Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua ...
Sebenar nya KARIPAP ini akak sediakan beberapa hari sebelum MURTABAK DAGING & BAWANG CUKA.
Kali ini karipap kampong saja, yang simple simple, dan yang pasti nak mesti sedap dan puas makan.
Malas nak berpusing-pusing... renyah sangat tu !
Dah tu guna aja acuan tekap dan kelim yang ada dalam simpanan.
Mudah sangat !
Akak masak cuma 1/4 adunan saja,
Tapi dapat banyak biji juga lah.
Goreng sedikit dan baki nya di frozenkan.
Akak frozen mentah , tak goreng langsung. Tapi kalau nak goreng 1/3 masak pon boleh.
Perasan tak ? karipap akak ada jerawat.
Akak memang suka !!!
Hari tu masa buat mutrabak tak ada jerawat
Tapi karipap ini OK, ada jerawat !
Tak ada beza pon, jerawat atau tak...
Tapi akak memang suka kalau ada ..
Snap foto nampak cantik sikit.. pada pandangan mata akak lah !! hahaha !
Lain orang lain kehendak kan !
Gunakan kemudahan yang dah ada kan...
Sumber resepi kulit kali ini akak rujuk dari MAJALAH RASA.
Alhamdulillah hasil kulit nya amat-amat rangguppppppp !
Kalau ada yang terperasan owner nya tolong maklumkan pada akak supaya dapat attach link dan update entry untuk credit kepada yang empunya resepi.
Walau apa pon terima Kasih banyak-banyak .
Moga peroleh pahala berkongsi ilmu masak memasak ini
Jomm...
INTI KARIPAP
Untuk inti karipap ini, akak masih menggunakan resepi yang sama saperti SAMOSA KENTANG BERDAGING tempoh hari.
Saperti biasa, bila dah suka sesuatu resepi akak akan repeat sehingga jemu.
Tapi kalau nak tukar, boleh saja......... ikut selera memasing ya ..............
Bahan A (dikupas kulit dan dipotong kepada kiub kecil)
2 biji ubi kentang US/ Russet yang bersaiz besar
Air secukup nya untuk merebus
Bahan B
200 gram daging (dihiris kecil)
1/2 camca teh Kunyit Serbuk
Bahan C
Sedikit Minyak untuk menumis4 ulas Bawang Putih (dicincang halus)
1 biji Bawang Besar (dibelah 4 dan dihiris nipis)
2 tangkai Daun Kari
1 batang Kulit Kayu Manis
1 kuntum Bunga Lawang
1 biji Buah Pelaga
Bahan D
3 camca besar penuh Rempah Kari Daging
3/4 camca teh Lada Hitam Serbuk
Sedikit air
1/4 kiub Pati Daging 'Knorr'
5 camca besar Gula Putih
Sedikit garam
Bahan F
3 biji Cili Padi Merah atau 2 biji Cili Merah (Dibelah 4, dibuang biji dan dihiris nipis)
Daun Sup Secukupnya (dihiris sederhana kasar)
Cara-Cara Menyediakan Inti
1. Ubi kentang dikupas kulit dan dipotong kepada kiub kecil. Kemudian direbus sekejap untuk melembutkan nya. Tak perlu terlalu lama, lagi pon kentang jenis ini cepat empuk. Cukup sekadar 1/2 atau 3/4 empuk. Angkat, toskan air rebusan dan ketepikan.
2. Daging dihiris kecil dan digaul dengan kunyit dan diperap 10 minit.
3. Sementara itu panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan C sehingga terbit bau dan bawang layu atau sedikit kekuningan.
4. Masukkan bahan D dan terus perlahankan api. Masak sehingga terbit sedikit minyak dan rempah menjadi garing.
5. Masukkan bahan E dan sebatikan. Jika terlalu kering boleh dimasukkan air sedikit.
6. Masukkan kentang yang telah direbus, ratakan bersama rempah. Perlahankan api dan tutup tudung periuk. Biar rempah ratus meresap kedalam ubi.
7. Padamkan api dan terus tabur dengan bahan F. Ratakan dan siap untuk digunakan sebagai inti.
KULIT KARIPAP
Bahan A
1 kilo tepung gandum blue key (akak guna tepung gandum 'FAIZA')
* Tips akak .....
kalau nak dapatkan kulit yg' mengerutu' spt dalam dalam gambar, dicadangkan menggunakan tepung Jenama 'Faiza'. Mengikut pengalaman akak, tepung jenama lain tidak menjadi 'ke gerituan nya' walaupon cara penyediaan dan sukatan adalah sama.
