Thursday, 7 February 2019

SAMOSA KENTANG BERDAGING ... dari kulit sampai ke inti 100 % homemade. Puas makan dengan kulit yang ranggup, inti yang serius sedap !!!


Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua ...

Kuih SAMOSA KENTANG BERDAGING yang akak sediakan untuk minum petang keluarga.
Maklum terlebih rajin sejak 2 menjak ni..
heh heh heh !!!

Ini pertama kali akak cuba buat kulit samosa sendiri

Akak dulu kerap juga membeli samosa yang dijual di Bandar Tun Hussein Onn.
Gerai Payung ..Sham Samosa yang berlokasi di depan Mc Donalds.
Sedap, ranggup dan memang layan betul kalau dimakan panas-panas.

Baru terperasan yang kulit samosa, akak makan hari tu bukan kulit popia yang dijual dalam paket yang di pasaraya tu,
Lain sangat !
Keinginan nak tahu resepi nya mendorong akak goggle kalau-kalau ada resepi kulit ini.

Alhamdulillah akak telah dibawa ke dapur nadhomebakery yang terlebih dahulu mencuba resepi dari  Xawaash.com.
Tapi akak tak dapat lah pulak nak access blog tersebut.

Walaubagaimana pon akak dapat view video yang diattachkan.
Alhamdulillah.
Setelah mencuba nya berpandukan video tersebut , kulit samosa akak menjadi !!!
Walaupon kulit nya tak sama saperti dalam video tapi akak puas hati sangat tentang rasa nya!!

¼ tsp (1.25 mL)                            Salt
2 Tbsp (30 mL)                             Canola or vegetable oil
¾ cup (178 mL)                            Water
1 Tbsp (15 mL)                             Canola oil for layering the dough
- See more at: http://xawaash.com/?p=3412#sthas
2 cups (280 g)                              Flour
¼ tsp (1.25 mL)                            Salt
2 Tbsp (30 mL)                             Canola or vegetable oil
¾ cup (178 mL)                            Water
1 Tbsp (15 mL)                             Canola oil for layering the dough
- See more at: http://xawaash.com/?p=3412#sthash.DhA
Percubaan akak untuk kali pertama, akak pakai mixer unutk mengadun, konon nak mudah kerja !
Tapi adunan yang terhasil sedikit lembik.
Jadi akak tambah kan 3/4 mangkuk tepung supaya doh tak melekat ditangan.

Masa nak bakar pulak...
Akak renjiskan sedikit tepung dikuali kerana risau melekat, 
Dah tu, masa pembakaran akak lamakan sikit,
Aduhai....
Hasilnya bahagian luar terover masak dan lapisan tepung menjadi susah nak dileraikan.
Tapi bahagian tengah OK cantik sekeping-sekeping boleh dipisahkan..

Walaupon terlebih masak tapi rasa dan texture kulit apabila siap digoreng amat-amat rapuh!
Sedap !

Tak putus semangat akak cuba untuk kali kedua...
Kali ini akak uli dengan tangan..
Adunan masih saperti sebelum ,sedikit lembik.

Jadi rumusan akak... mungkin tepung gandum yang digunakan adalah penyebabkan...hehehe nak menyedapkan hati ja !!!
Sebab ikut pengalaman akak lah....
Kadang tu tepung gandum tapi brand yang berlainan boleh menghasilkan texture kuih yang sedikit berbeza.

Lagi satu...
Kulit samosa akak tak ada jerawat macam kat dalam video tu. ..hehehe
Tapi akak suka kalau ada jerawat...
Nak kena cari ni, apa rahsia nya .....macam cantik ja jerawat tuuuu !
Walau apa pon rasa nya memang thumbs up... Ranggup dan amat sedap sekali
Kena pulak dengan inti yang super manis, pedas, berkari dan penuh berdaging ... ahaks !!!

Kalau ada baki baki tepung yang tak jadi tu, tolong jangan dibuang ya...
Goreng ja macam tu
Sedap ratah walau tak ada inti, dah jadi macam maruku pulak.. ranggup sangat-sangat !

Boleh cuba untuk kali ke 3 nanti...

Ps......Semasa entry ini ditulis, akak dah pon siapkan LAGIIII inti yang sama seperiuk penuh, semalam.
Tunggu mood yang sesuai nak gelek kulit pulak !



INTI SAMOSA yang super dupper sedap !!!
Jangan risau jika kita menggunakan lebih rempah, cili dan juga gula.
Kerana apabila dah dimasukkan masukkan kedalam kulit, rasa nya akan terasa balance apabila di makan.

Bahan A (dikupas kulit dan dipotong kepada kiub kecil)
2 biji ubi kentang US/ Russet yang bersaiz besar
Air secukup nya untuk merebus

Bahan B
200 gram daging (dihiris kecil)
1/2 camca teh Kunyit Serbuk

Bahan C
Sedikit Minyak untuk menumis
4 ulas Bawang Putih (dicincang halus)
1 biji Bawang Besar (dibelah 4 dan dihiris nipis)
2 tangkai Daun Kari
1 batang Kulit Kayu Manis
1 kuntum Bunga Lawang
1 biji Buah Pelaga

Bahan D
3 camca besar penuh Rempah Kari Daging
3/4 camca teh Lada Hitam Serbuk
Sedikit air

Bahan E
1/4 kiub Pati Daging 'Knorr'
5 camca besar Gula Putih
Sedikit garam

Bahan F
3 biji Cili Padi Merah atau 2 biji Cili Merah (Dibelah 4, dibuang biji dan dihiris nipis)
Daun Sup Secukupnya (dihiris sederhana kasar)

Cara-Cara Menyediakan Inti
1. Ubi kentang dikupas kulit dan dipotong kepada kiub kecil. Kemudian direbus sekejap untuk melembutkan nya. Tak perlu terlalu lama, lagi pon kentang jenis ini cepat empuk. Cukup sekadar 1/2 atau 3/4 empuk. Angkat, toskan air rebusan dan ketepikan.

