Tuesday, 12 February 2019

MURTABAK DAGING & BAWANG CUKA ...sedap, sedap dan sangat sedap !!!



Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua ...

mmmmm....

Jarang selera akak macam ni
sejak 2 menjak ni nak makan kuuuuuih saja !

hari tu samosa,
lepas tu karipap
yang ini murtabak
esok pulak ingat nak gelek roti buat sardin gulung

selera akak lain macam ni
biasa jarang dengan kuih muih

layan je lah kan
tumpang akak rajin menggentel ni...

akak buat tak banyak pon,
Tapi dapat juga banyak biji
Di frozen kan sedikit
bila rasa nak makan ja keluarkan dari peti
kadang tu, satu hari 3 kali akak menggoreng,
pagi, petang dan malam bila selera bertukar dari nasi ke kuih ni

Jomm

INTI MURTABAK


Bahan A (dikupas kulit dan dipotong kepada kiub kecil)
2 biji ubi kentang US/ Russet yang bersaiz besar
Air secukup nya untuk merebus

Bahan B
250 gram daging (dihiris kecil)
1/2 camca teh Kunyit Serbuk

Bahan C
Sedikit Minyak untuk menumis
4 ulas Bawang Putih (dicincang halus)
2 biji Bawang Besar (dibelah 4 dan dihiris nipis)
2 tangkai Daun Kari
1 batang Kulit Kayu Manis
1 kuntum Bunga Lawang
1 biji Buah Pelaga

Bahan D
3 camca besar penuh Rempah Kari Daging
3/4 camca teh Lada Hitam Serbuk
Sedikit air

Bahan E
1/2 kiub Pati Daging 'Knorr'
4 camca besar Gula Putih
Sedikit garam

Bahan F
4 biji Cili Padi Merah (Di hiris nipis atau di cincang)
Daun Sup Secukupnya (dihiris sederhana kasar)
Telur ayam 6 biji

Cara-Cara Menyediakan Inti
1. Ubi kentang dikupas kulit dan dipotong kepada kiub kecil. Kemudian direbus sekejap untuk melembutkan nya. Tak perlu terlalu lama, lagi pon kentang jenis ini cepat empuk. Cukup sekadar 1/2 atau 3/4 empuk. Angkat, toskan air rebusan dan ketepikan.

2. Daging dihiris kecil dan digaul dengan kunyit dan diperap 10 minit.

3. Sementara itu panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan C sehingga terbit bau dan bawang layu atau sedikit kekuningan.
4. Masukkan bahan D dan terus perlahankan api. Masak sehingga terbit sedikit minyak dan rempah menjadi garing.
5. Masukkan bahan E dan sebatikan. Jika terlalu kering boleh dimasukkan air sedikit.
6. Masukkan kentang yang telah direbus, ratakan bersama rempah. Perlahankan api dan tutup tudung periuk. Biar rempah ratus meresap kedalam ubi.
7. Padamkan api dan biarkan ia sejuk.

8. Masukkan dengan bahan F dan ratakan sebelum proses melipat/bungkus.


KULIT MURTABAK


1 paket spring roll yang bersaiz besar 
Sedikit minyak masak untuk proses membakar. * Boleh diganti dengan minyak sapi jika ingin dimakan segera.

Cara Membungkus dan Memasak
1. Panaskan kuali leper dengan api yang perlahan.
2. Letakkan sedikit minyak dan ratakan ia pada dasar kuali *sedikit saja ya

3. Letakkan sekeping 'spring roll' atas tudung periuk.
4. Sudukan inti ke bahagian tengah 'spring roll'  dan lipat bahagian bawah, atas, kiri dan kanan ke bahagian tengah dan terus pindahkan kedalam kuali.
5. Bakar sehingga inti 3/4 sedikit membeku dan terus alihkan.
6. Teruskan proses membakar sehingga inti beku sepenuhnya dan boleh diangkat segera (jika ingin difrozenkan, tak perlu sampai garing)


7.Tapi jika mahu di makan segera, seeloknya digantikan dengan minyak sapi dan dibakar sehinga garing dibahagian bawah lipatan kuih murtabak ini.


BAWANG CUKA


3 biji Bawang Besar (dibelah 4 dan dihiris sederhana tebal)
4 camca besar Cuka Makan
3 camca besar Gula Putih
Sedikit Air
Sedikit pewarna merah *optional

Cara-Cara Menyediakan nya
1. Satukan kesemua bahan diatas dan perap 10 minit untuk 'mesrakan nya' sebelum dihidangkan.

Copyright © 2019. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

2 comments:

  1. sedap nih kak... biasa jgk dulu buat tp kadang mls... heheheh
    tgk akak tunjuk ni rasa teringin nk buat lak

    teringat klu mak kt kampung buat murtabak doh tu dia uli sendiri, sedap betul klu dpt buat sndiri kn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak akak dulu pon buat murtabak, kulit adon sendiri.
      Nanti bila2 free dan terlebih rajin boleh akak canai kulit tu

      Delete