* Tips akak .....
kalau nak dapatkan kulit yg' mengerutu' spt dalam dalam gambar, dicadangkan menggunakan tepung Jenama 'Faiza'. Mengikut pengalaman akak, tepung jenama lain tidak menjadi 'ke gerituan nya' walaupon cara penyediaan dan sukatan adalah sama.
1 cawan minyak
2 sudu majerin
Bahan B (satukan)
350ml air
2 sudu besar air kapur jernih (ni lah dia ramuan rahsia)
Sedikit garam
Sedikit garam
P/S : Bagi menyediakan air kapur, letak air dalam bekas yang berisi kapur, kacau sedikit dan biar selama 20-30 minit atau sehingga kapur mendap kebawah. Ambil air yang JERNIH sahaja ye!
Jangan ambil kapur tu... bahaya nanti jadi batu karang pulak dalam perut !
Cara Menyediakan nya
1. Masukkan tepung kedalam mangkuk dan ketepikan.
2. Panaskan minyak dan majerin (Biar sehingga mendidih) .
3. Kemudian curahkan minyak ke atas tepung. dan gaul menggunakan SUDU (AWAS: JANGAN guna tangan kerana boleh menyebabkan tangan melecur)
4. Gaul rata sehingga menjadi saperti dibawah
5. Masukan bahan B (air) sedikit sedikit sambil menguli sehingga sebati. Proses ini boleh menggunakan tangan.
6. Setelah siap menguli, masukkan adunan ke dalam plastik untuk mengelakkan terdedah kepada udara. Perap selama 4 jam.
7. Selepas 4 jam, boleh lah di gelek untuk dimasukkan ini.
nota:
Akak terleih rajin kali ini, jadi akak timang setiap satu untuk mendapat saiz dan berat yang sekata.
Berat kulit setiap satu anggaran 25g (akan ada lebihan selepas diterap dengan acuan)
Berat inti 20 gram
8. Goreng sehingga keperangan!
Kalau nak difrozen boleh digoreng 1/3 masak, tapi akak simpan mentah saja.
Copyright © 2019. All rights reserved FHA Selemak Santan | http://intai-intaidapurfha.blogspot.my
sedapnya karipap akak ni... rajin betul akak tang inti dia tu bahannya banyak betul...
ReplyDeletetgk akak bt karipap teringat lak, lama dah tak buat karipap sendiri....
dana selalu buah karipap pakai minyak panas kak... pun ranggup kulitnya...
tak reti dana bt karipap pusing2 tuh... jenis suka yg mudah je
Dana.. Akak pon guna minyak panas. Tapi yg ini ada tambahan sedikit margerin. Juga tambahkan air kapur untuk lebih ranggup
ReplyDeleteTerima kasih kak Fauziyah kerana sudi memberi petua macam mana nk dpt kulit karipap mengerutu. Nak try.
ReplyDeleteAssalamualaikum.
Kak Zainab kl
Cuba Kak Nab. Alhamdulilah ranggup. Sedap makan panas2
DeleteAssalam.. Sekilo twpung tu blh dapat berapa biji karipap ye?
ReplyDeleteW'salam. maaf, lambat replai. baru perasan ada comment ni. Akak buat 1/4 kilo boleh dapat dlm 19-21 biji. Tengok pd ketebalan kulit
DeleteAkhirnya jumpe pon resepi karipap berjerawat..😊😊😊..terime kasih kak untuk resepinya..
ReplyDeleteW'salam. Sama sama
DeleteSaya pun buat guna minyak panas je,tak guna marjerin,uli guna air sejuk dlm peti ais dan sedikit air kapur,alhamdulillah menjadi,sebab saya buat berniaga,saya mmg suka buat yg berjerawat
ReplyDeleteBoleh cuba nanti guna air sejuk
DeleteTerima kasih berkongsi petua
DeleteSaya suka karipap berjerawat mcm ni..serupa macam karipap yg arwah mak sy buat,bg sy kalau x de jerawat kulit karipap tu x jd😆😆..terima kasih share resepi..
