DADAR LABU KUNING ...lembut dan manis-manis buah !

Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ...

Tulis
Padam...
Tulis
Padam...
Tulis
Padam...

Aduhaiii
Kalau tak  ada idea nak menulis macam ni lah jadi nya.
Dah lebih dari 30 minit mengadap komputer ...

OK ... terus kepada resepi je lah !

Kepada yang rasa nak mencuba suatu kelainan dengan labu kuning, boleh lah cuba yang ini...DADAR LABU KUNING !

Yang pasti dadar yang ini yang amat lembut dan sedap !
Akak suka meratah, lagi lagi selepas makan nasi.
Tak rugi mencuba !


Jom...



Bahan A
1/2 biji ( ~450 g) labu kuning * berat selepas dibuang kulit
5 ekor ikan kembung (dikukus dan diambil isi dan dihancurkan) * boleh digantikan dengan daging atau ayam

Bahan B
6-7 biji telur
4 camca besar tepung jagung
1 1/2 biji bawang holland
2 mangkuk kecil hirisan daun sup
1/2 mangkuk  kecil hirisan daun ketumbar
4 camca besar Bawang Goreng
8 biji cili padi merah (dihiris nipis) * sesuaikan kepedasan
1 camca kecil lada hitam serbuk
1 camca kecil lada putih serbuk
1/2 camca kecil serbuk ikan bilis 'Knor'
Sedikit garam

Bahan C
Minyak Masak 
Butter

Bahan D
Hirisan Daun Bawang

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Ikan disiang, kemudian dikukus sehingga masak. Dibuang tulang dan tumbuk sehingga hancur.
2. Labu dikupas kulit dan dikukus sehingga lembut. Kemudian nya di tumbuk atau lenyek sehingga hancur.
3. Satukan isi ikan, labu dan kesemua bahan B dalam mangkuk besar dan digaul sebati.

4. Panaskan minyak dan sedikit butter dalam kuali * seelok nya guna kuali non stick.
5. Masukkan bancuhan telur (kuantiti mengiku saiz kuali), tutup tudung dan masak dengan api perlahan sehingga permukaan atas dadar membeku.
6. Alihkan dadar dan teruskan memasak sehingga permukaan bertukar sedikit keperangan.
7. Angkat dan tabur dengn hirisan daun bawang.

* Akak guna acuan telur mata untuk dadar ini


Copyright © 2018. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

4 comments:

  1. Wow! Kreatifnya!
    Sekali pandang macam telur dadar, dua kali pandang rupanya labu kuning!
    Cantik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ingat nak buat begedil, last minit tukar jadi dadar

      Delete
  2. dh mcm masakan barat lak kak, ke mcm bergedil cuma beza bergedil pakai kentang akak pakai labu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih kurang macam begedil tapi ada telur.. Hasilnya lembut sekali

      Delete

Powered by Blogger.