2. Daging dihiris kecil dan digaul dengan kunyit dan diperap 10 minit.

3. Sementara itu panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan C sehingga terbit bau dan bawang layu atau sedikit kekuningan.
4. Masukkan bahan D dan terus perlahankan api. Masak sehingga terbit sedikit minyak dan rempah menjadi garing.
5. Masukkan bahan E dan sebatikan. Jika terlalu kering boleh dimasukkan air sedikit.
6. Masukkan kentang yang telah direbus, ratakan bersama rempah. Perlahankan api dan tutup tudung periuk. Biar rempah ratus meresap kedalam ubi.
7. Padamkan api dan terus tabur dengan bahan F. Ratakan dan siap untuk digunakan sebagai inti.




KULIT SAMOSA

Bahan A
2 cawan Tepung Gandum (akak lebihkan tepung anggaran 3/4 cawan lagi sebab adunan sedikit lembik )
2 sudu besar minyak canola / sayuran (akak guna minyak masak biasa)
1/2 camca teh garam
3/4 cawan air 

Bahan B (untuk disapu atas setiap lapisan kulit samosa)
Sedikit Minyak Masak
Sedikit Tepun Gandum

Bahan C (Sebagai gam. Kepekatan adunan cair sedikit dari tepung goreng pisang)
1/3 cawan tepung gandum
Sedikit air

Cara-Cara Menyediakan Kulit
1.  Satukan semua bahan A kedalam mangkuk dan uli (dengan tangan) sehingga menjadi doh yang lembut. Jika adunan nampak macam lembik sedikit boleh lah ditambahkan sedikit tepung dan teruskan menguli sehingga ia jadi saperti yang dikehendaki.
2. Rehatkan doh dalam 1/2 jam. Pastikan mangkuk di tutup dengan tuala yang dilembapkan.

3. Bahagikan doh kepada 8 bahagian.Anggaran 50-60 gram setiap satu.
4. Gelek doh sehingga berdiameter agak-agak 5 inci . Tabur sedikit tepung untuk mengelakkan ia melekat semasa proses menggelek. Ketepikan.
5. Ulang langkah 4 sehingga habis.

6. Ambil sekeping doh yang siap digelek.
7. Sapukan minyak dibahagian atas (pastikan minyak 'disapu rata' untuk mengelakkan tepung kelak melekat antara lapisan apabila masak.
8. Renjis sedikit tepung gandum diatas nya dan lapis sekeping doh lain diatas nya.
9. Ulang langkah 7 dan 8 sehingga menjadi 4 keping. Elakkan melapis terlalu banyak lapisan kerana proses memasak akan menjadi tidak sekata. 
10. Tekan dihujung doh yang telah di lapiskan. (jangan terlalu kuat. Cukup memadai untuk melekatkannya). Ketepikan.

Ulang langkah 6-10 untuk 4 keping lagi.
Jadi kita akan dapat 2 set, dimana 4 keping setiap satu.

11.  Taburkan sedikit tepung atas papan canai, dan letakkan 1 set doh, renjis sedikit tepung di bahagian atas, dan gelek supaya ia menjadi lebih besar anggara 7-8 inci . Jangan terlalu besar kerana kepingan akan menjadi terlalu nipis pulak dan sukat dileraikan.
Seeloknya lapis kpd 4-5 lapisan saja. Tapi yang ini akak buat 8.
Konon nak mudah kerja dan cepat siap ! Ahaks !!!

13. Panaskan kuali leper dan kepingan doh 'sekejap'  dengan api sederhana. Bila kelihatan warna dah berubah sedikit, terus balikkan doh. Masak dalam 2 minit aje ya.
Rupa bahagian luar yang terlebih masak.
 Menjadikan kulit sukar dipisahkan antara satu sama lain. Lapisan ke 3 ...6 OK ja!
So... Ingat !!! Jangan derhaka pada resepi.

14.  Angkat dan potong doh tadi kepada 4 bahagian dan boleh lah di tarik sekeping2 seperti kulit popia.


Bahagikan kepada 4 bahagian. 

15. So hasil nya kita akan dapat  (4 potong x 4 keping lapisan)  x 2 set =32 keping


CARA MELIPAT SAMOSA
Rujuk video diatas ya... 

Walau apa-apa pon. Tada !!!!
Siap. Tunggu untuk di goreng. Masa ni tak sabar nak rasa kerapuhan nya. 

Copyright © 2019. All rights reserved  FHA Selemak Santan http://intai-intaidapurfha.blogspot.my

3 comments:

  1. Ya ampuuunnn! Nampak sedap sungguh! Intinya pun sungguh menggoda! Cantik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Amie. tengah mood rajin sikit tu yg segala kuih nak di buat.

      Delete
  2. 👍Alhamdulillah....sedapnya nampak...mesti cuba ni.terima kasih.

    ReplyDelete