ReplyDeletePastikan guna tepung gandum jenama 'Faiza' ya....
DeleteAkak dah beberapa kali buat guna tepung jenama lain...x menjadi jadi
Akhir nya guna jenama faiza kembali ...Karipap ber 'jerawat' balik
Sekarang kalau nak masak karipap, pastikan jenama FAIZA
Bestnye...tq kakak...
ReplyDeleteSama2
DeleteBestnye...tq kakak...
ReplyDeleteSama2
Deletetq akakk..
ReplyDeleteSama2
DeleteAkak..kenapa saya tried resepi ni..tapi kat saya kulit dia selalu koyak lepas canai..bila saya tarik nak masuk inti tu..kulit dia melekat pada papan kayu n koyak
ReplyDeleteSalam.
Delete1. mengelek kulit 'terlalu kuat' boleh menyebabkan tepung melekat pada papan canai. Gelekkan kuih apa2 saja, haruskan bersedehana.
2. tepung yg di gelek hampir nipis boleh menyebabkan sukar untuk mengangkat nya, dan menyebabkan ia mudah koyak.
3. Jenis Papan canai juga kadang menjadi penyebabnya. Lapikkan dgn plastik atas papan canai pon boleh untuk memudahkan proses menggelek.
4. Akak cuba elakkan menggunakan tepung semasa mencanai kerana ia boleh mempengaruhi texture kulit ..sedikit keras
5. Tiada rahsia tersembunyi pada resepi diatas. Akak telah menggunakan resepi ini setiap kali menyediakan karipap. Cuma kadang 'brand' tepung gandum yg berbeza menghasilkan texture doh berbeza. Jadi akak akan tambahkan sedikit air utk melembutkan nya (jika perlu saja mengikut brand tepung)
Tapi sukatan ASAS adalah spt diatas afalah 'sedang elok' yg selalu akak refer.
Jangan patah semangat. Teruskan cuba membuatnya kerana pengalaman kita itu yg penting.
Kak..sy nak tnya ,kulit lebihan selepas diterap dgn acuan tu dibuang atau diuli semula?terima kasih
ReplyDeleteUli semula dik. Rezeki ALLAH jangan di buang.
DeleteOleh kerana kita x gunakan tepung 'tambahan' semasa mencanai. Jadi texture adunan kulit x berubah.
Hi i cuba semalam.. Sedap. I buat 250g tepung saja dan ganti air kapur dgn 1sudu kecil baking powder. I letak dlm peti ais 1 jam sebab tak sabar nak tunggu sampai 4 jam. Susah sikit nak uli tapi ok. Sedap 👍
ReplyDeleteAlhamdulillah. Terima kasih kerana mencuba
DeleteTgh buat..harapnya mnjadi la..hihi..tp,sy bt 1/2kilo je..bahan tu sy bhgikn pd 2.
ReplyDeleteSalam...terima kasih kongsi, boleh tanya air kapur tu, letak kapur banyak mana ya,
ReplyDeleteW'salam.. Kapur yg dimaksudkan disini adalah 'kapur makan/ kapur sireh'. Bukan kapur lain ya dik.. Biasa nya dijual dlm bekas kecil dan didalam nya ada air ( air biasa ja).
DeleteKalau x ada air, tambahkan ja air biasa. Kacau2 dan biarkan kapur mendap kebawah. Kita x pakai kapur nya. Guna air JERNIH saja. Jadi x kisah kapur banyak mana. 1/2 sudu teh pon boleh, 1 sudu makan pon boleh...x kisah
Salam puan ,, klu buat 1/4 je tepung, minyak n marjerin tu bnyak mn ye..
ReplyDeletebahan-bahan yg digunakan dibahagi mengikut sukatan adunan
DeleteJika 1/4 adunan, pastikan bahan-bahan lain juga 1/4 sukatan
w'salam
Deletesalam puan
ReplyDeletemaaf mengganggu
nak confirm...selepas di uli..
perap 4 jam samcm yg Puan tlh catitkan ya?
terima ksh
salam puan
ReplyDeletemaaf mengganggu
nak confirm..
satlh di uli..di perap selama 4 jam saperti yg Puan catitkan di resepinya. 4 jam?
terima ksh
NAK Tanya klu Kita letak tepung beras n air kapur boleh kh
ReplyDelete