teruskan proses bakar selama ~ 1 jam atau sehingga masak.
6. Untuk mendapatkan permukaan sedikit berkerak, tukarkan api kepada 'api atas sahaja' dan bakar tambahan masa selama ~ 2-3 minit lagi. * Bingka yang sedikit berkerak rasa nya lebih sedap tau !
7. Sejukkan dahulu sebelum dipotong
Copyright © 2018. All rights reserved FHA Selemak Santan | http://intai-intaidapurfha.blogspot.my
sedapnya kak, tgk pun tau sedap... bestnya klu jadi jiran akak, hari2 blh mkn sedap2 klu tak dpt mkn pun dpt bau jadi lah hehhehe
ReplyDeletealhamdulillah. akak dari tak berapa minat bingka, dah jadi suka pulak
DeleteKak FHA, kuih bingka is my favret tau! Usually makan yang pandan, yang pumpkin ni belum try lagi. Nak buat tapi tak ada acuan kuih.
ReplyDeleteakak belum pernah buat yang pandan tentu lagi sedapkan aroma nya. Yang ini pula lemak-lemak lembut PH !!
Delete