NASI BERIANI PAKISTAN ...rasa berbaloi -baloi sangat. Sedap tak terkata !!!
Bismillahirrohmanirrohim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...
Dah lama nak masak dan rasa NASI BERIANI PAKISTAN ni
Dengar kata sedap !
Tapi bila baca step step penyediaan nya dalam salah satu blog tu, mmmm....nampak macam remeh semacam .
Langsung akak ketepikan saja.
Tapi baru-baru ni apabila terpandang posting dari FB Adnilsam Apart, akak dah set In Sya ALLAH nak cuba try masak.
Resepi asal boleh rujuk di sini NASI BERIANI PAKISTAN
Terima Kasih Pn Adnilsam
Memang sedap nasi ni, tak rugi akak cuba.
Akak tak buat apa-apa sos-sos bagai.
Cukup nasi dengan lauk kambing dalam nasi tu ...
Opss !! Lupa nak habaq, akak masak nasi ni dengan daging kambing.
Sedap sungguh-sungguh !
AYAM / DAGING
Bahan A11 ekor Ayam @1kg daging atau Kambing
Bahan B1 (dikisar halus tanpa air)
2 labu Bawang Putih
3 inci Halia
1 sb Jintan Manis biji
1 sb Jintan Putih biji
1 sk Kunyit serbuk
1 ½ sb Ketumbar biji
½ sb Lada Hitam biji *akak tambah
sedikit Garam
* akak guna jintan biji bukan nya serbuk
Bahan C1 (bahan tumis)
Minyak olive * akak guna minyak masak + 1 camca besar Minyak Sapi 'Ghee Blend'
4 kuntum Bunga Lawang
2 inci Kulit Kayu Manis
8 biji Buah Pelaga
10 kuntum Bunga Cengkih
3 helai Daun Pandan (disiat dan simpul)
Bahan D1
2 biji cili hijau (dipatahkan) * akak tambah
3 biji Bawang Besar (dipotong)
Bahan E1
5-6 buah tomato masak saiz besar (dipotong dadu)
1 ½ cawan Yoghurt * akak ganti dengan susu cair + perahan jus 2 biji limau kasturi
2 bay Bay Leave * akak gantikan dengan daun salam segar.
½ kiub pati Daging * akak tambah
1 sb Gula
Garam
Cara Menyediakan Ayam/Daging
2. Panaskan minyak + minyak sapi dan tumis C1 dan baki bahan kisar (B1) sehingga terbit aroma.
3. Masukkan D1, masak sehingga layu.
4. Kemudian masukkan ayam/daging yang telah diperap.
Tambahkan air 'sedikit sahaja' jika menggunakan ayam; jika daging, agak2 tenggelam untuk mengempokkan nya.
5. Seterusnya masukan bahan E1 dan masak sehingga terbit minyak.
* Jangan sampai terlalu kering...Biar 'sedikit berkuah' untuk digunakan dalam penyediaan nasi.
6. Jika daging kambing, Pastikan minyak yang terampai dibahagian atas di kaup buang.kerana ia adalah lemak kambing yang merbahaya untuk kesihatan.
NASI
Bahan A25 cawan Beras Basmathi (rendam 1/2 jam & tos)
Bahan B2
2 helai daun Salam
1 kuntum Bunga Lawang
6 kuntum Bunga Cengkih
3 biji Buah Pelaga
1 camca besar Minyak masak
Air secukupnya untuk merebus beras 'tenggelam'
Cara Menyediakan Nasi
1. Basuh beras, rendam selama 30 minit, tos dan ketepikan.
2. Di dalam periuk berasingan masukkan semua bahan B2 dan masak sehingga air mendidih.
3. Masukkan beras dan masak sehingga beras 3/4 masak * sekejap sahaja ya. Kalau dimakan masih terasa beras lagi.
4. Tutup api dan tos air nasi di dalam bekas penapis sehingga kering dan ketepikan.
NASI BERIANI
Bahan A34 biji telur (direbus, kupas & kelar)
4 biji kentang kecil (dikupas & rebus) * akak tak masukkan
1 cawan susu cair
Saffron @ pewarna kuning + sedikit air
Bahan B3 (Hiasan)
Bawang Goreng
Daun Ketumbar (dihiris)
Daun Bawang (dihiris)
Daun Sup (dihiris)
Daun Pudina
Badam & kismis *optional
Cara Penyediaan Nasi Briyani
1. Di dalam periuk lain (akak guna rice cooker)...
Lapisan Pertama
- Letak ½ ayam /daging
- Masukkan 1/4 lapisan nasi dan ratakan.
- Taburkan bahan B3, kemudian dan renjis sedikit susu diatas nasi.
Lapisan Kedua
- Masukkan 1/4 lapisan nasi dan ratakan.
- Letakkan telur yang telah dikelar dan kentang.
- Renjiskan dengan air safron.
Lapisan Ketiga
- Masukkan 1/4 lapisan nasi dan ratakan.
- Letak ½ ayam /daging
- Taburkan bahan B3, kemudian dan renjis sedikit susu diatas nasi.
Lapisan Terakhir
- Letak ½ ayam /daging
- Taburkan bahan B3, kemudian dan renjis sedikit susu diatas nasi.
Lapisan Terakhir
- Masukkan baki nasi dan ratakan
- Taburkan baki bahan B3, baki susu, kuah dan safron diatas nasi.
* Step diatas tu cuma sebagai panduan asas saja. Tak usah pening kepala....
boleh buat ikut rasa hati masing-masing, yang pasti mesti ada beberapa lapisan nasi yang dilapis dengan daging, kuah beriani, telur , hirisan daun, bawang goreng dan susu berselang-seli.
Itu saja.................
2. On kan Rice Cooker dan biar sehingga nasi masak.
Boleh juga ditutup dengan aluminium foil dan dimasak menggunakan microvave atau dapur gas...
- Taburkan baki bahan B3, baki susu, kuah dan safron diatas nasi.
* Step diatas tu cuma sebagai panduan asas saja. Tak usah pening kepala....
boleh buat ikut rasa hati masing-masing, yang pasti mesti ada beberapa lapisan nasi yang dilapis dengan daging, kuah beriani, telur , hirisan daun, bawang goreng dan susu berselang-seli.
Itu saja.................
2. On kan Rice Cooker dan biar sehingga nasi masak.
Boleh juga ditutup dengan aluminium foil dan dimasak menggunakan microvave atau dapur gas...
3. Keluarkan periuk dari rice cooker dan sendukkan nasi dan ayam ke dalam mangkuk lain dan digaul rata dengan perlahan lahan supaya nasi tidak patah...
* Bolehlah dihidangkan dengan salad dan yoghurt....Taburkan daun ketumbar..,
Salat
Daun SaladLettuce
Tomato
Bawang besar
Timun – buang biji
Green bell pepper
dana mampu tgk je kak, mmg tak mampu nk msk yg cerewet2 gini hhehehe... kalau la kita berjiran, hari2 dana dtg oder kt akak lauk sedap2
ReplyDeleteBaryani kambing memang pebret
ReplyDeleteWah.. Sedapnya. Syg je cara nak masak banyak sgt pulak. Huhu
ReplyDeleteJadi ahli percuma